Isnin, 29 Jun 2009

TUAN-TUAN MELAYU UMNO........



Bila sebut soal perpaduan...media penguasa akan berhempas pulas menjelmakan UMNO selaku pihak yang paling ikhlas.Bila bicara soal perpecahan....media itu jugalah beria mempamerkan bahawa pihak pembangkang merupakan puncanya.
Hahaha....,Malaysia juga seperti negara yang lain sudahpun melepasi alaf baru,namun cara penguasa memainkan rentak politiknya tetap sama. UMNO Dulu Kini dan SELAMANYA akan memainkan isu hak dan ketuanan melayunya.Ia sesuai dengan perjuangan Parti tua itu yang secara dasarnya tidak akan kompromi dengan sesiapa yang cuba melanggar garis yang ditetapkan.

Benarkah begitu? Mungkin generasi lama berpegang teguh dan melihat UMNO begitu berprinsip.....tetapi tidak pada anak muda generasi baru pada waktu ini. Generasi lama mudah dimomokan dengan pelbagai senario yang menakutkan, contohnya melayu akan kehilangan hak istemewa, tanah melayu akan dirampas, raja akan dipersenda dan bermacam lagi bentuk propaganda lainnya. Memandangkan mereka begitu trauma dengan pelbagai peristiwa serta masih terikut dengan cara fikiran yang diterapkan oleh penjajah, sudah tentu mereka menelan begitu sahaja maklumat tersebut. Apatahlagi mereka langsung tidak mengenali komputer! hmmm...sudah tentu dunia IT begitu asing buat mereka.

Berbeda dengan generasi baru, mereka sudah punya akses kepada maklumat. Malah sejarah negara yang selama ini ditulis melalui mitos dan propaganda...telah berjaya dikesan FAKTA DAN KRONOLOGI oleh generasi baru tersebut. Makanya sudah tentu taktik provokasi sudah tidak lagi relevan untuk digunakan keatas generasi baru ini. Kebanyakan anak muda ini, melihat dan merasai keperitan bertuankan melayu UMNO. Mereka sukar melupakan bagaimana rumah yang menjadi tempat teduh sekeluarga, diranapkan hanya dengan slogan "setinggan sifar!".

Anak muda juga melihat dengan jelek, sikap tawadhu sipenguasa yang sepatutnya mewakili rakyat...tetapi lebih senang membela nasib para pemaju syarikat atau taikoon besar! Siapa yang memberi undi pada mereka? itu pertanyaan yang mula timbul dibenak fikiran anak muda.Mereka tidak tahan lagi melihat perangai angkuh siwakil rakyat yang berkereta besar...kehulu hilir melancar projek sambil towkey-towkey tersenyum bangga dibela siwakil rakyat tadi. Manakala rakyat terpaksa mengemis memohon bantuan walaupun mereka sedari itu adalah HAK MEREKA! alahai....golongan marhean sememangnya tidak punya pilihan.

Tekad mahu membina suasana baru, anak muda seluruhnya memilih untuk tidak lagi bertuankan melayu UMNO!!! Akibatnya penguasa mula tersentak! lantaran itu dicanang akan keperluan menyokong kembali gerombolan UMNO! Gambaran hak melayu bakal hilang diratib saban hari agar orang melayu terutamanya akan mula kesal dan bimbang.Hahaha....Malang sungguh sipenguasa....Rakyat kini sudah tahu kemana hilangnya rezab melayu! orang melayu juga sudah tahu siapa yang punya angkara sehingga ekonomi orang melayu kekal diparas terendah.Semuanya hilang dibawah kekuasaan UMNO selama 51 tahun!
Raja-raja melayu diaibkan oleh penguasa-penguasa melayu UMNO! HAK KEKEBALAN yang dipertahankan oleh orang melayu sedikit masa lalu, agar jangan disentuh oleh British sang penjajah...diragut terus oleh penguasa melayu UMNO! Perpecahan yang kononya dilakukan oleh pihak pembangkang jelas suatu omongan kosong semata. Hakikatnya, UMNO yang cuba memecahkan perpaduan rakyat! negeri-negeri dibawah tadbir pihak pembangkang disekat dengan pelbagai alasan... UMNO juga mewujudkan Ketua Kampung (JKKKP)mereka sendiri yang sekaligus menimbulkan kekeliruan dikalangan penduduk Kampung.

JKKKP hanya berperanan menjadi alat propaganda UMNO semata - mata, Dana mereka disalur terus melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kementerian ini memperolehi dana melalui bajet yang dibentangkan,Bajet pula diambil melalui kantung perbendaharaan yang diisi melalui pembayaran cukai oleh semua rakyat Malaysia...tidak kira samada individu tersebut UMNO atau pembangkang.
Demikian secebis kisah sang penguasa melayu UMNO,banyak lagi jika mahu dirungkai.Tetapi UMNO tetap UMNO......KEBIMBANGAN MELIHAT KEKUASAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS, CUKUP MENGGUSARKAN MEREKA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan