Jumaat, 30 Januari 2009

RM200 punya pasal

Semalam berlangsungnya mesyuarat Majlis TerTinggi UMNO yang membincangkan situasi parti itu dalam politik semasa. Ekoran pemindahan ADUN Bota, maka Tajol terpaksa melepaskan jawatan pengerusi Perhubungan Perak.Keputusan ini sudah dijangka, nasib Tajol merupakan kitaran biasa dalam hukum politik.

Aku lebih tertarik melihat suasana dibawah bangunan UMNO, Dimana kelihatan beberapa ahli berpiket sewaktu mesyuarat sedang berlangsung. Aku juga sudah menjangka hal ini akan berlaku, ahli UMNO pasti memberontak bilamana tabiat mereka yang telahpun menjadi darah daging selama puluhan tahun...cuba disentuh oleh SPRM!

Dahulu BPR juga "gah" dengan tindakkannya, namun bila ketemu kes yang membabitkan jerung... BPR terpaksa berenang ketepian dek kerana bimbang dibaham oleh sang jerung. Tambahan pula, BPR hanya berbekalkan pukat bilis... mana mungkin mampu menangkap jerung!!



Hari ini SPRM sudah mula dipertikaikan, walaupun baru sahaja mencuba pukatnya dan berjaya menangkap beberapa ekor bilis bernilai sekitar RM200, tetapi kelihatan bilis ini cuba menggigit dengan mengunakan barisan gigi kecilnya. Persoalan, Mengapa bilis begitu berani? Mungkin juga kesatuan bilis telahpun membentuk kesatuan ikan yang mana ianya juga digeruni oleh jerung.Alahai..

Hmmm...entahlah...apakah SPRM bakal menerima nasib serupa seperti BPR? mungkin lepas ini segala pukat dan kelengkapannya ditarik semula, dan mungkin juga SPRM akan diarah turun kelaut dan menangkap ikan dengan mengunakan tangan sahaja.Manakala kelengkapan canggih termasuk radar pengesan ikannya hanya boleh dogunakan di Sungai.(haa kalau kes melibatkan pembangkang, baru SPRM boleh tunjuk lagak...kalau UMNO sori brader)

Selasa, 27 Januari 2009

Tajol tak GELABAH???


Dewasa ini senario politik terutama diPerak cukup menggemparkan, seluruh rakyat gempar kerana terlalu lama menantikan peristiwa lompat ini..walaupun ianya berlaku diperingkat DUN, namun ia boleh dianggap sebagai langkah awal untuk menyaksikan perubahan yang lebih besar.

Diperingkat UMNO pula kelihatan situasi ini cukup menggusarkan mereka, walaupun cuba dinafikan oleh bakal Presiden UMNO ...namun sikap "menggelabah" UMNO Perak yang berbondong seramai 20 ADUN kerumah Bakal Presiden itu jelas mereka sedang berada dalam kondisi cemas!!

Umum mengetahui...walau semua ADUN UMNO melompat pindah ke Pakatan Rakyat, Kedudukkan Tajol Rosli selaku Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Perak sekalipun tidak akan terjejas. Adalah dangkal sekali sekiranya mengaitkan pemindahan ADUN dengan kedudukkan Tajol diPerak.

Oleh yang demikian, sekiranya benar UMNO Perak tetap utuh dan kukuh semangat persaudaraannya, apa perlu lagi mengangkat sumpah taat setia didepan Bakal Presiden itu?? Tidakkah tindakkan bertemu dengan tergesa-gesa telah mengganggu Bakal Presiden tersebut untuk membuat persiapan menaiki takhta MAC ini? Ataupun bakal Presiden ini juga bimbang akan menerima nasib seperti Presiden sekarang yang terpaksa ditarik turun oleh ahli dek kerana kegagalannya mempertahankan "Ketuanan UMNO"?




PS:- bak kata pak Long aku yang duduk diKundang " tak mengelabah Tok Nek Hang!!!"

Isnin, 26 Januari 2009

Dato bikin UMNO SESAK daa!!!


