Isnin, 30 November 2009

Sekitar kembara kesebuah perkampungan


Melalui lorong yang sempit dibelakang Hospital Sungai Buloh, sambil dikiri kanannya dipenuhi deretan kedai bunga dan pasu sehinggalah Dipenghujung lorong adalah panorama yang menarik,sebaik tiba dihujung jalan tersebut,kelihatan berdiri megahnya pencawang elektrik, disitulah kita harus membelok kekanan untuk melalui pengalaman seterusnya.

Awas bagi kenderaan mewah! jalan itu tidak bertar sebaliknya sebatang lorong tanah merah.Jika hujan tayar kenderaan bisa sahaja terbenam. Sebaik selesai melalui lorong sempit yang tidak bertar itu, dipenghujungnya akan terdapat sebuah perkampungan. Kenderaan boleh diletakkan diperkarangan surau kecil dan dhaif dari segi kelengkapannya.Disitu terdapat sebatang sungai yang mengalir tenang, untuk pengetahuan air sungai itulah digunakan oleh penduduk kampung untuk memenuhi tuntutan keperluan asas mereka.

Perkampungan yang kelihatan seolah diawal kemerdekaan 52 tahun yang lalu itu, dihuni seramai 20 keluarga. Dan mereka itu adalah masyarakat orang asli. Sayu mengenangkan nasib mereka yang begitu terpinggir sedangkan dikeliling kampung itu sedang pesat membangun. Timbul persoalan, apakah mereka menolak pembangunan?

Pertanyaan itu terjawab tatkala mendengar rintihan mereka semua berhubung nasib mereka yang selama ini dianggap sebagai isu terpencil. Layanan keatas mereka hanyalah sekadar melepas batuk ditangga oleh orang atasan.Mana mungkin mereka menolak pembangunan! permohonan untuk mendapatkan keperluan asas seperti air dan elektrik sudah berlanjutan beberapa tahun, tetapi sehingga kini ianya tidak dipenuhi diatas pelbagai alasan dangkal.

Menariknya selama kampung itu wujud, tidak ada seorang wakil rakyat yang mahu turun menjenguk kesusahan mereka. Mujur juga JAIS turun menjalankan tanggungjawab dengan mendatangkan agama suci islam, namun ianya masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan saudara baru itu.

Pertanyaan yang dianjurkan kepada aku oleh wakil masyarakat disitu cukup mengesankan. "Apakah saudara boleh membantu kami untuk menjalani kehidupan seperti saudara? hah! tersentak dengan pertanyaan itu lalu aku terus bertanya kepada orang tua separuh umr itu akan maksud pertanyaannya tadi.

Beliau lantas menjawap," kami orang asli juga punya keinginan untuk merasai kemodenan dunia masa kini. Kami juga mahu lihat kampung dan seluruh masyarakat orang asli maju sepertimana masyarakat yang berada diluar."

Tambahnya lagi," kami mungkin tidak upaya untuk membangun sepantas saudara, tetapi yakinlah asal sahaja adat dan tradisi kami tidak tergugat, kami sanggup buat perubahan demi kelansungan dan masa depan anak cucu kami."

Aku menyatakan padanya bahawa aku juga punya keupayaan yang terbatas, tetapi bak kata orang "dimana ada usaha,disitu ada jalannya", Aku yakin dan percaya bahawa cukup ramai masyarakat perihatin diluar sana yang sanggup membantu.Alang kan mangsa tragedi diluar negara lagi dibantu inikan pula saudara terdekat.

Kepada YB.Elizabeth ADUN merangkap Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga diucap setinggi tahniah diatas keprihatinan yang ditunjukan oleh YB. Kesanggupan YB mengadakan kenduri dengan menumbangkan seekor lembu semalam, cukup membuatkan masyarakat perkampungan asli berasa begitu dihargai. Harap pihak YB dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat menghulurkan bantuan sedikit sebanyak kepada masyarakat disitu bersesuaian dengan Tema "Selangor Negeri Berkebajikan" selepas ini.

Isnin, 23 November 2009

Pengakuan Bala: UMNO cuba memendam berita


Kenyataan yang dibuat oleh PI Bala berhubung kes pembunuhan Altantuya, nampaknya langsung tidak disentuh oleh media tempatan. Pengakuan Bala bahawa beliau disogok dengan wang oleh adik Najib merupakan satu isu besar. Kenyataan tersebut sudah cukup untuk membicarakan semula kes tersebut diMahkamah, disamping itu juga SPRM harus menyiasat unsur rasuah dalam kes itu.


Malang sungguh bagi masyarakat bawahan yang tidak berupaya mendapat capaian internet, mereka ini sebenarnya amat dahagakan maklumat. Sebab itulah baru-baru ini ceramah Anwar dihalang oleh pihak Polis hanya kerana bantahan 30 orang pemuda UMNO!


Sebetulnya perkara sebegini telah menjadi lumrah diMalaysia. Lazimnya berita yang mampu menggugat penguasaan UMNO akan ditutup rapat, Manakala kes yang membabitkan pembangkang walau hanya melibatkan kehilangan sebiji telur ayam akan dicanang seolah kesalahan itu sudah tidak boleh diampun. Lihatlah kes yang membabitkan Anwar dewasa ini, tuduhan tersebut mendapat liputan cukup meluas dikalangan media tempatan. Gambaran diberi seolah Anwar sudah didapati bersalah! itu belum lagi serangan yang mengaitkan Anwar selaku agen negara asing.


Inilah cara UMNO semenjak 52 tahun mengamalkan politik pecah perintah dengan jayanya. Rakyat dimomokkan bahawa hanya UMNO lah satu-satunya yang mampu menjadi pembela. Sogokkan berita-berita propaganda dan retorik demi memberi gambaran bahawa UMNO adalah kerajaan dan kerajaan adalah UMNO! Sebab itulah rakyat kurang memahami hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan. Pelbagai akta digunakan adakalanya telah menutup perlembagaan tersebut seterusnya undang-undang menjadi lebih tinggi dari perlembagaan.


Rujuk kepada kes mata lebam Anwar satu detik waktu dahulu. Berita tersebut cuba dipendamkan pada mulanya, tetapi percaturan itu silap bilamana Malaysia ketika itu telah dikerumuni wartawan asing. Akibatnya kredibiliti media tempatan jatuh merudum, dan bermula detik itulah rakyat mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan berita sebenar.


Kini nyata UMNO tidak serik dengan taktik memendam berita, mungkin juga mereka ketandusan ilham bagi mencari jalan keluar. Aku punya keyakinan bahawa kes ini antara penyebab putaran ekonomi Malaysia lembab.Selain itu imej negara kini persepsinya begitu negatif sekali, selagi kes ini dipendam, selagi itulah indeks persepsi negatif tersebut akan melonjak.

Sabtu, 21 November 2009

SPRM: Mengapa harus mengeluh?

Paparan Utusan milik UMNO hari ini menukilkan keluhan bekas Pengarah BPR ( SPRM) Negeri Sembilan, keluhan itu berhubung larangan Mahkamah kepada SPRM agar proses penyiasatan hanya dibenarkan diwaktu pejabat sahaja. Beliau mendakwa SPRM akan lemah jika hanya dibenarkan menjalankan siasatan diwaktu pejabat. Tambahnya lagi, saksi atau tertuduh akan mempunyai masa untuk memalsukan segala dokumen berkaitan dan mungkin juga lari dari penyiasatan. Alahai...

Alasan bekas Pengarah tersebut amat dangkal sekali, apatah lagi beliau merupakan penjawat awam. Malang sungguh Kerajaan! Pada hemat aku sebagai orang awam yang tidak punya kedudukan serta cetek ilmu ini, untuk menaikkan imej dan intergriti SPRM, Suruhanjaya itu haruslah benar-benar bebas. Meletakkan SPRM langsung dibawah kendalian Parlimen adalah jalan sebaiknya.

Keyakinan masyarakat terhadap SPRM akan pulih jika tiada lagi campur tangan dari JPM mahupun KDN. Panel khas juga haruslah seimbang dari segi pemilihanya manakala kuasa mereka hendaklah mencerminkan tahap profesional terhadap kepentingan awam.

Jika ini dapat dilakukan, tiada sebab untuk SPRM mengeluh tentang waktu soal siasat yang terbatas. SPRM harus faham akan tuntutan hak asasi kemanusiaan. Menyiasat dengan menyoal suspek semalaman boleh menyebabkan trauma dan paling buruk kesannya ialah suspek mungkin hilang pertimbangan akal. Dinilah timbul persoalan dan keraguan berhubung pengakuan suspek dalam sesuatu kes. Ianya mungkin dibuat dalam keadaan separuh sedar atau suspek terdesak kerana tidak tahan dengan deraan mental sedemikian.

SPRM juga harus faham makna "suspek" dan "saksi" tatkala melakukan penyiasatan. Mereka ini tidak boleh dilayan selaku pesalah sesuai dengan ungkapan "seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh Mahkamah".

Jika cadangan aku ini dipraktikkan, aku jamin lambang harimau itu akan digeruni, berbanding sekarang harimau itu hanya dipandang laksana seekor kucing Parsi.

Isnin, 16 November 2009

KETUA UMUM UMNO MULA BERSUARA


Keputusan Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat untuk melantik Ketua Umum PKR sebagai Penasihat Ekonominya telah mencuit perasaan Ketua Umum UMNO untuk bersuara. Seolah gagal menahan dendamnya, Mahathir memperlekehkan perlantikan Anwar Ibrahim dengan menyamakan tokoh itu dengan nilai RM1 yang merupakan elaun tetap jawatan tersebut.


Modal Mahathir masih sama iaitu mengulang kononnya Anwar mahu menerima pakej IMF sewaktu krisis ekonomi 97 dahulu.alahai... Anwar sudahpun menjawap isu tersebut diawal kehadirannya diParlimen tahun lalu. sila rujuk you tube berkaitan hal tersebut.


Pada aku, Mahathir yang merupakan ketua umum UMNO dewasa ini adalah merupakan Penasihat Bankrup yang sebenarnya. Jika Anwar dikatan bernilai seringgit, Mahathir pada aku langsung tidak bernilai. Melantik Mahathir menjadi penasihat ekonomi adalah merupakan perkara yang sia-sia. Ini kerana rekod bail outnya sudah cukup membuktikan, itu belum lagi dihitung beberapa syarikat GLC yang terpaksa bernafas dalam lumpur. Malah kebanyakannya sudah gulung tikar! Tentu rakyat masih belum lupa sepertimana Mahathir akan perihal muflisnya PERWAJA STEEL dahulu. Muflisnya PERWAJA dengan penuh misteri, ianya sehingga kini seolah sudah mati mengekori Eric Chia SELAKU PENGERUSINYA.


MAS,PROTON dan beberapa lagi syarikat GLC, Kini menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhirnya.MAS khabarnya hanya tinggal duit tunai yang mampu bertahan sehingga tahun depan sahaja untuk meneruskan operasinya. Almaklumlah MAS sudah tidak punya sebarang aset, Kapal yang adapun disewa dari syarikat lain sepertimana MAS terpaksa menyewa bangunannya sendiri.


Akibat dasar penswastaan yang sembrono dilakukan Mahathir 20 tahun lalu, kini kesannya mula dirasai generasi seperti aku. Aduhai....agaknya apalah khabar KTMB dan TNB? belumpun reda kegawatan GLC, Satu lagi syarikat yakni BERNAS tergadai! Katanya PM mahu merampas kembali syarikat beras nasional tersebut, malangnya bajet yang dibentangkan tidak menyebut langsung akan hal ini.


Bajet untuk pertanian dan industri makanan negara masih kecil berbanding cita-cita penguasa, bukti bahawa kata-kata semangat kononya rakyat didahulukan jelas merupakan retorik semata-mata tatkala mendengar Bajet F1 lebih tinggi berbanding Pertanian,makanan dan IKS. Inilah PM harapan Mahathir siKetua UMUM UMNO!

Jumaat, 13 November 2009

Masyarakat melayu harus bangkit dari lena "Ketuanannya"

Semalam aku sempat menghadiri satu jamuan di sebuah perkampungan orang asli, majlis yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO turut menyelitkan sesi dialog bersama masyarakat. Aku begitu teruja tatkala mendengar ucapan seorang anak muda dari kalangan masyarakat orang asli yang mampu mengupas isu ekonomi dengan begitu baik.

Beliau mengambil contoh sistem "Kasta" yang menindas hak asasi kemanusiaan, walau sistem tersebut tidak dipraktikan diMalaysia - namun kehadiran sistem tersebut seolah dijalankan secara senyap. Pendekatan kononya atas dasar perihatin dengan penubuhan jabatan khas bagi memenuhi keperluan orang asli kelihatan tidak mencapai objektif sebenarnya.

Sikap menggembar - gemburkan kejayaan diatas inisiatif sendiri dikalangan masyarakat orang asli, hanyalah propaganda penguasa yang mahu menutup kelemahan mentadbir keperluan orang asli selama ini. Hakikatnya keseluruhan masyarakat orang asli masih kekal terpinggir dari arus pembangunan sekitarnya.Inikah 1Malaysia?

Aku juga diberi kesempatan untuk bersama membahaskan isu tersebut, Makanya aku menyentuh Persoalan mengapa perbedaan pendapat sering diraikan dalam emosi marah hanya kerana berlainan warna kulit? Sikap mendewakan bangsa sendiri dengan menggunakan alasan "Tuan asal tanah"semata-mata amatlah jelek. Sedang akhlak dan pemikiran bangsa semakin hari semakin nanar dibuai keasyikkan retorik tersebut.

Masyarakat melayu harus bangkit dari lena "ketuanan" ini, kita harus berdepan dengan cabaran semasa. Kita harus tonjolkan keperibadian serta keluhuran akal budi bangsa melayu yang utuh dan mampu memimpin serta mengutamakan keadilan. Bukannya berdiri diatas ketuanan dan menindas hak orang lain! Sikap berjiwa besar dan berhikmah pabila berdepan dengan perbedaan pendapat mampu membina tamadun besar. Kejayaan Rasullullah SAW juga banyak bergantung diatas sikap baginda yang sering merai sebarang kontradiksi dalam pentadbiran baginda.

Cara ini telah melahirkan persepsi yang baik terhadap Islam, dan persepsi ini bertambah baik bilamana Saidina Umar meneruskannya telah menjadikan zaman baginda digelar zaman emas.Oleh yang demikian, kita seharusnya bangga dipilih oleh Allah SWT untuk menjalani ujian selaku Khalifah dimuka Bumi ini. Panji Islam lebih mulia berbanding Panji Kebangsaan, Semua dari kita samada Melayu, India, Cina, masyarakat orang asli dan yang lain mulai detik ini harus bersama - sama bangun dan runtuhkan tembok dewa kebangsaan itu.

Dengan ini sebarang sistem yang menyerupai kasta tidak akan sesekali mampu mengambil tempat dalam pemikiran masyarakat semuanya. Menyentuh soal ekonomi, jurang diantara masyarakat kaya dan miskin detik ini dirasakan terlalu melebar. Seringkali diMalaysia, penguasa gemar mencorak dasar tapi gagal mengatur kaedah perlaksanaanya. Akibatnya dasar itu tempang dan masyarakat khususnya yang dibawah gagal mendapat manfaat hasil dari Dasar tersebut.

Burung lelayang tewaskan Naga
Tikus boleh robohkan kota
Tak akan senang hidup orang Kaya
Kalau simiskin dibiar Papa


Diakhir pertemuan semalam aku juga sempat menjamah nasi yang dimasak menggunakan buluh.Waduh pak enak sekali!

Isnin, 9 November 2009

Kata dua ANWAR dan Gerakan team blog Perak Express!!

Kata dua samada baiki prestasi dan turun berkhidmat atau kamu disingkirkan! itu antara amaran Anwar kepada ADUN dan MP PKR yang kelihatan mula asyik dibuai gelaran YB. Kata - kata itu memberi aku sedikit kepuasan setelah lama memendam rasa.

Tidak semua ADUN dan MP yang mempunyai sikap lalai sedemikian, tetapi segelintir dari mereka telah memalit lumpur yang mengakibatkan semua kita menjadi sial. Kes YB lompat cukup-cukup menyesakkan nafas aku, inilah akibat jika "tangkap muat". Alhamdullilah...Anwar sememangnya pemimpin yang berjiwa besar bilamana mengaku akan kesilapan memilih ungka-ungka ini menjadi calon.

Sebetulnya aku adalah antara mereka yang sudah mula meluat mahu bergiat cergas dalam lapangan ini. Manakan tidak, tiap kali terkenang saat-saat getir yang dilalui tatkala berdepan dengan penguasa gila sedikit masa lalu. Malah hingga kini para penguasa zalim maseh bernafas disinggahsana, cumanya nafas mereka tidaklah sekencang dulu. Maseh segar dalam ingatan pada suatu malam ditahun 99-2000, kepala aku ditunjal dengan sebatang cota sambil dihambur dengan kata-kata kesat. Kesalahan aku hanyalah berdemo sambil melaungkan "Hidup Keadilan!"...perghhh....masa tu beb.. kata-kata macam tu boleh menyebabkan kita mendapat gelaran pemberontak. Dan mahligai Kamunting merupakan hadiah dari sang penguasa buat kita yang degil mahukan perubahan.

Pada masa itu kita semua bersatu, susah senang kita tanggung bersama. Saat itu juga ada dikalangan pemimpin yang dalam pidatonya nampak hebat, karismanya terserlah dan lagaknya seorang panglima. Tetapi pabila ombak penguasa mula membadai, huh...mereka ini semua hanyut ibarat tunggul mati dibawa arus deras.cit

Pun begitu semangat kita tidak pernah luntur, memandangkan kita semua kebanyakkannya datang dari golongan rakyat kelas 3 atau bahasa rasminya orang bawah.hehehe.. segala ombak mahupun lahar berapi kita randuk dengan cekal. Apalah sangat jika terpaksa bermalam dilokap, kalaupun mahu diheret keKamuntingpun tidak mengapa, ini kerana kita sememangnya orang susah - jadi tidak rugi apapun, silap-silap untung lagi..hah..diKamunting semuanya percuma! Oleh itu kita semua tidak perlu lagi serabut memikirkan duit sewa rumah atau bilik, makanpun ditanggung beres, hmmm.....bak kata orang susah macam kita "Makan tanggung berak cangkung"hahahaha....tak percaya boleh rujuk pada bro arijan! hehehe...jangan marah beb.

Justeru pernah merasai segala keperitan menumbangkan penguasa angkuh, sudah tentulah golongan terpinggir lagi daif macam aku ni terkesan dengan perilaku jibauk - jibauk YB ni. Yang melompat satu hal, yang maseh ada macam tiada! itu belum lagi jibauk yang perasan bagus kononnya dia adalah orang yang hebat! alahai... dulu warung mamak merupakan tempat wajib untuk melabuhkan punggung sambil pekena teh tarik tongkat ali, sampai sanggup berembun sebab kaww sembang. Kini tempat itu semua tiada standard lagi, coffee house atau cafe menjadi tempat bersidainya sijibauk ni semua.Poooodaaahhhh.

Adus...pedih melihat telatah jibauk almalaun itu tadi, orang semacam ini kalau lompat ke BN alangkah sesuai sekali. Dalam BN mereka semua itu adalah OKU, tak upaya nak kerja tapi kalu membodek dan mengampu itu no hal braderr ( Orang Kuat Umno = OKU ) KAHKAHKAH...

Justeru itu, aku berharap agar jibauk-jibauk semua sedarlah diri dan fahamilah makna "Ketuanan Rakyat!" jangan sampai rakyat yang ajar macam mana nak sebut perkataan tu.Naya punya kes nanti...manakala pada semua pejuang,reformis dan aktivis diharap dapat bersama kembali untuk mempertahankan perjuangan ini, persetan dengan jibauk-jibauk itu, agenda perubahan kearah pembaharuan lebih penting dari mereka semua. Aku tersangat yakin bahawa ajal politik mereka semakin hampir!

Contohilah team Perak Express, mereka benar-benar pejuang! mereka begitu fokus pada matlamat perjuangan. Jibauk al-Malaun tidak sedikitpun meresahkan mereka malah jibauk jibauk ini pula berasa kaget dengan gerakan Perak Express. UMNO-BN dan Jibauk Al-Malaun ini tetap akan terkubur dibenam oleh rakyat!

Kuasa rakyat!
kuasa keramat!

Khamis, 5 November 2009

konvensyen PR!!!!!

Sementara banyak parti-parti politik sibuk mengemas rumah masing-masing, aku lebih tertarik dengan satu konvensyen parti pembangkang diMalaysia. Konvensyen ini begitu mencabar lanskap politik tanahair yang telah sekian lama dihiasi garisan sempadan. Ianya juga menarik kerana konvensyen itu melibatkan parti-parti yang memperjuangkan penutupan garisan sempadan itu dalam keadaan rumah mereka maseh bingit dengan kerja-kerja mengemas. Ini kerana dalam rumah parti-parti itu pun juga kadangkala terdapat garisan kecil sempadan yang menyerupai garisan sempadan besar.



Oleh yang demikian, kesediaan untuk berkonvensyen amatlah dipuji.Keputusan PRU-12 harus dijana sebaik mungkin, walau kita semua tahu bahawa rakyat membuat keputusan tersebut berdasarkan emosi amarah mereka terhadap penguasa. Makanya suatu usaha bersungguh untuk menyakinkan rakyat terhadap parti pembangkang hendaklah ditonjolkan.

Dalam konvensyen ini, sudah tentu terdapat isu panas yang akan dibincangkan. Mungkin tidak keterlaluan jika aku kata bahawa makna perubahan itu sendiri tidaklah dihadam secara serius oleh semua parti tersebut. Apatah lagi "Ketuanan Rakyat!", ini kerana maseh ada segelintir wakil rakyat yang gemar diangkat dan dirai selaku YANG BERHORMAT dari menjadi YANG BERKHIDMAT!

Lantaran itulah aku menyokong penuh diadakan konvensyen terbuka bagi kita semua mencari titik temu dalam merungkai semua kontrakdiksi yang sekian lama membelenggu kita semua. Konsep Pakatan Rakyat harus digarap sebaik mungkin agar ianya benar-benar rakyat!! Semuga usaha keras ini akan menjadi pemangkin kewujudan negara bangsa dan musnahlah tembok pemisah antara kita.Terutama sekali tembok atau tunggul mati yang sering mengelilingi YB, mereka ini cukup menyesakkan.Mantera Waampu sana waampu sini jika tidak ditangani sebaik mungkin ianya bisa meruntuhkan impian rakyat!

Akhir kalam, selamat berkonvensyen wahai orang orang politik sekalian!