Jumaat, 18 Julai 2008

PAS & UMNO:tangan bersalam kaki menendang...

Maka bertebaranlah juak-juak UMNO melagukan percantuman melalui apa yang disebut "muzakarah" antara PAS dan UMNO.

Hal ini akan ditimbulkan bilamana UMNO mula berada dalam keadaan tersepit, contoh dalam 3 pilihanraya umum yang menyaksikan naik turun kemenangan PAS.Pada 99 pas berjaya merampas Terengganu dari tangan UMNO maka diajak PAS bermuzakarah kononnya untuk kepentingan MELAYU. Muzakarah diajak dalam keadaan Pas ditekan diTerengganu bilamana hak rakyatnya dalam bentuk royalti dirampas dengan digantikan wang ihsan.

Muzakarah tidak langsung disebut oleh puak UMNO ditahun 2003, Gelombang haru biru UMNO-BN serta dengan melambakkan hantu siang maka UMNO merampas terengganu dari tangan PAS. Pada waktu itu tidak berbunyipun perkataan "Muzakarrah" dari perawi-perawi UMNO.

UMNO pada waktu itu seronok menjarah dan memunggah kekayaan negara tanpa memikirkan masalah melayu. Malah keputusan mengkhinzir butanya sering menyebabkan bukan sahaja melayu malah cina dan india berasa tertekan. UMNO berasa hebat dengan mandat besar hasil persempadanan semula yang menghakis kuasa undi orang melayu. Maka diciptanya fahaman baru HADHARI.

Pas menegur atas prinsip akidah islam,bahawa fahaman itu jelas menyimpang dari ajaran islam. Malangnya UMNO tidak endah malah mendabik dada mengatakan ajaran mereka lebih tepat dek kerana dipuji Mr.Bush.

Sekarang! bila mana rakyat sudah mula sedar dan menolak mereka,maka perkataan "Muzakarrah" terpacul dari pimpinan UMNO. Adakah Pas begitu bodoh untuk bersama dengan UMNO yang sering mempunyai helah demi kepentingan kekuasaan mereka? Pas harus ingat bahawa UMNO sering menghulur tangan namun kakinya menendang!

Itulah UMNO yang penuh dengan tipu muslihat, Pas sudah dihenyak beberapakali namun UMNO masih tebal muka menghulur tangan yang penuh kekotoran untuk disambut Pas. Dalam soal ini Tok Guru Nik Aziz punya pengalaman, Pas sudah ditipu DULU, KINI Pas sudah masak dengan kerenah dan taktik kotor UMNO. Maka Pas tidak akan sekali-kali membiarkan dirinya ditipu SELAMANYA...

Takbir!!!

2 ulasan:

  1. Entah dari zaman bila permaufakatan ini dicadangkan. Aku tidak setuju kalau PAS teruskan perbincangan ini. UMNO perlu diISLAMkan dahulu sebelum berbincang pasal bangsa. Sebab agama tidak dijadikan panduan oleh itu bangsa kita tidak bersatu. Biar UMNO memasukkan agama islam dalam perjuangan politik agar nanti tidak tersesat ataupun lari dari landasan Islam.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. janganlah sama sekali bekerjasama dengan ameno tu. diaorang dah tersepit barulah nak berbaik2 (kononnya). bodoh baiol puak2 ameno ni!!! geramnye aku! penyatuan bangsa!??!=taik kucing!

    BalasPadam