Ketika ini UMNO ibarat orang yang diserang penyakit dimana jantungnya terhenti seketika, makanya waktu ini mereka sedang melakukan CPR bagi membekalkan kembali oksigen dalam tubuh uzur itu yang kelihatan semakin berkurangan. Ini semua disebabkan oleh terjahan Dato Nasarudin yang begitu berani melompat garisan sempadan sekaligus menyebabkan UMNO terpaksa dirawat diunit pemerhatian rapi.

Aku sudah boleh agak permainan apa yang akan dimainkan oleh UMNO ekoran keputusan Dato Nasa petang tadi. Ketika ini sudahpun berlegar propaganda kononnya PKR sedang mengintai kerusi MB Perak, manakala serangan pada Dato Nasa masih belum bermula...sebaliknya Tajol sedang menggunakan pendekatan memujuk. Tajol terpaksa mengambil langkah ini kerana kondisi Dato Nasa tidak sama seperti Kapt B Zahar, sewaktu Kapt memutuskan untuk keluar UMNO dulu... beliau hanya ada bangunan bahagian yang dijana oleh wangnya sendiri.Oleh yang demikian, UMNO terus melancarkan serangan peribadi terhadap Kapt.


Berbeza dengan Dato Nasa, kerusi DUN berada dalam genggamannya...oleh yang demikian UMNO terpaksa bermain tarik tali dulu sebelum menyerang. Aku yakin sekiranya Dato Nasa tidak punya kelebihan itu, Sudah tentu seluruh rakyat Malaysia saat ini sedang menikmati perihal buruk Dato Nasa melalui kaca TV masing-masing. Disini aku kira Dato Nasa juga arif tentang permainan politik picisan media UMNO. Maka keberanian Dato Nasa menentang arus tersebut wajar dipuji serta diberikan sokongan padu oleh semua ahli Parti keADILan Rakyat serta parti-parti Komponen Pakatan Rakyat.


Aku juga percaya.. dalam sehari dua lagi kita sudah boleh melihat pelbagai tuduhan yang amat keras dilemparkan oleh pendekar-pendekar UMNO.Mungkin juga SPRM akan mengendurkan sedikit terjahannya terhadap kes-kes rasuah berprofil tinggi yang bernilai RM200 melibatkan para pimpinan bilis UMNO bahagian. Langkah in juga bertujuan mengelak lebih ramai yang akan menyeberang sekaligus mentalqinkan UMNO Perak.







PS:-Diberitakan waktu ini terdapat beberapa lagi ADUN dan MP yang sedang berkira-kira untuk melangkau garisan kecemasan UMNO! betul ke???? ...kita nantikan babak seterusnya...

Ahad, 25 Januari 2009

SATU LAGI KERUSI UMNO PINDAH MILIK


Setelah dilemparkan pelbagai tuduhan fitnah keatasnya, namun tiada satupun yang mampu menggugat kepercayaan rakyat diatas kemampuannya membawa agenda "perubahan".

Makanya diatas rasa tanggungjawab serta melihat betapa pentingnya melakukan "Perubahan" dalam Negara, diatas rasa keinsafan bahawa sudah sampai masanya berdiri berjuang menegakkan keadilan diatas nama rakyat! ADUN Bota Perak telah mengisytiharkan keluar UMNO-BN dan menyertai Parti keADILan Rakyat sekaligus bersama gagasan Pakatan Rakyat memperjuangkan Ketuanan Rakyat!!!

Ikrar penyertaan YB Dato Nasarudin Hashim dihadapan Ketua Umum PKR YB Dato Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi, menandakan Ketuanan retorik UMNO sudah tidak lagi relevan. Segala gesaan kearah pembaharuan yang dilaungkan UMNO ketika ini hanyalah berupa kosmetik semata, kes tangkapan rasuah yang tertumpu kepada ikan bilis jelas hanya pembaharuan plastik yang mahu mengaburi mata rakyat kononnya mereka sudah berubah!. hakikatnya.. perasuah besar masih kekal ditampuk kuasa.

Tahniah juga diucapkan pada Dato Seri Anwar Ibrahim...ternyata aura kamu terlalu kuat untuk ditentang oleh juak-juak UMNO!






Pak Din dah Kahwin!!!


Petang semalam aku bersama Al-Bakistani berkesempatan menjengah gedung buku MPH diibukota. Al-Bakistani begitu teruja untuk memiliki sebuah karya bertajuk "Gelombang Kebangkitan Asia" hasil nukilan Dato Seri Anwar Ibrahim. Malangnya buku tersebut hanya bercetakkan bahasa Inggeris.. sedang Al-Bakistani hanya memiliki keupayaan memahami dengan begitu baik sekali bahasa Arab dan Urdu (Hindistani he..)

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari Pak Din Merican yang merupakan salah seorang staff pejabat Dato Seri Anwar. Beliau merupakan sifu aku dalam perjuangan perubahan, sifat tawadhunya dengan ilmu walaupun sudah menjangkau usia 70 tahun cukup menakjubkan aku.

Kali ini Pak Din yang sememangnya insan cool memaklumkan pada aku bahawa dirinya sudah berkahwin!! pergh..terkejut seluruh nadi aku. masakan tidak, cara Pak Din beritahu aku " Di..i dah kahwin tau,semalam."(itulah uniknya Din Merican.sentiasa tenang dan rileks.) Terharu dengan berita itu..maka aku berserta seluruh teman-teman iaitu Din Bunga, Jono, Wak kerang serta seluruh warga kerja sukarelawan Parlimen Subang mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Pak Din dan Cik Cun.

Semoga dilimpahkan rezeki yang lumayan serta dikurniakan kebahagian selamanya. Hmm.. Lepas ini Pak Din tidak keseorangan lagi tidur dibilik Hotel yang didiaminya selama hampir 12 tahun.

Sabtu, 24 Januari 2009

Ekonomi rakyat:-SIAPA YANG LEBIH PRIHATIN???


Setelah rebah secara tiba-tiba semalam, aku terpaksa membatalkan beberapa aktiviti rutin bagi memberi ruang pada tubuh merehatkan diri. Namun berita perjalanan politik tanahair tetap aku ikuti...dan aku berkeyakinan penuh bahawa PILIHAN RAYA BELUM TAMAT!!

Hari ini dalam keadaan masih lemah, aku menggagahkan diri memenuhi tuntutan jadual. Kali ini aku meyusuri kehidupan yang aku kira merupakan cerminan kehidupan aku sendiri, dimana pagi tadi aku berkesempatan melawat dan menghantar bantuan yang tidak seberapa kepada sebuah kampung kecil dan terpencil. Melihat kehadiran aku yang sudah agak lama tidak muncul, beberapa teman lantas menyambut dengan persoalan :-kemana menghilang? ermm...persoalan itu mudah aku jawab, cuma soalan bagaimana dengan permohonan kampung kami? ramai anak muda kampung sudah tidak punya kerja, ada peluangkah untuk mereka yang ditawarkan oleh kerajaan?

Waduh!! sukar sekali untuk menjawabnya..ini kerana aku juga belum terdengar sebarang pakej rangsangan yang dibentangkan oleh mana-mana kerajaan bagi menangani permasalahan tersebut. Mengapa begitu? Di Malaysia biasanya dalam menghadapi kondisi ekonomi yang gawat. Kerajaan terlihat lebih menumpukan usaha bagi menyelamatkan empayar koporat, mereka agak kurang menyediakan pelan ransangan untuk Industri kecil dan sederhana secara bersungguh.

Berbeza dengan Singapura yang begitu pantas menyediakan pelan kecemasan bagi mengawal Industri Kecil dan Sederhananya disamping menyediakan pakej rangsangan kepada empayar koporat tatkala berdepan dengan situasi kegawatan ekonomi. Langkah ini bertujuan menstabilkan ekonomi serta mewujudkan kondisi ekonomi yang seimbang ,Menyedari IKS merupakan aset yang bakal berkembang sebagai suatu empayar ekonomi baru manakala Ianya 100% dimiliki usahawan dalam negara, maka kewajipan melindungi serta mengembangkannya adalah langkah paling bijak dalam mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap persekitaran ekonomi global yang sering tidak menentu.Demikianlah kebijakkan pencatur kewangan negara kecil itu yang kuanggap cerdik dalam memperkasakan kuasa ekonominya.

Melihat senario terkini ekonomi global, aku sedang mengamati langkah-langkah yang bakal diambil oleh 2 kerajaan. Bn diperingkat pusat manakala Pakatan Rakyat diperingkat domestik, hmm... siapa yang akan begitu berani melabur wang rakyat demi menyelamatkan IKS? mungkin ada yang tidak sedar.. menyelamatkan IKS samalah dengan menyelamatkan "EKONOMI RAKYAT". Untuk itu..aku lebih cenderung memusatkan pemerhatian aku kepada kerajaan KE-2.Mampukah mereka??

Rabu, 21 Januari 2009

NAJIB MENCARI..ZAHID DAH JUMPA!!!


Zahid Hamidi dikatakan mempunyai asas didikkan islam, jadi sudah tentu Zahid tahu makna perkataan ZALIM dan akibatnya dalam islam.Menyingkap perjuangan Zahid sewaktu 98...Zahid berada dalam kem Anwar. Aku begitu takjub sekali dengan keberanian tokoh ini bila melihat ketegasannya sewaktu menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia waktu itu.


Beliau dengan beraninya menyanggah keputusan Dr.M memecat Anwar, beliau berjanji akan terus mempertahankan Anwar dan menegakkan keadilan untuk tokoh itu. Akibatnya Zahid ditahan dibawah akta paling adil dalam dunia ISA selam 6 hari, Dan yang paling aku kagum sekali pada Zahid ialah...sebaik dibebaskan dari tahanan 6 hari..Zahid dengan terketar-ketar menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Dr.M. Perghh..Berani betul!! inilah pejuang UMNO namanya.

Apapun peristiwa itu telah berlalu, Anwarpun sudah kembali keParlimen. Tetapi aku sekali lagi terpegun dengan Zahid, disaat Najib hampir gugur segala bulu dikepala memikirkan "Formula" bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tertua itu, Zahid sekali lagi menunjukkan kejaguhannya. Tanpa diminta oleh sesiapa, Zahid terus mewartakan strateginya dalam menawan hati rakyat!!

Adapun "Formula" tersebut merupakan strategi lama UMNO tiap kali menerima kekalahan,dimana ianya pernah diguna pakai sewaktu Terengganu jatuh ketangan PAS pada tahun 99. Waktu itu Royalti diganti dengan"Wang Ihsan" bagi menggambarkan kasih sayang kerajaan pusat kepada pimpinan UMNO Terengganu yang telah kehilangan punca pendapatannya. Dan kali ini Zahid mengadaptasikan "Formula" tersebut dengan menghalang bantuan kerajaan pusat serta menyekat kesemua agensi daripada bekerjasama dengan kerajaan negeri pilihan rakyat.HAAA...Inilah apa yang disebut sebagai "Demokrasi Terpimpin"..ada kesinambungannya

Setelah rakyat penat beratur membuang undi dan memilih parti selain UMNO untuk merubah nasib mereka, setelah rakyat dan kesemua parti pembangkang begitu tawadhu mengikut telunjuk sistem demokrasi Malaysia..dan setelah rakyat bersusah payah membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Zahid telah menggunakan kebijakkan yang tiada tolok bandingnya.. merampas hak tersebut dengan begitu adil dan Demokratik sekali.

Aku kira..Zahid amat sesuai sekali untuk menjadi Presiden UMNO!! dengan tahap inteleknya itu..aku yakin Zahid mampu menjenamakan semula UMNO sebagai sebuah parti..... dan aku juga sudah dapat membayangkan kemana nasib UMNO selepas itu. Apapun...buat Zahid aku ucapkan TAHNIAH!! Bravo!!

Selasa, 20 Januari 2009

Rintihan Marhaen



Hari ini hati aku berasa gundah..walaupun ianya sudah lama berkeadaan begitu, tetapi hari ini jiwa aku begitu kacau sekali. Fikiran juga mulai kusut, aku merasa tidak puas!!


Ini semua bermula selepas aku memenuhi 2 temujanji, yang pertama disebelah petang..dimana aku berkesempatan bertemu dengan teman sekampung. Aku punya jadual yang tidak menentu, oleh yang demikian aku agak lama tidak ketemu teman aku ini. Teman ini masih seperti dulu, cuma kelihatan tubuhnya agak susut.


Pak Ya merupakan nama popularnya dikalangan kami..walau usianya sekitar lewat 30an. Namun perwatakkannya menggambarkan beliau tua sebelum usianya. Macam dulu juga, keluhannya tiada beza..kesempitan hidup kesan kejatuhan ekonomi 98 masih dirasai Pak Ya. Baru-baru ini anak perempuannya ditimpa kemalangan yang menyebabkan tumit kakinya terbelah. Belumpun reda kesedihan... Masalah baru pula menjengah.


Kerja sebagai pemandu lori sampah yang baru dijawatnya bakal berakhir. Syarikat mula mengecilkan operasi...akibatnya Pak Ya mula senak..bingung memikirkan nasib anak seramai 4 orang yang masih kecil. Fuh... tersentuh mendengar rintihan kehidupannya...rumah perlu dibayar sewa, hutang kedai perlu dilunaskan dan anak perlu disekolahkan. Isteri hanya punya kepandaian membuat kuih..tapi peluang untuk mendapatkan tapak perniagaan tiada.Kini ekonomi merudum lagi..Pak Ya sudah mula menderita.


Disebelah malam aku berkesempatan bertemu teman sekolah, Osman masih bujang..oleh yang demikian kegawatan ekonomi agak kurang kesannya pada osman. Tetapi Osman tetap memikirkan masa depannya..sampai bila mahu bekerja dengan gaji lebih rendah dari pendatang asing??? Lantaran tidak sanggup diperkudakan oleh majikan, Osman nekad berhenti dan bekerja dikebun. Pada Osman, biar sedikit pendapatan tetapi punya maruah.


Aku mula mengenangkan nasib kesemua teman aku, Mereka bukan lepasan Universiti, mereka tidak pernah membaca karya-karya Syed Naquib Al-attas. Mereka juga tidak pernah sekalipun mendengar apatah lagi mampu menyebut nama William Shakespear dengan betul.


Pemikiran mereka tidak sehebat Bapak Natsir bekas Perdana Menteri pertama Indonesia.Tetapi mereka punya visi!! mereka mahukan Perubahan!! berubah dari kesempitan kepada kelapangan, berubah dari kesulitan kepada kesenangan. Justeru tidak tahan dengan desakkan kehidupan, mereka bingkas bangkit menyahut seruan Perubahan.Dan mereka inilah yang sentiasa berada dibarisan depan tatkala semboyan dibunyikan.


Mampukah mereka mencapai impian tersebut??? Arghh.. aku sulit untuk menberi jawapannya...Fikiranku kusut sekali, memikirkan samada aku layak atau tidak berdasarkan kemampuanku yang amat terhad ini...mampukah aku membantu?? ketika ini aku mula merasakan dunia ini begitu sempit sekali.

Ahad, 18 Januari 2009

PAKATAN RAKYAT:-SUDAH SAMPAI MASANYA..


Kemenangan diKuala Terengganu...apa lagi yang nak dikata? Yang pasti ialah dasar UMNO-BN terlihat semakin jelas ditolak rakyat. Setuju! dengan pendapat Anwar bahawa rakyat "dahagakan perubahan", makanya kemenangan semalam harus menjadikan Pakatan Rakyat lebih serius menjana agenda perubahannya.


Perisytiharan "Majlis MB-KM" yang disepakati oleh 4 Menteri Besar dan 1 Ketua Menteri dari kerajaan Pakatan Rakyat baru-baru ini, merupakan langkah yang paling bijak sekali bagi merealisasikan kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan adanya Majlis ini akan memudahkan negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat menyelaraskan dasar dan perlaksanaan kearah negeri berkebajikan.


Kita harus menunjukkan kesediaan dan kemampuan kita yang sekarang ini dilihat sebagai Kerajaan ke-2 dalam Negara. Untuk itu aku merasakan adalah amat baik sekali, sekiranya majlis ini juga ditubuhkan disetiap kawasan dan bahagian Parti-parti Pakatan Rakyat. Dengan menyatukan jentera parti-parti ini akan lebih memudahkan segala program Kerajaan Pakatan Rakyat serta maklum balas dari masyarakat tentang sesuatu program pembaharuan yang dijalankan akan lebih mudah penyampaiannya.


Dengan penyatuan ini juga, Pakatan Rakyat lebih mudah mendepani dan menjawab sekaligus menangani sesuatu isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak sebelah sana dengan lebih berkesan. Aku juga berpendapat, sudah sampai masanya kita duduk bersama selaku sebuah badan informal dan menggunakan satu lambang tanda penyatuan kearah "PERUBAHAN".

LONJAKKAN KEBANGKITAN RAKYAT!!!


Dulu mereka kata "letak songkokpun boleh menang" dan mereka juga mendabik dada mengatakan "sekiranya mahu menjadi Menteri masuklah UMNO". Kesemua kata-kata ini telah menjadikan mereka angkuh dengan kuasa, kata-kata ini membuatkan mereka memperlekehkan mandat rakyat.

Slogan mereka mahu membela rakyat, menjalankan pentadbiran bersih,cekap dan amanah serta kononnya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang Cemerlang,gemilang dan terbilang tidak lebih sekadar retorika penyedap semata. Hakikatnya pentadbiran mereka dipenuhi dengan korupsi, kecekapan mereka melindungi para kroni melalui kuasa yang diamanahkan oleh rakyat menyebabkan sistem kehakiman tercampak kelembah kehancuran.

Mereka cemerlang melakukan propaganda demi mengalih pandangan rakyat dari terus memberi tumpuan kepada kebobrokkan sistem pentadbiran mereka. Mereka juga penuh gemilang mendabik dada dengan penuh angkuh, menekan sesiapa yang cuba menentang kekuasaan mereka. Dalam pada itu, harta rakyat sudah tidak terbilang lagi dipunggah dan dijarah oleh mereka. satu persatu khazanah negara dijual bagi memenuhi tuntutan nafsu kehidupan mewah mereka.

Lihatlah kehidupan para pimpinan mereka, sayap Pemudanya tidak ubah seperti kelab jutawan muda. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila...mereka pernah menggelarkan pasukan mereka "Skuad Pemuda Elite" yang membawa maksud skuad bertaraf tinggi. Lambang ketinggian taraf mereka dapat dilihat melalui cara hidup mereka, mereka berkereta mewah dalam usia yang sangat muda, manakala lobby hotel dan coffee house menjadi sarang untuk mereka berkumpul.

Rakyat melihat sikap mereka dengan penuh kejelekkan, ekonomi negara kian parah.Jurang ekonomi diantara rakyat semakin melebar sehingga yang miskin terus papa dan yang kaya semakin mewah. Memohon bantuan daripada YB-YB mereka, adakalanya menjadi pengalaman pahit. Rakyat yang memberi mandat kepadanya terpaksa mengemis haknya sendiri. Tidak kurang juga sikap diskriminasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab selaku wakil rakyat, seringkali dilihat penyokong parti lawan atau yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka dianaktirikan. Malah ada juga yang ditekan kehidupannya.


Akibat tidak tahan dengan kerenah dan kerakusan politikus tersebut, rakyat telah mula membaca hak mereka yang terkandung dalam perlembagaan. Rakyat mula bangkit dari lena yang panjang, diatas kesedaran bahawa dalam sistem demokrasi.."suara rakyat suara keramat!!". Maka rakyat terus bangkit menuntut hak mereka yang selama ini dirampas sang penguasa.


Lonjakkan kebangkitan rakyat seolah tidak mampu ditahan lagi, segala slogan yang selama ini merupakan retorik dari sang penguasa..sudah tidak mampu mengaburi mata rakyat. Kini rakyat mahukan "perubahan!", rakyat mahukan "Agenda Ekonomi" yang membela nasib rakyat! Rakyat tolak picisan propaganda fitnah yang jahat dan kotor! Rakyat mahu MERDEKA dari penindasan dan kezaliman! rakyat mahukan "Ketuanan Rakyat!!"

Jumaat, 16 Januari 2009

K.TERENGGANU:- Usah biarkan diri diselubungi misteri!!


Bermulanya malam ini..(rasenye lebih awal).. seluruh K.Trgn bakal diselubungi "MISTERI". Jumlahnya tidak dapat diketahui, namun aku yakin dan percaya makhluk ini cukup ramai.Menjelang hari mengundi, mereka mungkin sudah bersedia menjalankan tugas untuk meleburkan impian penduduk K.TRGN. Mereka akan merasuk setiap sekolah-sekolah yang bakal menjadi tumpuan esok bermula malam ini.

Oleh yang demikian...para penduduk K.Trgn, aku nasihatkan agar jangan bimbang, mulai jam 12 malam ini...marilah kita bersama bermunajat kepada Allah SWT. Bagi mereka yang berada diluar K.Trgn pula, adalah molek sekiranya diadakan sembahyang hajat selepas solat isya malam ini. manakala rakan-rakan mahasiswa juga digalakkan ikut serta, lupakan seketika politik kampus...mari kita rapatkan saf malam ini pohon perlindungan dari Allah SWT...kita pohon kemenangan rakyat!!!


InshaAllah..dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, semoga dengan usaha dan kesungguhan kita akan dikurniakan kemenangan sekali lagi.



Takbir!


LAWAN TETAP LAWAN

Khamis, 15 Januari 2009

SUARA DALAM KOTAK:- Oit! aku ada surat ANWAR



“Ini surat dibuat selepas dia dipecat dan kritik hebat Dr Mahathir. Daripada surat ini, seluruh rakyat boleh menilai jenis pemimpin apa Anwar Ibrahim ini,” -EZAM:-K.Terngganu 14 jan 2009.




Maka bertebaranlah apa yang disebut oleh Ezam sebagai rahsia besar Anwar Ibrahim, satu surat bertulisan tangan yang merayu simpati kepada orang yang dianggap sebagai bapa, agar meredakan sedikit tekanan yang sedang dihadapinya.Dalam surat itu juga, Lantaran terlalu bingung dengan punca konspirasi yang ditimpakan keatasnya, Anwar merayu sedikit ruang agar dapat membela diri.

Pun begitu, Anwar yang sebagaimana yang kita tahu pada saat itu, beliau cukup hebat diasak oleh media manakala jaminan keselamatannya juga kelihatan rapuh..namun Anwar masih mampu mengucapkan terima kasih malah tidak akan sekali-kali melupakan jasa DR.M yang telah mendidik dan memberinya peluang selama ini. Demikianlah rintihan dari seorang yang teraniaya kepada orang yang menganiayanya.

Pada mulanya aku sangkakan kandungan surat tersebut berupa pengakuan Anwar kepada DR.M berkenaan tuduhan salahlakunya.Maka Anwar merayu pertimbangan agar diampunkan serta dibebaskan dari tuduhan tersebut. Namun aku hampa..

