Rabu, 3 September 2008

PENTINGNYA 16 SEPTEMBER!

Heboh disana-sini orang memperkatakan tentang tarikh 16 sept, Sambil menghirup segelas kopi tongkat ali, topik berkenaan 16 sept dibahaskan secara hangat dikedai-kedai kopi,warung-warung dan gerai-gerai ditepi jalan.

Tidak ramai anak muda yang tahu betapa pentingnya tarikh 16 sept sebelum ini, malah golongan lamapun kurang pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Kini ianya menjadi misteri, tarikh ini mula dianggap penting semenjak berakhirnya PRU-12 yang lalu.Laungan Anwar yang mahu membentuk kerajaan pusat yang baru pada 16 sept, menyebabkan tarikh ini menjadi keramat.

Rakyat mula mencari, terutama golongan muda,mengapakah Anwar memilih 16 sept tidak 31 ogos?

Kalau disingkap sejarah pembentukkan Negara, tanggal 16 sept merupakan kemasukkan secara rasminya Sabah dan Sarawak kedalam Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kemasukkan ini, maka terbentuklah negara Malaysia dipeta dunia.

Maknanya, 16 sept merupakan tarikh yang begitu penting buat negara, sama pentingnya dengan 31 ogos. Malangnya tarikh 16 sept kurang dibicarakan sebelum ini menyebabkan ianya hampir dilupai oleh rakyat Malaysia.

Persoalan timbul bilamana Anwar mula mencadangkan tarikh 16 sept diistihar selaku cuti umum bagi negara. Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz menyambut idea tersebut dengan mengumumkan 16 sept merupakan hari cuti umum buat rakyat Kelantan. "Perlukah diadakan sambutan 16 Sept?" Bagi aku ianya PERLU! kerana ianya hari yang melambangkan penyatuan bangsa Malaysia.

Malaysia wajib menyambut 16 sept selaku hari "perpaduan", tidak ada yang rugi kiranya tanggal 16 Sept diistiharkan sebagai cuti umum. Kerana selain rakyat dapat mengenang perlunya perpaduan, Ekonomi negara juga akan berputar tatkala rakyat mula berbelanja pada hari tersebut. Kitaran wang melalui proses jual beli yang bakal berlaku pada hari tersebut dapat membantu pergerakkan ekonomi sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru itu, tidak ada alasan untuk pihak tertentu yang menolak peristiharan cuti umum 16 sept, melainkan punya agenda politik semata. Aku dengan ini mencadangkan tarikh ini disambut sebagai "HARI PERPADUAN NEGARA".

6 ulasan:

  1. Tarikh tersebut merupakan kemenangan lengkap buat perjuangan dalam pembentukan Malaysia. Bayangkan bagaimana kita berjuang untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak, dalam sejarah tidak banyak bercerita tentang sejarah Sabah dan Sarawak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. Betul tu..sepatutnya diadakan Hari Perpaduan Negara sebagai tanda kita menerima dengan ikhlas rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak..apa salahnya diadakan hari cuti umum pada tarikh ini, padahal setiap hari kita melaungkan perpaduan, perpaduan dan perpaduan.

    Sabah dan Sarawak sebenarnya kecewa, mereka rasa seperti dianaktirikan..kita seperti tidak ikhlas berkawan dengan mereka. Kalau tak percaya..tanyalah kebanyakan mereka..

    Yang sedihnya..kebanyakan pemimpin BN UMNO menolak ini atas sebab yang tidak munasabah. Dan sebab tu juga PR disenangi kebanyakan rakyat kerana parti ini begitu terbuka dan boleh memahami perasaan golongan ini.

    BalasPadam
  3. ASSALAMMUALAIKUM............
    SAYA ORANG SABAH...DARI KECIL HINGGA DEWASA SAYA CUKUP MENANTIKAN TARIKH 16 SEPTEMBER. BAGI SAYA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA JATUH PADA 16 SEPTEMBER. BUKAN MENIDAKKAN KEWUJUDAN 31 OGOS, TAPI TARIKH TERSEBUT ADALAH TARIKH KEMERDEKAAN MALAYA DAN BUMI SEMENANJUNG. BUKAN ANTI SEMENANJUNG MALAH SAYA SUKA BERKAWAN DENGAN MEREKA TAPI SEBAGAI ORANG SABAH DAN LAHIR DI BUMI MALAYSIA SAYA HARAP TARIKH INI MENJADI CUTI UMUM SUPAYA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU DAN INGAT BAHAWA TARIKH INI ADALAH TARIKH LAHIR NEGARA MALAYSIA DARIPADA PERCANTUMAN SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK. TERIMA KASIH KEPADA PENULIS KERANA ARTIKEL INI, ARTIKEL SAUDARA MAMPU MEMBUAT SAYA MENANGIS DAN TERIMA KASIH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KERANA USAHA YANG SUNGGUH MULIA INI. SETELAH SEKIAN LAMA AKHIRNYA ADA PIHAK MAHU MENJADIKAN TARIKH INI SEBAGAI "HARI PERPADUAN NEGARA".

    TERIMA KASIH SAHABATKU............

    'LAMA KAMI MENANTI WAHAI KAWAN'

    ANAK SABAH,
    GISELE SARINA MUSADDIKAN

    BalasPadam
  4. Salam...
    Saya sokong jika diadakan Hari Perpaduan Negara kerana selama ini masalah perpaduan adalah masalah yang membelenggu rakyat Malaysia.

    AKU MELAYU

    BalasPadam
  5. Saudara...
    Artikel saudara menyedarkan saya bahawa mungkinkah kita telah melukai hati rakan-rakan dari Sabah Sarawak selama ini????? Tanpa kita sedar bahawa selama ini mereka memendam rasa yang amat sangat..berkecil hatikah mereka atas sebab tidak dihargai? Kalau itu sebabnya apakah selama ini kita tidak menghiraukan mereka???mungkin juga saudara..bila saudara menulis artikel ini membuatkan saya sedar kenapa selama ini tarikh 16 September tidak begitu diingati??wang ringgit berbilion mungkin bukan jawapan..tapi mereka mahu diterima..kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa sebahagian kita memanggil mereka ni kenegerian tanpa kita mempersoalkan kenapa mereka berbuat begitu..mungkin juga atas sebab-sebab yang mereka selalu kata 'kami dianaktirikan". Oleh itu, sebagai tanda ikhlas wajarlah tarikh ini dijadikan sebagai tarikh Hari Perpaduan Negara kerana selama ini tiada siapa pulak yang mencadangkannya. Sekurang-kurangnya ia sebagai tanda bahawa kita ikhlas menganggap bahawa sabah dan sarawak adalah sebahagian dari Malaysia..Mereka adalah sahabat kita dan mereka juga berjuang demi Malaysia...

    SHANA

    BalasPadam
  6. Hmm..yang ini aku setuju

    BalasPadam