Selasa, 8 Julai 2008

Protes,Geramm: dari jalanan kepentas Stadium!



Saya rasa terpanggil untuk mengulas isu ini setelah melawati dan membaca tulisan rakan seperjuangan iaitu anakmudaparlimenbatu.

insiden yang berlaku hujung minggu lalu, bagi saya tercetus kerana ianya merupakan kejutan budaya. kalau kita singkap sejarah 10 tahun lalu, hanya stadium di Kelantan menjadi platformperhimpunan aman. itupun kerana Negeri kelantan dipimpin oleh sahabat kita yakni PAS. Yang lain terpaksa kita harung dijalanraya, bertempur dengan FRU sering menjadi acara kemuncak.

Setelah melewati tempoh gelita, sinar mula terbentuk. Gagasan yang dipanggil PAKATAN RAKYAT mula mengorak langkah ke 5 negeri termasuk Satu Wilayah. Akibatnya sekarang kita sudah punya stadium dan beberapa kemudahan yang sering kita impikan. Berikutan lonjakkan kebangkitan rakyat mahu dijelmakan dalam bentuk karnival merupakan satu kejutan, perasaan berasa janggal tatkala berada dalam stadium serta berasa canggung untuk melaungkan kalimah protes bagi melahirkan perasaan geram.

Mungkin kita perlu masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru ini. Soal pentas yang sepatutnya mrnjadi platform laungan protes diselang selikan dengan nyanyian, menyebabkan acara bertambah tempang. situasi ini sama dengan konsep jom heboh anjuran tv3 suku, para pejuang dan aktivis mungkin tidak bersedia dengan perubahan mendadak tersebut.

Lebih manis kiranya pentas tersebut diselitkan hanya acara berbentuk puisi bertemakan protes yang mempunyai suara geramm.

3 ulasan:

  1. Sememangnya, ini situasi baru dalam perjuangan, orang tidak biasa berdemo sebegini, bagi aku ini apa sahaja bentuk demo, yang penting objektif kita perlu sampai kepada sesiapa yang kita mahu tuju, itu lebih penting, berapa orang yang datang itu tidak penting, yang penting kita perlu tunjuk bukan semua yang tinggal di Malaysia bersetuju dengan semua kehendak pemerintah.


    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. Abang Eddie,

    Betul ke 10 August Anwar naik PM ? Kerana saya tgk, macam susah nak berlaku je . Boleh Explain ?

    BalasPadam
  3. Adik pelajar,
    Baca ni nasihat abang,

    Adik kalau dengar cerita Mat Jenin moden, nak masuk Seri Perdana... tolong jangan percaya.
    Lebih-lebih lagi selepas Mat Jenin ni dah kantoi satu kes...jatuh dari pokok kelapa.

    Mr. Eddie, kalau berani jgn tapis comment pbaca, siarkan aja...

    BalasPadam