Selasa, 14 Oktober 2008

katanya "PAS For All" tapi....

Hairan lagi pelik melihat tingkahlaku segelintir ahli dan pimpinan PAS. Hairannya bila terkenang slogan mereka pada PRU-12 lalu yang berbunyi "PAS For All",hakikatnya...

Sebenarnya aku minat dengan perjuangan PAS, teruja melihat sikap Tuan Guru Nik Aziz yang cukup sederhana. Malangnya sikap Tuan Guru Nik Aziz jarang ada pada pimpinan Pas yang lain, mengapa?

Aku punya pengalaman dengan pimpinan Pas, baik diperingkat kawasan mahupun pusat. Acapkali aku menemui pengalaman yang sama. SINIS... itulah pandangan mereka pada aku dan setiap anak muda yang cuba mendekati mereka.

Mengapa harus mereka bersikap begitu? Penyertaan aku kedalam keADILan cukup mencabar, kerana didalam keADILan punya pelbagai fahaman. Maka sebagai anak muda muslim, aku wajib mempertahan dan menyebarkan risalah islam pada mereka.

Justeru itu, bantuan dari rakan pimpinan PAS amatlah diperlukan. Malang sekali lagi, usaha aku ini dipandang enteng oleh mereka. Mungkin bagi mereka, Ceramah dan kuliah dimasjid mahupun disurau adalah yang terbaik, (lagipun ceramah kat situ leh dapat duit) dari menghabiskan masa turun dan bersama mendekati golongan yang jahil islam.

Kalaulah Nabi Muhammad saw menjalankan dakwah seperti apa yang ustaz-ustaz PAS buat sekarang., rasanya berapa ramai yang masuk islam? Dan sekiranya Nabi Muhammad saw memandang sinis pada Omar yang terkenal dengan sifat kasar dan samsengnya itu, agaknya islam dimana sekarang?

Curiga dengan rakan pimpinan PR seolah sudah menjadi pegangan PAS. Yang anehnya, mengapa baru sekarang mahu curiga? mengapa tidak sebelum PRU? PAS tidak akan berjaya sampai bila-bila sekiranya kekal dengan momentum ahli sufinya seperti sekarang. Lihat pada beberapa acara sambutan yang dijalankan oleh PAS, Pastinya ada tempat VIP dan "Unit Amal" akan mengepung kawasan tersebut laksana UTK. Amboi..(dah macam UMNO lak, patutlah bunyi nak gabung)

Terkenang masa belajar sirah Nabi dahulu, Rasullulah lebih gemar makan bersama para hadirin. Pernah seorang sahabat mengadu pada sahabat yang lain, betapa sukarnya memberi salam kepada Rasullulah. ini kerana Rasullulah akan terlebih dahulu mengucap salam pada sesiapa yang ditemuinya.

Rasullulah juga sering bersangka baik, pernah satu ketika dimana seorang arab jahilliyah ,yang sering melontar batu kearah Rasululah setiap kali baginda melewati halaman rumahnya jatuh sakit. Baginda terus sahaja mengunjunginya dan bukannya sekadar melawat, malah nabi membantunya mengemas rumah,memasak air dan menyuapkan makanan kemulut arab jahilliyah tersebut.

Demikianlah antara kisah baginda Rasullulah yang membuatkan Islam punya penganut yang teramai dimuka bumi Allah swt ini.

Aku tidak kisah kalau mahu terus dipandang sinis oleh golongan sufi ini. Aku lebih bimbang kalau Allah swt menyindir aku dimasyar nanti, dan sindiran itu berbunyi " mengapa kamu simpan apa yang kamu tahu dari mereka yang tidak tahu? adakah kamu perasan dengan ilmu dan sikap kamu itu, layak untuk menduduki syurga aku?" Bayangkanlah...

Akhir kalam, slogan PAS for all sudah tidak lagi relevan, sebaliknya yang paling sesuai ialah "Islam For All". TAKBIR!

6 ulasan:

  1. Nak tanya sungguh ni...kamu buat blog ni saja nak kutuk pimpinan PAS ke...sebab aku ada satu lori perangai pimpinan PKR yang nak di siarkan....nak ke gitu?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara biarpun saya anak kelantan yang sentiasa dibelakang PAS. Cuma ada segelintir yang mempunyai mentaliti begitu.
    Yang lain alhamdulillah dapat menjadi contoh yang baik kepada anak muda contohnya sahabat kau sendiri

    a & a

    BalasPadam
  3. erm..saya ni org PAS,
    memang tak setuju dengan sistem kasta yg diamalkan.Pengarah Program untuk Jamuan Raya ni adalah kalangan Pimpinan PAS Pusat,mgkn Dr Hatta @ Dato' KJ (team Erdogan)jadi, ianya kena tanya org ni, bukan kutuk kat sini! tak manis. lagi 1, bukan ke semua ahli team erdogan sujud pada ANWAR!

    BalasPadam
  4. penulis ni nak masuk PAS, sebab tengok teruknya perangai orang2 PKR. tiba-tiba, bila pergi majlis PAS, orang PAS tengok dia macam "najis".

    ini luahan hati dia, yang sepatutnya orang-orang PAS muhasabah diri, bukannya terus maki dia. kalau inilah sikap orang-orang PAS, sampai bila pun tak layak memerintah malaysia, cukuplah insan seperti tok guru Nik Aziz yang dapat mempertahankan Islam di kelantan...

    sekian

    Al-Bakistani.

    BalasPadam
  5. APA SEBENARNYA YG BERLAKU SAUDARA EDDIE..LAMA SAYA TAK LAYARI BLOG KAMU KRN CUTI PANJANG. U LETAK JWT..SAYA TERKEJUT...U FRUST JE DGN PAS SAYA TERKEJUT...SAYA TAKUT JIKA INI BERTERUSAN, ORG-ORG MUDA MACAM KAMU YG BERMOTIVASI DAN JUJUR DGN PERJUANGAN AKAN TENGGELAM SEKALIGUS MENENGGELAMKAN PERJUANGAN DAN SOKONGAN KAMU PD DSAI..INI SAYA TAKUTKAN..SAYA HARAP PEMIMPIN TERTINGGI PKR TERUTAMA DSAI MELAYARI BLOG INI DAN MEMBACA LUAHAN KAMU YG SAYA PERCAYA DATANG DARI HATI KAMU.. SAYA SEDIH KRN ORG-ORG SPT KAMU INI YG PATUT DI BERI PERHATIAN DAN RUANG KRN CARA DAN CORAK PEMIKIRAN KAMU YG SALING TAK TUMPAH SPT DSAI..TDK KENAL PENAT DAN JEMU..JD TERUSKAN BERJUANG KRN KAMU SEORANG PEJUANG, JGN SESEKALI MENGALAH DGN MANUSIA YG GILA PANGKAT DAN KEDUDUKAN. SAYANG SEKALI JIKA KAMU TINGGALKAN PENTAS POLITIK..TERUSKAN BERJUANG SAUDARAKU...........

    SHANA

    BalasPadam
  6. artikel yang sangat bagus..
    knapa nak marah? Kita kena pikir kan ape yang terbaik utk sambung legasi Rasulullah SAW. Hal yang remeh ni pon, kalu kita tak dapat nak hadap, jangan mimpi utk jalankan pimpinan secara ISLAM..

    maaz

    BalasPadam