Khamis, 31 Julai 2008

Azizah pulangkan pada ANWAR...

Maka terjawablah segala persoalan yang selama ini menjadi debaran rakyat Malaysia. Pengumuman Dato Seri Wan Azizah sebentar tadi berkenaan keputusannya melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang mana menjadi miliknya selama 3 penggal bagi memberi laluan kepada suaminya Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding, menepati ramalanku selama ini.

Keputusan ini ibarat menyerahkan kembali takhta yang dipinjam kepada pemiliknya. Aku berasa cukup lega dengan keputusan ini, kerana selain daripada kawasan ini selamat buat Anwar ianya juga merupakan kawasan nostalgic. Sebuah kawasan Parlimen yang menjadi pencetus kebangkitan rakyat hingga terkenal seantero dunia!

Disaat keADILan serta seluruh rakan pimpinan Pas dan DAP dilanda gelombang haru-biru pada PRU11, kerusi inilah yang menjadi benteng terakhir buat pejuang keADILan.

Yang menjadi persoalan sekarang, adakah Anwar mampu bertanding? Melihat keadaan sang penguasa yang semakin tertekan, pastinya akan ada suatu halangan buat Anwar merealisasikan impiannya.Mungkinkah Anwar Ibrahim DITAHAN???

2 ulasan:

  1. Bersetuju dengan kamu, bermula di Permatang Pauh dan sepatutnya berakhir pun di sana juga. kawasan selamat berbanding dengan kulim dari segi majoriti. Sang penguasa akan melakukan apa sahaja untuk menyekat kemaraan politik DSAI.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. Bloggers voice out the TRUTH and uphold DEMOCRACY ! BN is drown in the their own Lies and Tyrant !Congratulation to all bloggers for KPR.

    BalasPadam