Ahad, 27 Julai 2008

UMNO sedia masuk PAS????

"Kelam-kelibut" jadinya bilamana timbulnya perkataan "muzakarah" diantara PAS dan UMNO. Keadaan ini bertambah gawat dengan ugutan Dewan Pemuda Pas Pusat yang ingin membuat demo bantahan dihadapan pejabat agung parti islam tersebut, bagi mempertahankan Mursyidul Am nya yang menolak rundingan tersebut.

UMNO sebuah parti yang terkenal sejak dari "Dulu Kini dan Selamanya" mempunyai helah dalam mencatur strategi untuk mempertahankan kekuasaannya, mereka mula mengatur langkah dengan menggambarkan mereka amat mementingkan "penyatuan bangsa Melayu"(kononnya).

Terbaru saranan dari Tuan Guru Nik Aziz bahawa adalah molek apakiranya kedua-dua parti ini dibubarkan seterusnya ditubuhkan sebuah parti baru yang berteraskan ISLAM. Saranan ini baik,namun aku merasakan tidak perlu sampai membubarkan kedu-duanya,sebaliknya UMNO yang terkenal dengan labelnya sebagai sebuah "parti cari makan" DIBUBARKAN.

Maka semua ahli UMNO menyertai PAS yang sudah sekian lama berjuang mempertahankan "KETUANAN ISLAM". Namun mampukah para pimpinan UMNO menerimanya? setelah sekian lama menjarah dan memunggah khazanah negara untuk anak pinaknya, pasti sukar untuk meninggalkan tabiat hodoh itu.

Tentunya para kroni yang bergantung pada UMNO tidak akan sekali merestui penyatuan ini. Taukey-taukey besar yang selama ini menjadikan UMNO barua untuk menjaga segala kepentingannya dibumi Malaysia,akan senak perut sekiranya perkara ini menjadi kenyataan.

Melihat keadaan UMNO yang tidak punya jatidiri, aku berani JAMIN!! mereka akan menolak mentah-mentah cadangan ini. Bagi aku kesemua hal yang terjadi hari ini merupakan "satu lagi helah UMNO" untuk mengalih pandangan perwakilan UMNO dari bercakap tentang kelemahan PRESIDENnya yang terkenal "lembik"

Almaklumlah bahtera yang dilayari UMNO selama 62 tahun sudah mula usang, ditambah dengan Nakhoda yang sering terlena dalam pelayaran telah mengakibatkan bahtera hilang arah tuju. maka para kelasi mula menunjuk jaguh, kononnya mampu menyelamatkan bahtera yang semakin mereput.

Semenjak dihempas badai tsunami 8 mac lalu, bahtera usang UMNO mula tertiris. KINI menunggu masa yang sesuai untuk "KARAM"...

1 ulasan:

  1. Sememangnya kalau kesemua ahli UMNO masuk PAS itu satu langkah yang baik, kekuatan hubungan sesama islam bertambah kukuh. Parti yang diwar-warkan oleh Tok Guru juga aku amat bersetuju, parti yang berlandaskan agama Islam, siapa yang tidak mahu, bukan sahaja orang islam malah orang bukan islam boleh menaungi parti tersebut. parti itu bukan parti bangsa sebab parti tersebut meliputi semua bangsa yang beragama islam dan bukan islam. En karpal sahaja tidak faham, yang tahu kalau pasal islam ada sahaja dia nak membantah, ini nak hukum PAS pula. adakah patut??

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam