Jumaat, 19 Jun 2009

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin


Setelah menarik bantuan setiap sekolah agama rakyat bagi memenuhi agenda sulit iaitu menutup sekolah tersebut.Setelah melarang kesemua ceramah dan dialog berkaitan hukum islam, disamping memperlekehkan sistem perundangan agama suci ini.Setelah melancarkan suatu jenis pemahaman islam baru yang kelihatan banyak bercanggah iaitu "Hadhari".


Mereka juga berjaya merakyatkan perjudian dengan melancarkan berjenis-jenis Loteri,melambakkan kedai-kedai mesin slot serta memberi ruang kepada pembinaan pusat judi bertaraf antarabangsa dipuncak Genting. Arak bebas dijual oleh anak-anak islam tanpa mereka sedari melalui pekerjaan di seluruh rangkaian 7-eleven dan stesen minyak negara.


Pusat-pusat hiburan tumbuh dengan subur sehingga bersebelahan Masjid (Bangsar) pernah dianjur pesta buih! wow hebat sungguh islam ala Malaysia!


Maka hari ini, bagi merakamkan rasa begitu terharunya sipenguasa kepada rakyat 1 Malaysianya.....TPM dengan penuh tawadhu mengisytiharkan "UNDI BN BOLEH MASUK SYURGA!" sila rujuk kenyataan penuh dilidah rasmi UMNO-BN UTUSAN.


Pak Long:- Tuuuuuuu Diaaaaaaa


2 ulasan:

  1. Baik lagi mandi bunga dari undi BN-UMNO masuk syurga!

    BalasPadam
  2. ahaha.. kalo BERAMAL.. lagi kopem masyuk syurga... ahaha tergelak aku...

    BalasPadam