Jumaat, 5 September 2008

Anwar menyergah!! UMNO mula gelabah

war Topik 16 Sept semakin hangat dibicarakan. Pelbagai ramalan dan teori telah dibentangkan dimedan internet yang menjadi ruang untuk rakyat berwacana menyatakan pandangan serta luahan rasa keprihatinan mereka terhadap negara.

Perdebatan berkenaan satu peristiwa yang bakal berlaku pada tanggal 16 Sept 08 juga menjadikan meja-meja diwarung,cafe dan gerai gerai selaku pentas bagi rakyat melempiaskan hujah masing-masing.

Semuanya bermula dengan Anwar Sebaik keputusan PRU-12 diumumkan. Keputusan yang digelar tsunami politik ini menyaksikan kemaraan Pakatan Rakyat dari 1 negeri kepada 5 negeri dengan tambahan satu wilayah.

Terbaru kemenangan besar Anwar dipilihanraya kecil PPauh menambah kekuatan tarikh 16 sept. Dunia juga berdebar menantikan tarikh yang sudah mula dianggap keramat itu.Berjaya atau Tidak?

Kalau dilihat rekod Anwar sebelum ini, jelas setiap tuturnya mempunyai asas. Anwar tidak akan sesekali membiarkan dirinya diperlekehkan, apatahlagi kembalinya kepersada politik tanahair disambut dengan kemenangan besar melalui gagasan Pakatan Rakyat pimpinannya sekaligus mencatat sejarah politik tanahair.

Oleh yang demikian mana mungkin Anwar omong kosong dalam kisah 16 sept ini. Keyakinan ini dapat dilihat pabila Pak LAH terpaksa berkunjung keSabah beberapa kali sebaik berakhir PRU-12. Tidak cukup dengan itu, Pak LAH menambah belanja dalam bajet apa yang disebut "Bajet Prihatin" bagi menunjukkan kasihnya pada Sabah dan Sarawak.

Malang bagi UMNO-BN... Anwar mula menyergah dengan mengatakan, sudah punya ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru. Seolah menggelabah dengan sergahan itu, lantas dikutipnya tandatangan setiap ahli Parlimen Sabah bagi menyatakan kononnya tetap setia bersama Pak LAH.Alahai... sayangnya tidak semua yang menurunkan tandatangan.

Senario ini cukup menggusarkan pewaris tahkta Presiden UMNO 2010. Ini kerana Najib amat memahami bekas bos lamanya itu, Najib pernah berkhidmat malah terlibat dengan percaturan strategi Anwar sewaktu tokoh pembangkang itu menerajui Pemuda UMNO sedikit masa dahulu.

Jadi tidak hairanlah tatkala melihat kerisauan mula terpancar diwajah Najib disaat Anwar menyergah.Mungkinkah juga bertindak atas kerisauan akibat gerun dengan langkah Anwar , maka ahli BNBBC bakal menyeberang laut dalam waktu terdekat ini? Dan khabarnya mereka hanya akan pulang ke tanahair pada 19 sept 08.

Terkenang pesanan Tun dalam menyaksikan kemaraan politik Anwar: "Anwar mampu membuat sesuatu diluar dugaan". Renungkanlah..

2 ulasan:

  1. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan, apabila kita berjuang menegakkan kebenaran, kita harus tahu cabaran yang akan kita laluinya, percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan meruntuhkan kerajaan kejam ini. Amin....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. Salam Eddie,

    Puak UMNO sekarang dah tak cukup tanah nak lari.

    Dalam gigil Dollah hantaq dia orang ke Taiwan.

    Salam takzim

    BalasPadam