Isnin, 21 September 2009

SELCAT adalah kehendak rakyat!!!

Semenjak Malaysia dilepaskan oleh penjajah sekitar 52 tahun lalu, Demokrasi yang menjanjikan kuasa diletakkan pada rakyat, mula mengambil tempat. Bermula disitu jugalah kesemua hasil mahsum dimuka bumi ini diisytihar sebagai kepunyaan rakyat Malaysia.

Bagi merancakkan ekonomi negara, kebanyakkan cukai yang diperkenalkan oleh penjajah terus dikekalkan, memandangkan cukai tersebut logik dan positif maksudnya dalam menjana ekonomi.Dengan hasil pungutan cukai inilah digunakan oleh mana-mana Kerajaan yang dipilh oleh rakyat untuk diurus tadbir.Wang cukai ini kemudiannya dilabur dalam pelbagai sektor samada awam ataupun berbentuk swasta (GLC).

Selebihnya disalur terus kepada rakyat melalui program-program masyarakat setempat. Adalah menjadi kewajipan dipihak Kerajaan untuk membentangkan kesemua laporan kewangan Negara dan Negeri kepada rakyat melalui sidang DUN dan Parlimen.Dengan cara ini, setiap sen yang dibayar oleh rakyat diketahui kemana halatujunya.

Adalah tidak munasabah sekali bilamana ada pihak berasa simpati hanya pada kakitangannya semata-mata.Pendengaran awam SELCAT diSelangor telah berjaya membongkar siri penyelewengan wang rakyat! Kesemua jawatankuasa SELCAT terdiri daripada wakil yang dipilih rakyat melalui proses pilihanraya. Makanya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyiasat kehilangan wang rakyat dalam masa yang singkat.

Tekanan yang diberikan oleh SELCAT juga, pada aku amat wajar - memandangkan selain mereka mewakili kehendak rakyat, mereka juga menekan melalui pendegaran awam! Ini bermakna, kesemua aksi tersebut dipertontonkan pada umum dan sudah tentu tiada siapa yang akan dihumban keluar tingkap.

Sewajarnya kakitangan kerajaan sepatutnya peka dengan amanah yang diberikan. Wang yang digunakan selama ini adalah milik rakyat dan perlu diurus dengan baik. Jika benar ada penyelewengan, kesemua mereka perlu bertanggungjawab sesuai dengan kapasiti mereka selaku pegawai kerajaan.

Adalah begitu dangkal sekali, bilamana perasaan simpati hanya pada mereka, bagaimana pula halnya dengan rakyat yang bertungkus lumus mengikat perut demi melunaskan cukai? bagaimana pula dengan rakyat yang gagal menikmati pembangunan hasil dari titik peluh mereka? Amatlah malang bilamana orang yang berasa simpati ini datangnya dari pilihanrakyat setempat yang sudah tentu mengharapkan pembelaan, sebaliknya gagal memahami aspirasi rakyat yang mahukan perubahan!

Oleh yang demikian, penubuhan SELCAT serta sesi pendegaran awam tentang kehilangan jutaan wang rakyat adalah kehendak rakyat! jika ada yang gagal memahami kehendak dan maksud tersebut, semoleknya berhentilah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan