Khamis, 28 Oktober 2010
Letusnya 'Merapi' Takziah Buat Sang Penjaga Kunci
Angka korban juga dirasakan bakal meningkat ekoran ribuan dikatakan terperangkap dengan bencana itu.Hatiku syahdu saat menatap berita yang terpampang dimedia,ianya berhubung 'sang penjaga kunci gunung' diketemukan selaku korban didalam keadaan sujud mengadap maha pencipta. Ianya cukup mengesankan aku....Subhanallah..Almarhum kudoakan ditempatkan dikalangan para solehin insyaALLAH.
Muga kalian terus cekal hadapi dugaan Allah SWT, Sesungguhnya tiap kejadian punya hikmah disebalikya.
Takziah buat semua saudara disana.
Jumaat, 30 Julai 2010
Sampai Bila Pakatan Mahu Dipijak?
Merujuk kepada situasi Selangor saat ini, sebaik tamat PRU-12, Nasib pakatan pembangkang tidak banyak berubah. Bahkan jika diteliti,nasib pakatan bertambah celaka. Lihat beberapa kes yang menimpa pakatan pembangkang, layanan didalam sistem perundangan tidak jauh bezanya,malah adakalanya lebih buruk situasinya.
Terbaru ialah larangan berceramah secara terbuka.Perkara ini tidak banyak berubah. Ceramah anjuran pembangkang terutama di Selangor masih berterusan. Ceramah hanya dibenarkan didalam Dewan sahaja,alasan masih seperti dahulu,kononnya "bahaya".
Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?
Gambaran ini seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang?sudahlah media disekat,program partinya juga dihalang.
Harap pihak berkuasa sudi memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.
Isnin, 3 Mei 2010
Sidang rakyat di gerai bawah pokok
Lama dah tak menaip diblog ni...rasanya nak rehat kejap tapi bila terjadi satu kes ni, aku berasa sukar menolak permintaan jari aku yang sekian lama gian untuk menari dipapan kekunci komputer ni.
Semalam seperti biasa aku memenuhi jadual lapang aku dengan melepak di gerai bawah pokok rimbun.Hmmm...macam tajuklah kalau dah berhimpun dengan wakil-wakil gerai ni.Persoalan mengapa tewas di Hulu Selangor menjadi topik perbahasan pertama.Topik ini dibahaskan oleh ahli dengan penuh semangat untuk kembali bangkit melawan cewaaahh...depa ni selalu terlupa yang depa semua orang bawah @ ranting sahaja...hahahaha...tang berangan perghh ngalah MB!
Kemudian menyusul topik "Kapal Selam", yang ini agak brutal sedikit keadaan persidangannya.Haaa...bukan brutal gaduh,tapi brutal dengan ketawa! Isu ini menjadi tersangat lucu bilamana aku memaklumkan kepada sidang gerai sekalian bahawa KAPAL SELAM kebanggaan 1MALAYSIA itu tersangatlah istimewanya. Keistimewaan KAPAL SELAM tersebut amat mengujakan para pengusaha bot nelayan.Ini kerana kelengkapan KAPAL itu cukup utuk memenuhi kriteria bot idaman mereka semua, KAPAL itu tidak punya "TORPEDO!" Senang cerita "Kapal Selam" itu hanya sesuai untuk wayang sahaja!hahaha.....apa nak buat, dah nasib rakyat....
Usul seterusnya cukup panass!! ianya lebih panas dari semangkuk sup ekor dihadapan aku waktu itu. Kisah adik Aminulrasyid yang ditembak polis. Ada pembahas baru hadir ke persidangan gerai bawah pokok lantas membawa isu ini untuk dibahaskan. Alangkah bahalolnya si Pembahas itu tadi tatkala dengan pantas menyalahkan si Allahyarham kerana memandu tanpa lesen serta bawah umur.Fuhhh....berdesing telinga aku, menyirap darah sampai kembang telinga dibuatnya pabila mendengar si bahalol ini bercakap. Nadanya saling tak tumpah seperti berita-berita suwey dari stesen-stesen mangkuk milik parti UMKO tu..huh...
Persoalan kesalahan trafik yang dilakukan oleh allahyarham tidak dinafikan, Tetapi dimana kewajaran polis untuk menembak budak tu??? Peluru yang digunakan dibeli dengan wang rakyat,so rakyat berhak tahu kemana peluru itu singgah dan mengapa ia melekat disitu? Itu persoalan yang perlu dijawab!
Jika berhujah kononnya penjenayah memang layak ditembak, ini bermakna Malaysia sudah menjadi negara koboi. Justeru apa gunanya Mahkamah lagi? kini khabarnya keluarga allahyarham tidak mahu "inkues" diwujudkan, yang ini aku tersangaaaattlah setuju! sedang kes yang ada bukti rakaman "correct,correct" pun boleh tutup macam tu je apatah lagi kes ini.
Pada aku,amat wajar dituntut sidang tergempar parlimen menuntut keadilan buat keluarga allahyarham. suruhanjaya penambahbaikan pasukan PDRM harus diteliti semula kertasnya dan dilaksanakan. Aku yakin cara ini mampu menyelamatkan imej pasukan PDRM sekaligus menaikan martabatnya.
Dan akhir kalam, adalah tersangat baiknya "KPN" dan KP Selangor meletakkan jawatan demi memikul tanggungjawab insiden ini.Cara ini lebih jantan beb...jangan asyik anggota bawah je yang jadi kambing warna hitam!
Sabtu, 6 Mac 2010
meludah keatas sibacul yang melompat!

Selasa, 2 Mac 2010
Rais Yatim Perlu Ditapis!
Aku setuju dengan alasan "pornografi" tapi jelek dengan alasan blog,facebook dan tweeter kononnya merosakkan. Umum mengetahui bahawa natijah kebangkitan medium bebas ini telah menyebabkan UMNO hampir tersungkur dari arena penguasaannya. Ini kerana segala kepincangan pemerintahan UMNO telah dibongkar melaluinya. Budaya "Kerajaan Maha Mengetahui" terlumpuh dengan sendiri, segala dasar kerajaan dikritik kerana ianya retorik semata-mata!
Jika Rais merujuk laman Porno sebagai sesuatu yang bahaya dan mampu melumpuhkan tamadun, maka sekatan harus tertumpu kepada saluran itu sahaja. Tetapi jika Rais turut merujuk kepada laman sesawang lain, itu menunjukkan Rais tidak mahir mengendalikan akalnya dari terus kuno.
Sekiranya Rais bimbang seandainya berlaku fitnah dan hasutan, sudah tentu ianya boleh dirujuk kepada akta hasutan dan dakwa individu terbabit di Mahkamah seperti sekarang. Justeru apa perlu mahu disekat penggunaan internet? Aku teramat yakin bahawa Rais akan mempertahan sehingga sanggup membakar apa sahaja yang cuba menyekat kebebasan internet seandainya beliau masih lagi berada diluar UMNO.
Apakan daya Cepat membakar dan pantas pula membina...itulah Rais Yatim yang akan membongkokkan badannya tiap kali berdepan dengan ketuanya.
Selasa, 2 Februari 2010
We Will Never Surrender
Hakikat yang terpaksa ditempuh tatkala menentang penguasa zalim, Anwar berdepan sekali lagi dengan lemparan fitnah yang bertujuan menggugat peribadinya. Mungkin bagi ketua-ketua cawangan UMNO dan Pemudanya beranggapan Anwar sedang dibicarakan diMahkamah, tetapi bagi seluruh masyarakat dunia, yang sedang berhadapan dengan penghakiman adalah sistem perundangan Negara.
Mengambil iktibar dari perbicaraan 98/99, pemerhati dunia beranggapan bahawa kes kali ini tidak banyak bezanya. Kalaupun ada sedikit kelainan hanyalah watak-wataknya sahaja, namun dasarnya tetap sama iaitu 'konspirasi politik'. Biar apapun kesudahan kes fitnah ini, agenda perubahan tidak seharusnya terhenti. Biar apapun tekanan dari sang penguasa, jangan sesekali kita mengalah.
Khamis, 21 Januari 2010
Isu Rasuah: Sandiwara Yang Tidak Berkesudahan
Tetapi sedikit syahdu tatkala melihat syahwat suruhanjaya akan meningkat pabila memperolehi dokumen yang melibatkan pihak kontra, ianya tidak berlaku sedemikian jika perkara korupsi itu menimpa di sebelah pihak pro. Jika diteliti kesemua kes korupsi kedua belah pihak, kita akan menemukan satu pernyataan jelas bahawa kes yang membabitkan pihak pro cukup menggusarkan.
Sebagai contoh untuk renungan bersama, isu kehilangan enjin Jet F-5E sudah cukup mencabar kewibawaan tahap keselamatan Negara selepas kes Sauk yang melibatkan Al-Maunah. Walaupun isu itu sudah ada pendakwaan, namun masyarakat masih sangsi terhadap laporan kehilangan tersebut. Bahkan di gerai dan warung pendalaman kedengaran warganya bertanya sesama sendiri "Mana Mungkin Tok Sarjan itu melepasi kawalan audit kem untuk melenyapkan enjin tersebut begitu sahaja?"
Isu yang membabitkan badan kehakiman suatu ketika dahulu juga dipadamkan begitu sahaja walaupun SuruhanjayaDiraja mencadangkan agar kesemua mereka yang terlibat didakwa! Apa makna Sidang SuruhanjayaDiraja tersebut? bagaimana dengan kos yang dilaburkan oleh pembayar cukai untuk SuruhanjayaDiraja itu menjalankan siasatannya dahulu? Bukankah ini pembaziran?
Kesemua perkara tersebut mengikut pandangan umum, ianya akan menaikkan nafsu syahwat Suruhanjaya Korupsi Malaysia seandainya dilakukan oleh pihak Kontra. Persepsi bahawa suruhanjaya ini cukup lemah tenaga batinnya tatkala berdepan isu yang melibatkan pihak pro , menjadi sangat sukar dikikis daripada terus menyelubungi suruhanjaya tersebut.Malah ia kini sudah menular kepada semua sendi dalam pentadbiran pihak penguasa. Kalaupun ada tangkapan dibuat berkaitan korupsi besar sang penguasa, audien diMalaysia tidak langsung bernafsu untuk memerhatikan keseluruhan rencana tersebut. Malah adakalanya audien diMalaysia sudah boleh membaca kesudahan tajuk rencana tadi, kesemua itu akan berakhir dengan seekor kambing hitam atau ditutup atas kesilapan teknikal.
Inilah gambaran Malaysia dikacamata masyarakat Dunia, sandiwara yang tidak berkesudahan.
Selasa, 5 Januari 2010
Alkisah Platun Jet F-5-E
