Isnin, 21 Julai 2008

"MUZAKARAH": UMNO ketawa,PAS pedih.






Ibarat beruk mendapat keris, UMNO seperti dijangka mula menikam Pas. Inilah habuan untuk Pas setelah "bermuzakarah", walaupun sudah punya pengalaman namun masih terkena.


Pilihanraya umum ke-12 yang lalu hampir sama dengan peristiwa 1968, yang menyaksikan perkahwinan UMNO-PAS. Jodoh mereka tak lama, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan setahun sahaja. Pas tertendang keluar setelah UMNO mempunyai isteri politik baru. Semenjak disepak keluar dari "mahligai" oleh UMNO, Pas terus menjanda tanpa dipedulikan oleh UMNO yang gah berkuasa.


Pas sudah diingatkan berulang kali oleh rakan-rakan seperjuangan, malah Pas sendiri sedia maklum akan sejarahnya sewaktu sekatil dengan UMNO dahulu. Kini ianya "terjadi", pengumuman pertemuan sulit antara pimpinan UMNO dan PAS oleh Badawi menepati ramalan.


Kini UMNO girang meraikan kejayaannya menikam "Bulan", Pas seolah tercungap menahan kepedihan. Luka ini lebih pedih dirasai rakan seperjuangan yang sentiasa setia bersama Pas. PKR,DAP,HINDRAF dan semua badan NGO yang berhempas-pulas bertarung menumbangkan UMNO-BN bertambah luka bilamana pertemuan sulit tersebut berlangsung sebanyak 3kali!!


Ditambah dengan keadaan ANWAR yang ditimpa fitnah dahsyat dan memerlukan sokongan padu daripada rakan-rakannya,tetapi...


Kenyataan dangkal ahli Parlimen Shah alam yang terlibat dalam pertemuan sulit itu amatlah mengecewakan. Mana mungkin pertemuan tersebut disamakan dengan pertemuan antara ANWAR dan SAPP? ANWAR mengadakan pertemuan tersebut dengan misinya menumbangkan kerajaan korup UMNO-BN, Walhasil ANWAR berdepan dengan kemungkinan dipenjara semula!


Apa makna pertemuan sulit Pas-UMNO? Melihat senario ini terkenang doa Tok Guru Nik Aziz di stadium awal pilihanraya umum ke 12....



1 ulasan:

  1. Apabila isu ini timbul, isu liwat dan minyak semakin menurun, apakah ada pemimpin-pemimpin PAS kemaruk wang dan kuasa, jauhilah semua ini. Ingat penyokong2 anda tidak bersetuju dengan anda. Ingat muktamar ini akan bergegar.Ipoh Dalam Sejarah ....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam