Khamis, 24 Julai 2008

Bekas MB Selangor: dari penyapu kepada penyelamat bangsa???


Rasa nak tergelakpun ada, nak termuntah jangan cakap la, perasaan ganjil ini terjadi bila aku terbaca satu artikel disebuah blog, yang bagi aku blog ini layak digelar "cetusan rasa geli" nukilan dari seorang bergelar mantan Menteri Besar Selangor.

Blog ini bagi aku langsung tidak mencabar minda pada sipelayarnya, yang pasti sipelayar akan berasa jiwa kacau tatkala menatap isi kandungannya. Artikelnya jelas dari seorang yang kecewa, dan adakala seperti orang baru berceraipun ya juga.

Terbaru satu Artikel paling lawak dalam dunia,dinukilkan oleh sipunya blog. Masakan tidak, sipunya blog ini telah banyak menyusahkan orang melayu diSelangor. Kerosakkan yang dilakukan oleh sipenyapu (gelaran manja sipunya blog) bukan sahaja pada orang melayu, bahkan meliputi semua bangsa yang bermastautin di bumi bergelar Selangor ini.

Masih segar dalam ingatan aku bilamana menyaksikan rumah yang menjadi tempat berteduhnya bangsa melayu, dirobohkan atas alasan pembangunan. Surau juga tidak terlepas menjadi mangsa sipenyapu ini,semuanya rebah menyembah bumi. Kemudian diatas tapak itu dinaikkan sebuah kondominium mewah yang hanya mampu dilihat oleh mangsa perobohan dengan linangan air mata.

Hingga kini masih ramai penduduk yang kebanyakkannya terdiri dari orang melayu berteduh didalam khemah hasil dasar gila sipenyapu ini. Dasar yang digelar "setinggan sifar" itulah yang telah membuatkan kebanyakkan tokoh dalam parti sipenyapu ini kaya raya.

Di Klang umpamanya,disaat rakyat menangis melihat rumah atau kampung yang didiami berpuluh tahun menyembah bumi- seorang wakil rakyat parti sipenyapu ini dengan bangga membina mahligai.

Itu baru sedikit, kalau nak disebut satu-persatu tindakkan sipenyapu yang jelas menindas bangsa "MELAYU", maunya setebal entah berapa ribu muka surat bila dicetak. Namun itu semua telah menjadi sejarah pahit yang telah berlalu buat rakyat Selangor. Siraja penyapu yang angkuh kini bergelar ketua pembangkang di Selangor,dan sifatnya yang sombong telah bertukar mutakhir ini.

Dengan bangganya sipenyapu mendabik dada mengaku menjadi orang tengah dalam siri pertemuan sulit antara Pas dan Umno baru ini. Sipenyapu diberitakan begitu tawadhu dalam pertemuan itu, malah sampai 3 kali! menuang air kecawan pimpinan Pas. Ini dibuktikan lagi bilamana sanggup menghadiahkan kerusi emasnya pada Pas demi untuk menyelamatkan melayu.

Cuba kita bayangkan, seorang yang telah meyebabkan puluhan ribu orang melayu kehilangan tempat tinggal demi mencapai hasratnya mengumpul kekayaan- boleh bertukar serta merta menjadi "pembela bangsa MELAYU".kok aneh...

Pada aku manusia seperti ini elok direndam dalam kolam je, penyatuan bangsa konon. oii. cerminlah muka awak dulu sebelum sebut soal penyatuan bangsa.

Akhir kalam, nasihat aku pada sipenyapu- adalah molek dia pulang kekampung dan berbakti selaku Doktor gigi.Manakala isterinya boleh membuat jualan langsung rumah kerumah dengan produknya TEMPE.Rasanya ramai orang jawa sungai panjang ingin tahu, bagaimana hanya dengan memakan tempe boleh membuatkan wajah berubah menjadi tegang dan licin.

1 ulasan:

  1. Mamat Jawa seorang ini setelah jadi mantan MB begitu banyak masa merapu menulis dalam blog, masa jadi MB, sebok cari harta dunia sehingga lupa tentang hal-hal rakyat, sekarang ini mungkin nak cari publisiti murahan untuk Ketua Pemuda, dialah nak jadi hero dalam bangsa melayu, Melayu APA? pi lah jaga kawasan hang, takut jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pula nanti.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam