Khamis, 18 September 2008

KOK ANEH....


Beberapa hari ini, aku terlalu sibuk memenuhi jadual yang agak padat. Tambahan lagi program "Harapan Baru Untuk Raya" anjuran group pemikir Muda baru dilancarkan. Walhasil 1000 keping sampul duit raya telah selamat dijual. Alhamdullilah...terima kasih kepada para dermawan sekalian.



Dalam kesibukkan itu, aku juga tidak terlepas dari 16 sept. Pelbagai persoalan diajukan kepada aku oleh orang yang aku kategorikan sebagai insan prihatin.



Antaranya ialah benarkah Anwar sudah punya MP yang cukup? dan mengapa tidak terus sahaja menghadap YDP Agong? fuh... begitulah hebatnya penangan 16 sept, tarikh ini benar-benar berhantu.



16 Sept telahpun melabuhkan tirainya namun ianya meninggalkan beribu persoalan. Media tunggangan pemerintah seolah begitu teruja menemuramah, mereka sibuk kesana sini mencari orang untuk mendapatkan komen berkenaan tarikh keramat itu.



Seperti dijangka, Anwar akan diserang dengan pelbagai cemuhan diatas apa yang disebut kegagalannya dalam mengotakan janji untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Walaupun Anwar sebelum ini sudahpun membayangkan, kemungkinan terpaksa mengubah jadual dari 16 kepada 20 sept dek kerana terlalu banyak halangan.



Melihat senario ini, aku punya pendapat bahawa, jelaslah hari ini rakyat Malaysia amat menantikan perubahan kerajaan. Ini dapat dilihat melalui siaran media tempatan yang kononnya mahu menjatuhkan kredibiliti Anwar. Terpancar diwajah rakyat rasa marah pada Anwar yang juga aku boleh tafsirkan sebagai kecewa.



Kecewa kerana rakyat mahukan perubahan, rakyat sudah tidak mahu lagi dipimpin oleh sebuah kerajaan retorik. Rakyat sudah muak dengan tingkah laku juak-juak UMNO yang terus menerus memunggah segala khazanah negara demi kepentingan perut sendiri.



Justeru itu, kegagalan Anwar mengikut jadual 16 sept, bakal mengundang polemik baru politik tanahair. Terbaru diatas desakkan dalaman, yang mahukan Pak LAH mempercepatkan tarikh peralihan kuasanya, telah memaksa beliau melakukan rombakkan kecil kabinet.



Rombakkan ini hanya melibatkan Najib dan Pak LAH, satu keputusan dimana pak LAH menyerahkan Kementerian Kewangan pada Najib dan pada masa yang sama Pak LAH mengambil alih Kementerian Pertahanan.Dengan bangga Pak LAH mendakwa, ini merupakan langkah awal proses peralihan kuasa.



Persoalannya, Mengapa perlunya Pak LAH bertukar Kementerian dengan Najib? Menyingkap sejarah sewaktu proses peralihan antara Mahathir dengan Pak LAH dahulu, Mahathir bertindak melepaskan jawatan yang disandangnya satu persatu kepada Pak LAH dan hinggalah yang terakhir sebagai pelengkap proses peralihan kuasa, jawatan Perdana Menteri Malaysia akhirnya menjadi milik Pak LAH.



Mahathir tidak menyerah dan dalam masa yang sama mengambil jawatan yang lain ketika tempoh peralihan itu berjalan, bagi mengambarkan ianya benar-benar proses peralihan kuasa.



Oleh yang demikian, apa relevannya Pak LAH mengambil Kementerian Pertahanan? Apakah ini merupakan cara baru Peralihan kuasa dizaman HADHARI? kok Aneh....

8 ulasan:

  1. Saudara...
    Mana satu betul ni??jadi ke tak jadi???sayapun dah mula keliru. Betulkah DSAI nak tubuh kerajaan baru? Kalau betul, mana kerajaannya???Kenapa perlu utus surat pada Pak Lah..umumkannya je MP yg melompat tu...terus je mengadap YDP Agong. Orang luar terus-terusan menghentam DSAI, sedikit sebanyak mengguris hati mereka yg menyokongnya dan kekadang membuat kita menyampah. Betul ke dia ni???

    -AKU MELAYU-

    BalasPadam
  2. MANA KERAJAAN BARU???GIMIK KOT??

    SHANA

    BalasPadam
  3. DSAI pun satu, kalau tak confirm, janganlah war-warkan, Sekarang org dah kata dia kemaruk politik plak..buat cara senyap je...

    -WS-

    BalasPadam
  4. Anuar cakap nak dirikan kerajaan baru sebagai kerajaan PR... tapi tertangguh-tangguh, entah bila..?
    Bagi aku tak kisah kalau tak jadi...cuma aku kesihan kat kawan-kawan aku disebelah sana, ada yang lemas, ada yang kena sengugut, ada yang lemah jantung dan ada yang nak jadi gila. Walau apa pun yang kau rasa aku harap kau orang janganlah tinggalkan anuar seorang diri kerana dia perlukan kita untuk berkata-kata.

    BalasPadam
  5. salam bro...
    Ha ha ha!!!!tergelak tengok gambar dollah badawi dkt atas tu..cute sangat..besaqnya teloq!!!!ha ha ha!!!kalau macam ni PM Malaysia, hebat bro.!

    SHAM

    BalasPadam
  6. KAMI PENYOKONG-PENYOKONG DSAI DENGAN INI BERJANJI YANG KAMI TIDAK AKAN MENINGGALKAN DSAI WALAUAPA SEKALIPUN RINTANGAN DA DUGAAN MELANDA. HARAPAN KAMI AGAR BELIAU SENTIASA SIHAT DAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN. WALAUPUN TERDAPAT SEKELUMIT PENYOKONG YG MUA RAGU-RAGU, TAPI KAMI TETAP AKAN MENYOKONGNYA. AMIN...........


    FANATIK PKR

    BalasPadam
  7. Ko nie dah mcm VIP dah, jadual padat tue. Aku jadi pening, nak jawab dan kena perli pasal 16 Sept, ini belum balik kampung lagi nie, apa-apa pun aku tetap sabar dan terus berdoa ....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  8. Akum

    Cantik tol gambar tu, tergelak satu ofis.
    Kau x nak promot jus kismis dalam blog kau ke die...

    a+a

    BalasPadam