Gema suara rakyat yang dipimpin Bukit Gantang buat pertama kalinya menggegarkan Dewan Rakyat. Suara yang seakan sama dengan laungan 98 itu menjadi sejarah baru politik Malaysia. Jika selama ini, Protes rakyat hanya dilakukan dijalanan....kini ianya berlaku didepan mata PM! 1malaysia bahkan dunia menyaksikan peristiwa besar tersebut.
Keberanian menuntut hak rakyat dikembalikan disuarakan oleh seorang yang tidak pernah kita kenal sebelum ini, beliau lahir ditengah kemelut dan krisis Perak. Nizar yang diangkat menjadi MB melalui kebangkitan rakyat yang menyaksikan PR menawan negeri Perak, telah mempamerkan sosok seorang pejuang rakyat! Sesungguhnya, yang paling berasa bangga adalah para pemilih dikawasan beliau. UMNO kembali gusar, kelahiran Nizar benar-benar menyakitkan mereka yang telah sedia parah akibat pukulan dalam Tsunami politik Mac lalu.
Nizar kini mula menjadi perhatian seluruh anak muda,gayanya yang bersahaja,sifat yang merendah diri serta tegas dalam mempertahankan prinsip cukup membuatkan golongan muda teruja. Makanya UMNO terpaksa menyerang keperibadian Nizar secepat mungkin supaya gelombang Nizar tidak menjadi seperti Anwar. Tuduhan yang mengatakan Nizar adalah boneka DAP dimainkan bagi menurunkan sokongan orang melayu terhadap pemimpin yang berjiwa islam ini. Allah Maha Besar! tuduhan dangkal itu dipandang enteng oleh rakyat, Nizar dianggap BONEKA RAKYAT!
Tuntutan untuk membubarkan DUN Perak adalah kerana mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak seluruhnya. Malangnya, UMNO gentar menghadapi kenyataan tersebut.Berhadapan dengan Rakyat menjadi suatu igauan ngeri buat UMNO, oleh itu...imej Nizar diserang semaksima mungkin!
Melihat peristiwa semalam, aku berasa bangga kerana sudah lahir seorang lagi pejuang, mungkin aku agak melampau jika aku katakan sudah ada pengganti Anwar Ibrahim! Tetapi.. aku benar - benar yakin Nizar adalah ikon baru pejuang rakyat! Ayuh kita bersamanya!
Suara Nizar tu suara PAS dan DAP. Tak ada kena mengena dengan Rakyat. Apahal nak claim suara Rakyat pulak, certainly not from me...
BalasPadambukankah nizar dipilih oleh rakyat? malah beliau sekali lagi dipilih oleh pengundi yang saya kira juga rakyat bukit gantang.
BalasPadambeliau laungkan agar bubarkan DUN dan serahkan kembali kuasa pada rakyat.Jika rakyat berkehendakkan UMNO-BN mereka akan terus mengundi parti tersebut.
Dan Nizar serta seluruh ahli dan pimpinan PR akan akur dengan kuasa rakyat.Malangnya UMNO yang mengelak untuk berdepan dengan rakyat perak!
Oleh yang demikian nizar hanya laungkan suara rakyat yang mahukan DUN Perak bubar dan adakan pilihanraya segera.Gesaan ini hanya ditolak oleh ahli dan pimpinan umno sahaja, buktinya Nizar raih majoriti besar dibukit gantang.
Mengapa tidak diturunkan Zambry menentang Nizar diBukit Gantang? 1 Malaysia tahu hanya umno yang takut hadapi pilihanraya DUN Perak!