Selasa, 21 Oktober 2008

Pemilihan UMNO: penentu nasib negara?????




Arakian terpacullah satu rintihan dari seorang Pendekar UMNO, Adapun rintihan itu telahpun menjadi lumrah dalam rumah usang UMNO. "Beli Undi" merupakan perkara biasa bagi mereka yang punya lambakkan wang , namun amat luar biasa pada mereka yang kurang ataupun lokek mengeluarkan wang.


Rais Yatim bukan nama baru dalam gelanggang UMNO, Beliau pernah "membakar jambatan" dan berjaya membina kembali jambatan tersebut. Untuk itu aku tabik spring padanya, Kerana jambatan yang dibina olehnya berupaya melintasi jerung-jerung UMNO, Dan Rais kini bergelar seorang menteri.

Kembali pada persoalan membeli undi, Sememangnya para perwakilan UMNO senantiasa mengharapkan adanya pertandingan. Dengan adanya pertandingan, maka mereka bakal memperolehi habuan. "camni baru boleh dapat garam" perkataan yang sering aku dengar dari budak-budak UMNO bilamana adanya pemilihan parti keramat tersebut.

Yang sedihnya ialah nasib 22 juta rakyat bakal ditentukan para perwakilan UMNO yang gilakan garam, maka tidak hairanlah melihat Ketua-ketua mereka "melanun" harta rakyat selagi boleh. Tujuannya ialah mahu memberikan garam pada perwakilan agar dapat melonjak ketangga yang tinggi atau sekurang-kurangnya kekal ditangga sekarang.

Bagi mereka yang tidak mahu mencari dan seterusnya mengeluarkan garam, alamat pendeklah usia dalam UMNO. manakala yang menang akan terus menjarah dan memunggah khazanah negara demi survival politik masing-masing. Harta yang sepatutnya menjadi agihan kepada rakyat, diagihkan kepada kalangan suku kaum UMNO (KRONI) dan mereka akan beri pada orang cina atau india dengan meraih komisen yang tinggi tanpa perlu bersusah payah.

Sebab itu DEB sampai hari ini tidak berjaya, Dasar yang sepatutnya menjadikan Ekonomi melayu berada ditahap tertinggi menjadi sebaliknya. Orang melayu hidup selaku Baru@ dalam negara sendiri, malah ada yang masih "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Sebab itu aku antara anak muda yang menyertai gagasan penentang UMNO, Dan kejatuhan UMNO dibeberapa buah negeri yang menjadi lubuk duit mereka, tumbang akibat kebangkitan anak muda Malaysia yang kian celik. Biarlah tiada garam yang ditaburkan keatas kami, Janji negara kami adalah hak kami. Pilihanraya Umum sewajibnya dijadikan medan penentu kepimpinan kerajaan, Bukannya "Perhimpunan agung UMNO" di mana para perwakilannya yang mentekedarah garam politik menentukan halatuju negara.

Oleh yang demikian, janganlah kita terpesona dengan slogan retorik "Ketuanan Melayu!" laungan lanun-lanun UMNO, Sejarah Melaka sudah cukup membuktikan. Kerajaan Melaka yang gah satu ketika dahulu, hilang entah kemana. Semuanya kerana mahu mempertahankan kuasa dan ketuanan masing-masing, Sedang nasib rakyat semakin terpinggir. Apa guna ada gelaran dan dihormati, sedang negara ekonomi yang sepatutnya milik melayu terus layu. Apa Guna punya pangkat dan kedudukkan, sedang rakyat menderita menjadi hamba dalam negara sendiri.

Apa guna Melayu menjadi Tuan, sedan ekonomi dijarah segelintir tokoh dan dijual kembali pada bukan melayu. Jawapannya ialah "Back to the Quran" kembali pada hadis dan sunah, Ketuanan islam akan merealisasikan Ketuanan Rakyat! Islam meletakkan keADILan sebagai asas dalam setiap suruhannya, Semua manusia punya hak dalam islam dan menjadi kemurkaan Allah kiranya umat islam bertindak zalim pada yang bukan islam.

Akhir kalam, ayuh anak muda sekalian.. kita adalah pewaris negara ini. janganlah sampai kita diwariskan sebuah negara lingkup sedang segala hartanya kering disedut puak-puak lanun yang bertopengkan ketuanan melayu. kiranya hal itu terjadi, apakah yang mampu kita ceritakan pada anak-anak kita kelak?

8 ulasan:

  1. Setuju dengan saudara!! tidak sepatutnya nasib rakyat ditentukan oleh 3 juta ahli umno!

    apa yang mereka tahu?
    lu pikir la sendiri

    wan

    BalasPadam
  2. Dah lame aku terpikir hal ni. naik nyampah bile nasib kite dorang sibuk nak perbetul.

    ketuanan melayu ape kejadah kalau yang kaya puak umno je.

    akupon melayu gak!

    BalasPadam
  3. Satu lontaran penulisan yang baik, sayangnya ia datang dari seorang anak muda bergelar mantan ketua AMK.

    Ia cukup berkesan untuk menggerak anak muda sekaligus menjana kebangkitan mereka, andai ianya MASIH suara ketua AMK.

    Sewajarnya keputusan menarik diri dari landasan perjuangan dikaji semula.

    AI

    BalasPadam
  4. askum,

    saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi buat program bersama naib presiden pas mohd sabu minggu lepas.

    mengapa abg Eddi tak cerita kat blog pasal program hari tu?

    saya dengan semua ahli amk k.dsara harap abg tak jadi berhenti jadi ketua amk subang.

    helmi

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Der... kau tak kesian ke kat budak-budak kau yang masih mengharapkan kau masih Ketua diaorang.....
    Lagipun perletakan jawatan tak lulus lagi kannnnnn
    Kesianlah kat diaorang 2.

    a&a

    BalasPadam
  6. kemenangan PR dalam praya umum disebabkan oleh golongan muda. semua saluran orang muda berkehendakkan perubahan.

    akibatnya orang muda mula ditindas umno dan golongan tua. lihat nasib pimpinan pelajar UPM, dihalau bagai anjing sebaik dinobat selaku pimpinan mahasiswa.

    BalasPadam
  7. Salam. Saudara Eddie. Boleh saya dapatkan emel saudara>?

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam