Jumaat, 31 Oktober 2008

Habis Madu Jalan Bersepah part 3 (final)

Askar datang dari sukarelawan yang menyahut seruan menegakkan keADILan, Seruan disahut kerana sukarelawan datang dari kalangan rakyat terbanyak. Sudah tentu kebangkitan mereka didorong oleh perasaan jelek melihat sikap penguasa zalim yang menekan.

Oleh yang demikian, askar berperang dengan niat menamatkan era penindasan penguasa zalim. Tersemat dalam hati askar untuk melakukan perubahan dari kezaliman kepada keADILan!

Sayangnya itu tidak berlaku, askar dicampak setelah meraih kemenangan. Pengisian perubahan yang diharapkan menjadi sebaliknya. Keputusan dangkal golongan "Profesional" dalam mentadbir negeri menjadi tamparan hebat buat askar.


Askar seperti yang diketahui berasal dari kalangan rakyat, sudah tentu segala rintihan, keluh-kesah serta kemarahan rakyat amatlah dirasai oleh askar. Askar akan diherdik oleh rakyat apabila nasib rakyat masih tidak berubah seperti yang diharapkan. Lantaran itu askar mula berdepan dengan persoalan dari rakyat kebanyakkan, "mana perubahan yang dijanjikan?"

Alangkah baik sekiranya kedua golongan ini bersatu, pasti kombinasi antara "Profesional" dan pakar pertahanan dapat melicinkan sekaligus memacu negeri kearah kegemilangan. Namun perkara itu ibarat mimpi disiang hari, pihak askar tentunya sanggup berkerjasama memandangkan itu adalah matlamat perjuangan yang sekian lama digenggam. 'profesional" pula bagaimana? Masih mahu mempertahankan kasta koporat?

Sedih yang teramat melihat perjuangan yang didukung menjadi sedemikian rupa. Namun pada siapa mahu diadukan perasaan ini? Tentunya tidak sama sekali pada golongan "Profesional", ini kerana mereka sudah memekakkan telinga dan menutup pintu untuk para askar yang dianggap"keparat".


Jikalau nasib askar hari ini merupakan tekanan dari penguasa zalim terdahulu, Sudah tentu askar akan mengadu pada ketua kem, dan seterusnya ketua kem akan merencana strategi untuk menentang penguasa gila tersebut. Tetapi nasib askar hari ini bukannya dari penguasa gila, ianya adalah akibat tekanan orang kem sendiri yang mula lupa akan matlamat perjuangan.

Maka tiadalah tempat lagi melainkan diadukan pada Allah SWT... hanya dia yang maha mengetahui. "Andainya kemenangan ini berupa ujian darimu, sesungguhnya kami tewas. Sesungguhnya kami disini terseksa,kami disini terkorban,kami teraniaya..Hanya padamu tempat kami mengadu dan berlindung, berikanlah petunjuk....kami redha dengan ketentuanmu ya Allah. "

Amin

10 ulasan:

  1. amin


    helmi amk kota damansara

    BalasPadam
  2. salut bro! luahan paling panjang yang pernah aku bace. suspen tul.. samapi part 3 tu.

    anyway aku sependapat dengan lu bro, aku respect ngan cara lu lepas kenal kat majlis K.ara ari tu. very the low profile, nice meet u. tak macam sesetengah tu yang berlagak tak tentu pasal, kononnya ada jawatan nampak hebat sangat.poyola.

    aku n bebudak ranger's team akan support lu bro. n harap sudi turun lagi ke port kami.

    regard's
    syam's the ranger united of kayu ara

    BalasPadam
  3. amin ya rabbi

    harap berkesudahan dengan baik.

    BalasPadam
  4. luahan yang berani.nampaknya penulis bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti.

    zulkifli nordin dah kena,lepas ni mungkin eddieputra.mungkinkah dipecat dari parti?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum

    amat menyentuh hati...
    Hidup mesti berani....

    a+a

    BalasPadam
  6. pecat??? apa lagi yang tinggal? yang bagus semua dah kena buang, yang tinggal hanyalah kaki ampu.

    JADILAH pkr SEPERTI umno!


    cikgu disiplin.

    BalasPadam
  7. ini hanyalah berupa luahan hati seorang anak muda yang tersinggung dengan apa yang berlaku dalam perjuangannya.

    amatlah bodoh sekali! sekiranya anak muda ini dipecat hanya kerana meluahkan kebimbangannya.

    sepatutnya orang seperti pemuda prihatin dan semua yang terlibat bermuhasabah diri terhadap isu tersebut, demi meneruskan perjuangan ini.

    lucut atau pecat bukan penyelesaian masalah sebaliknya menambah musibah!!

    zaidi

    BalasPadam
  8. salam perjuangan...

    buat pengetahuan semua! saudara eddieputra telahpun meletakkan jawatan ketua angkatan muda keadilan subang sebelum puasa hari tu.

    jadi tidak timbul isu pecat atau lucut.

    BalasPadam
  9. assalammualaikum

    pemuda prihatin tu pemuda umno kot.tu yang gelabah tu

    helmi amk k.dsara

    BalasPadam