Isnin, 22 Jun 2009

UMNO TARIK DIRI MANEK URAI!


Nampaknya suasana media tunggangan penguasa agak sibuk kebelakangan ini, "Kerajaan Perpaduan" menjadi topik untuk dihangatkan. Tujuannya jelas, mahu memecahkan pakatan seperti mana terburainya hubungan UMNO-BN.



Aku yakin bahawa pimpinan PAS cukup berhikmah dan berjiwa besar dalam menangani isu tersebut.Pengalaman diterajang sedikit masa lalu pastinya menjadi panduan Tuan Guru Haji Hadi dikala ini. Ilham "Kerajaan Perpaduan" jika diperhalusi dan diperkemaskan ianya sudah tentu menarik, apatah lagi jika ia didebatkan melalui wacana mahupun seminar dikalangan para pimpinan dan ahli parti-parti Pakatan Rakyat terlebih dahulu.Pabila ianya sudah matang barulah dipersembahkan sebagai suatu model pemerintahan baru diMalaysia menggantikan UMNO-BN.



Usahlah dilayan picisan propaganda mainan media sipenguasa.UMNO-BN sepertimana yang kita semua sedia maklum sudahpun berada dalam kondisi gering, segala milik mereka kelihatan akan berakhir.Menjadi lumrah UMNO dulu kini dan selamanya,ketuanan melayu menjadi laungan bagi menyelamatkan kekuasaan yang kian terhakis.Lonjakan kebangkitan rakyat mac 08 cukup membuatkan koporat UMNO senak! lantaran itu ilham Tuan Guru harus dipermainkan agar orang melayu kembali menyokong parti tua itu.



Aku yakin dengan kebijaksanaan Tuan Guru Nik Aziz dan semangat serta berjiwa besar yang dimiliki Tuan Guru Haji Hadi akan dapat menangkis sekaligus menamatkan kemelut ciptaan UMNO ini. Semuga Doa Hishammudin Hussein Menteri UMNO dimakbulkan Allah SWT, PAS tidak akan berpecah! cuma perlu dibaiki sahaja dan bahtera akan kembali meluncur gagah selepas ini.



Seperkara lagi, kiranya UMNO benar-benar ikhlas untuk bersama merealisasikan "Kerajaan Perpaduan", amatlah molek jika mereka tidak turun bertanding diDUN Manek Urai. Ini bagi membolehkan PAS yang telahpun sebati dengan masyarakat diKelantan terus menjalankan pentadbirannya dengan penuh cemerlang.UMNO adalah lebih baik menumpukan kepada isu ekonomi yang kelihatan agak merudum mutakhir ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan