Kesempatan menjenguk kePenanti 2 hari yang lalu, menjadi pangalaman begitu berharga pada aku.Suasana kelihatan suram tanpa perang poster yang ketara,namun jentera PKR tampak cukup semangat menjalankan tanggungjawab masing-masing.Pilihanraya kecil kali ini mencatat sejarahnya tersendiri,UMNO-BN tidak bertanding.Mungkin PKR terlalu banyak menekan siPenguasa, lantaran itulah UMNO seakan merajuk untuk turut serta kedalam PRK Penanti.
Makanya PRK Penanti dilihat seperti raya tanpa ketupat, Mujurlah ada salah seorang dari calon bebas yang mempamerkan ketrampilan laksana UMNO.Keupayaan beliau mengaktifkan bilik gerakkan sendiri serta punya petugas dan mampu mengeluarkan poster yang agak banyak,cukup membuatkan orang ramai merasakan seolah UMNO yang bertanding. Manakala media berterusan memberi liputan agak meluas tentang aktivitinya juga seakan membenarkan tanggapan umum tentang siapa dibelakang calon tersebut.
Hal ini sedikit sebanyak menghidupkan suasana yang agak muram diPenanti.Majlis ceramah dan penerangan disusun dengan rancak.Kehadhiran khalayak kesetiap lapangan ceramah, memperlihatkan bahawa masyarakat setempat amat dahagakan maklumat.Mungkin sahaja mereka jelak dengan laporan media tunggangan penguasa yang sering melapor berita berbentuk picisan serta berat sebelah.
Aku juga berkesempatan menyertai rombongan Anwar ke Kuala Perlis bagi memenuhi undangan ahli UMNO disana.Undangan ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini mereka menjemput Anwar untuk menerima penyerahan mereka untuk bersama berjuang merealisasikan Agenda Perubahan.7 cawangan UMNO bubar serta merta, dicelah-celah keramaian itu…aku melihat dengan jelas riak wajah mereka yang begitu muak dengan politik mainan pimpinan atasan UMNO.
Mereka tanpa rasa gentar telah menempelak sikap UMNO yang gemar bermain dengan retorik.Menyedari ekonomi Negara kian menjunam kesan dari sikap penguasa yang gagal merancang, mereka melaungkan PERUBAHAN! Mereka sudah bosan dengan laporan PM kononnya berjiwa rakyat turun menjengah beberapa kawasan miskin.Sikap itu hanyalah berupa mencari publisiti murahan,cukuplah mengunakan rakyat kelas ketiga sebagai modal politik,sedang kerenah birokrasi dan diskriminasi bukan sahaja pada kaum malah antara golongan kaya,pertengahan dan bawahan masih menebal dalam pentadbirannya.Semua ini mencerminkan pemerintahan pecah perintah yang sekian lama diamalkan kerajaan UMNO-BN.
Melihat keadaan ini, Penanti tidak harus dipandang enteng.Para pengundi mengalas harapan besar rakyat Malaysia keseluruhannya.Peningkatan undi calon dari PKR akan memberi isyarat jelas kepada penguasa…bahawa rakyat menolak polisi 1Malaysia yang kelihatan retorik semata-mata.Hakikatnya UMNO masih bergelumang dengan kerakusan dan kezalimannya.Hak rakyat dicabuli tanpa rasa ihsan,tekanan terhadap suara rakyat begitu kuat sehingga menenggelamkan asas sebenar demokrasi.
Sabtu, 30 Mei 2009
Penanti dan harapan
Sabtu, 23 Mei 2009
PENANTI umno diMANEK URAI
Makanya hari ini terbuktilah bahawa bukanlah ahli atau para penyokong parti-parti pembangkang yang gemar menimbulkan kekecohan,sebaliknya ia datang dari gelagat ahli atau para penyokong upahan parti UMNO-BN! Proses penamaan calon pagi ini berlangsung dalam suasana yang cukup damai. Anggota keselamatan juga ramai yang tersenyum sambil meraikan suasana santai dalam tugas.
Peristiwa diPenanti ini merupakan sejarah yang amat berharga, Najib selaku Presiden baru UMNO(Baru) telah mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh Tunku,Tun Razak,Tun Hussein, Tun M(apanama) dan Tun Lah. Malah Tun Lah yang dicop sebagai Presiden paling lembik dalam sejarah UMNOpun tidak pernah bertindak sedemikian rupa.
Keputusan yang diambil oleh Najib berdasarkan alasan mahu menjimatkan wang rakyat, setuju! bukan sahaja benar-benar menjimatkan,bahkan ianya cukup tenang! Pun begitu, UMNO tidak akan sesekali membiarkan ketenangan diPenanti merebak ke Manek Urai. Oleh yang demikian, UMNO berasa sedikit keberanian untuk mencuba nasib sekali lagi disana memandangkan pemegang rekod menTKOkan UMNO selama ini sudah lagi tiada. alahai....
(aman sungguh rasanya)
Jumaat, 22 Mei 2009
ZAMBRY MENANG: dah agak dah......
Sejak pagi tadi aku menerima sms yang bertanya tentang keputusan Kes antara Nizar dan Zambry, jujurnya aku mengatakan pada mereka semua..bahawa aku punya keyakinan yang Zambry akan MENANG kes ini!
Walhasil,ramailah yang marah pada aku hahaha...termasuk Pak Long aku sendiri! dipejabat juga begitu, rakan-rakan walaupun sudah punya pengalaman... namun kelihatan masih mahu meletakkan harapan tinggi agar kemenangan berpihak pada Nizar. Sebetulnya aku juga begitu, mahukan Nizar kembali sebagai MB dan terus membubarkan DUN agar rakyat dapat memilih siapa yang paling layak menerajui Darul Ridzuan.Tetapi mengenangkan sudah mangli (istilah kedah) dengan cara politik diMalaysia, makanya meletakkan harapan yang begitu tinggi hanyalah sia-sia....inikan Demokrasi ala Malaysia.
Akhirnya termaktublah sebentar tadi, Zambry dikatakan SAH selaku MB Perak! walaupun ada yang berasa aneh dengan keputusan tersebut tatkala cuba melihat kes ini dari sudut perundangan dan perlembagaan, aku nasihatkan...adalah sebaiknya anda semua kembali menghayati slogan "MALAYSIA BOLEH!' serta menikmati demokrasi ala malaysia ini. Dengan cara ini anda semua akan menjadi setenang aku!hahaha
pak long: " lepaih nih Zambry pi bubar DUN Perak, sebab BN da siap cuci bilik gerakkan depa."
UMNO TIDAK BERTANDING DIPERAK.....?
Rabu, 20 Mei 2009
agen yahudi??
Alahai...buat kesekian kalinya,panglima-panglima UMNO masih mahu berpencak menggunakan senjata tumpul.Perihal Anwar yang dikatakan agen yahudi sering menjadi modal sang perawi gerombolan demi meraih dukungan rakyat yang semakin jelek dengan pimpinan UMNO-BN.
Dilabel sebagai Agen itu-ini bukanlah perkara baru buat Anwar, ianya telah dimain sejak Anwar memimpin gerakkan mahasiswa ABIM.Anwar Dikatakan pada waktu itu sebagai Agen Libya,namun demikian...sebaik Anwar menjejakkan kakinya kedalam UMNO, kesemua tuduhan serta label Agennya lenyap.
Setelah Anwar dilucutkan jawatan dari kerajaan seterusnya ditendang keluar dari UMNO, Laungan agen kembali bergema.Kali ini Anwar dikatakan selaku agen Yahudi pula,Aneh...dari libya keCIA hmm.... Pertuduhan ini dibuat hanya bersandarkan hubungan baik Anwar dengan beberapa tokoh dunia.UMNO oh UMNO tanpa mereka sedari,di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan.
Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.Sesuai dengan perumpamaan "MENGETUK DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH!"
Ahad, 17 Mei 2009
Jangan salahkan Najib kerana isu Perak????
Jumaat, 15 Mei 2009
SOALAN UNTUK PM ONE MALAYSIA
Khamis, 14 Mei 2009
UMNO:Berpijaklah dibumi yang nyata
Maka tepatlah telahan rakyat keseruluhannya, UMNO-BN pasti berkubur diPerak jika Nizar berjaya membubarkan DUN. Begitulah sepertimana yang kerap terjadi, saat penguasa mula terdesak....mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kekuasaannya.Malangnya....kesemua penguasa tersebut tetap tersungkur tatkala berdepan dengan KUASA RAKYAT! Sejarah telah membuktikan melalui kisah Namrud dengan keangkuhanya dan Firaun dengan kesombongannya.
Pak Long: "patutle liat bebeno nak bubar DUN, takut lingkup rupenye.kahkahkah
selesaikanlah perak najib oiiii
Cabaran Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kepada PM One Malaysia lewat malam tadi, pastinya akan ddisambut hambar oleh Najib. Alasan kegawatan ekonomi menjadi alasan dangkal Najib bagi mengelak cabaran tersebut.
Aku hairan,mengapa Najib gemar menggunakan alasan tersebut? bukankah dengan membiarkan kemelut politik perak yang mana Najib sendiri memulakannya....akan menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap keutuhan politik negara? Para pelabur sudah tentu mengambil sikap tunggu dan lihat, dengan sikap ini,makanya ekonomi negara akan menguncup manakala ramailah rakyat hilang pekerjaan.
Hmmm.....Sudahlah wahai PM one Malaysia! hentikanlah sandiwara,terimalah kenyataan serta muhasabah .Kamu kata rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam pentadbiran KERAjaan kamu,oleh yang demikian buktikanlah! bubarkan DUN dan tamatkanlah drama Perak yang menyesakkan ini.
Pak Long: tobat lahum la puak UMNO ni berani! cit
Rabu, 13 Mei 2009
PERAK DENGAN AKSINYA
PakLong: selamat menonton babak yang seterusnya!
Selasa, 5 Mei 2009
PERAK:-MALAYSIA BOLEH!
Jumaat, 1 Mei 2009
suara hati...
Sepi sedang menanti
Dipenghujung sebuah mimpi
Kembara rimba Fantasi yang tak bertepi
Jadi resah sang realiti
Hanya rasa dendam tersimpan dijiwa
Jadi alasan yang meruntuh kecewa
Hilang rasa sedar apa kemungkinannya
Bila kubur masa digali semula
Biar bumi dipijak
Langit pasti tak berganjak
Biarlah kebenaranmu berkata tidak
Namun ku tetap bergolak
Aku sendiri
Takkan peduli
Masa yang pergi
Kutuntut kembali
Walau ilahi
telahpun berjanji
Untung dan rugi
pasti diadili