Ahad, 13 September 2009

Nikmat dan keberkatan berbuka puasa,Siva kini sudah menjadi Rahman Abdullah

Pada tahun 2003 aku pernah berbuka puasa dengan ditemani oleh seorang rakan beragama hindu.Beliau bernama Sivaganesh dan merupakan penganut yang berpegang teguh pada ajaran agamanya.Siva pernah membawa "Kavadi" pada sambutan thaipussam sekitar tahun 2000 bertujuan membersihkan diri mengikut kepercayaan agamanya.

Kami berkenalan sewaktu Siva bertugas selaku pengurus panggung wayang diibukota, manakala aku pula bertugas dengan sebuah syarikat produksi perfileman.Ekoran itu aku sering bertemu Siva..apatah lagi Siva kerap juga memberi pas isimewa untuk akses kepanggung tempat beliau bertugas.

Suatu hari dibulan puasa sekitar tahun 2003, aku terpaksa menghantar rol filem disaat menjelangnya waktu berbuka.Ketika itu aku mempelawa Siva untuk bersama-sama menemaniku kesebuah gerai berdekatan Panggung tersebut.Pada mulanya Siva agak keberatan, beliau bimbang dengan menemani aku berbuka akan menyebabkan puasa aku itu terbatal kerana beliau adalah dari penganut bukan agama islam.Pendek kata, mengikut tafsirannya berbuka puasa itu adalah upacara keagamaan,Oleh itu selain orang islam adalah tidak boleh sama sekali mereka yang dari agama lain ikut serta kerana dibimbangi puasa tadi tidak sah.

Tersenyum aku mendengarnya ketika itu, lalu aku berkata padanya bahawa puasa itu adalah tuntuan agama islam agar umatnya lebih berdisiplin dan bermurah hati.Adalah tidak menjadi kesalahan untuk Siva menemani aku kerana aku akan dapat pahala yang lebih. Siva mula mengerut dahi kehairanan....lantas aku menyambung dengan menerangkan berbuka puasa adalah suatu kemestian bagi melengkapkan rukun puasa.Dan pahala berpuasa dibulan ramadhan sangat tinggi nilainya, kesemua amal kebajikan juga dijanjikan dengan pulangan yang paling lumayan berbanding bulan yang lain.

Tambahan pula jika Siva berbuka dan bertanya tentang ramadhan, kebaikkan berpuasa dan tentang ajaran islam, aku akan dapat bonus pahala tambahan kerana berdakwah.

Hampir 7 tahun berlalu....sekali lagi aku ketemu dengan Siva.Pertemuan yang tidak dirancang itu telah berlangsung disebuah bazar ramadhan sekitar ibukota.Yang memeranjatkan Siva menyapa aku dengan memberi salam, sebaik menoleh dan menjawab salam aku mula kebingungan. Manakan tidak, mulanya kusangka keluarga tabligh yang menyapa, tetapi sebaik direnung...aku mula mengenali raut wajah yang memakai serban ini. Inilah SIVA!.... Siva memeluk aku dengan erat sambil menitis airmata.Katanya jika tidak kerana peristiwa berbuka puasa dahulu, beliau tidak akan tahu langsung mengenai Islam. Katanya aku terlupa bahawa puasa juga dari segi sains amatlah baik untuk kesihatan.Berpuasa selama sebulan mampu menyingkirkan segala toksik dalam badan yang terkumpul selama berbulan lamanya.

Siva mula bercerita, selesai berbuka puasa dengan aku 7 tahun lalu.Beliau mula menyemak impak berpuasa mengikut cara islam melalui sains. Sebaik menerima maklumat kebaikkan berpuasa, Siva mula memerhatikan islam.Siva mula bertanya dan membaca tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang hematnya baginda merupakan ikon umat islam. Pernah sesekali Siva menyelinap masuk kemajlis tazkirah dan kuliah dengan berpakaian kopiah,berbaju melayu dan berpelikat.Siva akan terus keluar sebelum majlis kuliah selesai bagi mengelak untuk bersembahyang bersama jamaah yang lain.

Siva mula membeli Quran kecil yang punya terjemah bahasa inggeris, beliau mula menyemak dan tak semena-mena berasa seronok dengan berdamping bersama Quran kecil tersebut.Pada suatu hari, Siva kemasjid seperti kebiasaannya bagi mendengar kuliah, beliau datang awal hari itu, Tiba-tiba azan maghrib berkumandang, saat itu Siva berasa amat sayu.Tanpa sedar air matanya berlinang jatuh membasahi pipi.Suara azan itu benar-benar menusuk kalbu, sebaik selesai azan - Siva berlari terus pada imam masjid untuk membuat pengakuan dan mahu memeluk islam.

Sejak pada itu, Rahman telah mengambil tempat didalam kad pengenalannya.Kini Siva amat tenang dan sudahpun berkahwin dengan mualaf juga sepertinya.Aku sungguh teruja dengan kesahnya...tidak kusangka peristiwa berbuka puasa digerai dulu sudah melahirkan Rahman yang berdiri didepanku ini.Sesungguhnya Allah maha mengetahui!

2 ulasan:

  1. esok 16 september, tak kan tak ada apa2 yang surprise?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum bro,

    aku baca kisah hang tulis pun rasa berair je biji mata.... teruskan pernjuangan anda.

    BalasPadam