Selasa, 29 Julai 2008

Hj.Mahfuz: antara politikus dan pejuang

Beliau merupakan tokoh pertama PAS yang aku minat, melihat dari cara pidato serta ketrampilan yang bersahaja membuat aku mahu mendekati lantas mengenali perjuangan beliau secara dekat. Jujur aku katakan,cara beliau yang sederhana inilah menjadi antara faktor utama anak muda mula menyertai perjuangan PAS.

Ketokohan serta keberaniannya dalam memperjuangkan sesuatu hak ditambah dengan kepetahannya berhujah dalam menangani isu membuatkan beliau antara tokoh yang sukar dicari ganti. Hj. Mahfuz telah meninggalkan bayangan yang agak payah ditembusi oleh mana-mana pemimpin pemuda PAS.

Tersentuh bercampur kagum bilamana membaca surat terbuka beliau yang tersiar dilaman web Malaysia Kini kelmarin. Jelas Hj Mahfuz seorang pemimpin berani dan bertanggungjawab, kenyataannya diperenggan terakhir membuatkan hati kecilku tersentuh."saya rela dihukum atas kesalahan yang tidak disengajakan ini".

Itulah ungkapan yang tidak akan diucap oleh pemimpin politik,dalam hal ini Hj.Mahfuz tidak layak digelar "politikus" tetapi "PEJUANG". Semoga beliau terus tabah dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini.

takbir!

2 ulasan:

  1. Seorang ahli politik yang baik dan beramanah, sikap beginilah yang perlu kita amalkan, kalau ada kesilapan tanpa kita sedar atau sedar, perlu merendah diri, meminta maaf kepada penyokong lain. Semoga teladan ini diikuti oleh semua pemimpin masakini.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam