Jumaat, 17 Oktober 2008

TG.Nik Aziz:Islam For All!!!

Merujuk pada artikel "Kata PAS For All tapi....", saya tidak bermaksud untuk mengguris perasaan sesiapa. Sebaliknya artikel itu hanya merujuk kepada "Segelintir ahli dan pimpinan PAS" yang gemar memandang sinis serta menanam perasaan curiga terhadap rakan pimpinan PR.

Namun aku cukup yakin, tidak semua ahli PAS bersikap sedemikian. Melihat kepada Tuan Guru Nik Aziz, beliau seorang pemimpin yang sederhana tetapi punyai jiwa besar serta cukp berhikmah. Aku amat tertarik dengan pendekatan beliau dalam berdakwah, Tuan Guru akan bercakap tentang islam dimana sahaja beliau berada.

Pernah beliau berceramah tentang toleransi dan keindahan islam didalam tokong Budha diKelantan, yang mana beliau dijemput untuk merasmikan pembukaannya, Walhasil kaum cina dan India menyanjung tinggi keperibadian Tuan Guru. Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti jemu, hari ini kita dapat lihat.. selain Anwar Ibrahim, wajah Tuan Guru juga dijulang kaum bukan islam. Mereka tidak gentar malah mula memahami konsep dan perjuangan islam syumul yang dijuangkan oleh PAS selama ini.

Tuan Guru nyata seorang yang punya pemikiran terbuka dan tidak sekali-kali jumud dalam penyebaran dakwah, buktinya penyanyi Amy Search yang terkenal dengan imej Rock boleh mendekati Tuan Guru dan makan semeja dengan tokoh besar itu. Sifatnya yang sederhana, sesuai dengan sunah Rasullulah menjadikan Tuan Guru ikon pada gerakkan islam diMalaysia ini. malahan anak muda mula menjadikan Tuan Guru antara role model dan mentor mereka.

Oleh yang demikian aku yakin dan percaya, andai semua ahli dan pimpinan PAS bersikap seperti Mursyidul am Tuan Guru Nik Aziz, UMNO-BN akan terkubur dari kancah politik Negara,Dan aku juga yakin PAS akan menjadi parti Dominan dalam PAKATAN RAKYAT! InsyaAllah ...

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya bersetuju sangat-sangat dengan artikel ni, saya pernah jumpa dengan Tuan Guru dan melihat mukanya saja dan menyejukkan hati apatah lagi mendengar ucapannya.
    Syabas....
    Teruskan perjuangan anda.
    Profil jangan lupa.. hantar cepat sikit...

    A & A

    BalasPadam
  2. bagus sungguh kata2 anda ini yg akan banyak akan tertarik ngan kita umum nya parti utk melayu no otak.takbir

    BalasPadam
  3. ARTIKEL INI MEMBUATKAN SAYA MENANGIS!!!


    SHANA

    BalasPadam
  4. Kita perlu bersabar terhadap kelemahan akhlak beberapa pimpinan PAS yang bukan budaya parti PAS. PAS for all relevan kerana PAS membawa Islam dan Islam adalah amanah untuk semua. Setiap kita ada kekurangan yang perlu kita sama-sama perbaiki

    BalasPadam
  5. terima kasih saudara, saya akur dan kita perbaiki kelemahan bersama.InsyaAllah

    BalasPadam