Khamis, 30 Oktober 2008

Habis Madu Jalan Bersepah part 1


Semuanya seolah baru semalam...Perjuangan yang didukung selama 10 tahun berakhir dengan sedikit kemenangan.



Gelita yang menyelubungi kehidupan... mula menampakkan sinar, walau tidak cerah namun ianya cukup untuk menerangi harapan yang sekian lama diselimuti kegelapan.


Kebiasaannya bila perang tercetus, askar akan berhempas pulas bertahan dan menyerang. Kehidupan mereka digadai demi sesuatu perjuangan yang didukung. Sayangnya bila beroleh kemenangan, nama mereka langsung tidak terpahat dalam lipatan sejarah. Pengorbanan mereka yang senantiasa berada dibarisan depan diketepikan. Kalau adapun yang dikenang hanyalah Kapten ataupun kepala perang.



Menjadi lumrah selepas kejayaan sesuatu peperangan, Golongan politik yang terdiri dari Teknokrat mahupun Koporat akan mengambil tempat. Kononnya mereka ini orang bijak, maka mereka layak untuk menduduki tempat tertinggi dek kerana Profesionalnya mereka itu.



Pada masa itulah para askar yang disanjung pada permulaanya diketepikan. Alasan mudah ialah mereka "Tidak layak" untuk memainkan peranan dalam pentadbiran. Kononnya tahap IQ askar tadi rendah serta tidak punya asas yang membolehkan mereka layak untuk diangkat mentadbir bersama golongan "Profesional" tadi.



Ketrampilan atau imej askar juga mula menjadi pertikaian, Sistem kasta mula diperkenal. Dan pastinya askar tadi akan dicampakkan ke kasta yang cukup rendah laksana keparat.



Inilah apa yang disebut sebagai "Habis Madu Jalan Bersepah"... Askar hanya mampu memerhati golongan Teknokrat atau koporat menjarah dan memunggah segala harta rampasan perang. Kesetian para askar diperlekehkan, askar ditekan laksana musuh.



Nasib askar cukup malang, setelah diperah segala keringat... mereka dilayan seolah tidak punya maruah. Suara mereka yang dahulu dianggap keramat.. kini dianggap bangsat.



Tetapi aku yakin dan percaya, sebaik semboyan perang ditiup semula.. para askar akan kembali dikerah. Waktu itu para askar kembali dilayan dan ditabur dengan alunan kata-kata indah. Apa sahaja permintaan askar akan cepat dipenuhi, berbeza dengan sebelum perang. Kali ini suara para askar kembali dianggap "keramat'..pemikiran askar dipuji bagaikan punya pemikiran Profesional.

Dan waktu itu askar akan kembali berperang, berjuang menegakkan keADILan. Manakala tokoh-tokoh Profesional menanti dengan senyap. Begitulah kitarannya, yang berjuang belum tentu merasai nikmat kemenangan .



1 ulasan:

  1. Salam...
    Inilah luahan hati dari seorang pejuang..biarpun saya tidak mengenali saudara Eddie dan saya bukan ahli politik, tetapi dek kerana saya pengikut setia DSAI saya rasa dia perlu tahu isi hati pejuang-pejuang anak muda yg membela nasibnya selama ini. Oleh itu, saya mohon untuk copy paste artikel ini dan saya akan paste kan ke blog DSAI..Biarpun mungkin DSAI belum tentu membacanya tapi sekurang-kurangnya pengikut DSAI boleh mengambil iktibar.

    SHANA

    BalasPadam