Kehampaan aku ini samalah seperti hampanya aku menantikan perihal dokumen rasuah sebanyak 6 kotak itu. Tapi bila dimaklumkan bahawa, segala dokumen itu masih berada dalam simpanan Anwar, aku kembali menarik nafas lega. Ia nampaknya masih selamat, sekiranya aku ditempat Anwar..aku juga akan mengambil langkah sedemikian. Apa jaminan kes itu akan disiasat secara telus, sekiranya dokumen itu diserahkan? Apa yang berlaku dengan laporan rasuah setebal 600 muka surat yang punya kaitan dengan Pak Lah serta menterinya? Bukankah Ezam sudahpun membuat laporan polis dan BPR? Mengapa ia dipendam begitu sahaja? Dan mengapa Ezam pilih UMNO sebagai parti untuk Reform, sedangkan Ezam punya bukti Parti itu berat dengan Korupsinya?

Seandainya aku berada ditempat Ezam, sebaik sahaja aku melihat fail Rasuah sebanyak 6 kotak itu, sudah tentu UMNO bukan pilihan aku. Walaupun aku tidak sebulu dengan Anwar sekalipun, aku akan berusaha cara lain..mungkin aku asas parti sendiri ataupun lawan Anwar dari dalam. Tetapi untuk menyertai kembali parti yang sarat dengan PARA KORUPTORnya itu..tidak sama sekali!!

Kalau Ezam meminta aku menilai Anwar berdasarkan surat tersebut, Penilaian aku ialah Anwar merupakan pemimpin berjiwa besar dan berhikmah.Walaupun diterajang oleh orang yang pernah dianggap selaku darah daging sendiri, namumn jasa yang pernah ditaburkan keatasnya tidak sekalipun Anwar melupakannya.

Bagi aku, Ezam lah seorang yang Munafik!! dulu bermatian menyerang dan membongkar korupsi, tetapi kini bernaung dengan manja dibawah ketiak para koruptor.Prinsip apa yang Ezam pertahankan? apakah dengan pembentangan SPRM yang belum teruji itu sudah boleh mendabik dada mengatakan ianya merupakan Reform besar?? Nah! kalau benar SPRM itu punya kekuatan untuk menentang badai korupsi, aku fikir lebih baik Ezam sendiri yang mengujinya, dengan membuka semula laporan yang pernah dibuat keatas menteri oleh Ezam sebelum menyertai UMNO sedikit masa lalu. Lihat keberkesanannya, sekiranya SPRM juga gagal bertindak, aku kira Ezam harus keluar dari UMNO semula seperti mana ia keluar dari keADILan dahulu.

(nasib anwar lepas kirim surat pada Dr.m)









Rabu, 14 Januari 2009

EXCO CAMRY!!!


Aku masih gagal menerima hakikat...walau penjelasan telah diberikan, namun kenyataan tersebut masih gagal aku hadam dengan baik. Kegagalan ini mungkin disebabkan melihat Abang Man masih kehulu-hilir dengan kerusi rodanya mencari bantuan bagi menyelesaikan masalah kampungnya yang sampai hari ini gagal mendapat bekalan air paip.Disaat Selangor digelar Negeri Maju, Kampung abang Man yang hanya punya jarak masa 25 minit keKuala Lumpur masih lagi menggunakan air Perigi.



Juga aku berasa sakit mata melihat anak-anak wak jono yang tidak sempurna tempat tidurnya, mereka masih kekal dibawah khemah akibat rumah diruntuh penguasa terdahulu. Arghh..mengapa aku terlalu prejudis? bukankah dengan pembeliannya dapat mempercepatkan kehadiran para Exco ke kawasan yang dihuni rakyat miskin dan terpinggir? Tetapi..melihat rupa bentuknya yang agak prestij, aku khuatir badannya akan calar-balar dan tayarnya rosak bilamana melalui jalan-jalan yang penuh lopak dan berlubang, menempuh jalan-jalan tersebut merupakan suatu kebiasaan bagi masyarakat miskin,.ianya tidak bagi siCamry. Jalan yang mereka gunakan ini, hanya akan dibaiki bila tiba pilihanraya, aku kira sebaik diturap pada waktu itu, barulah siCamry mampu menunjukkan kejaguhannya.Jika sekarang dipaksakan keatas Camry untuk menempuh liku-liku tersebut, bimbang akan menjahanamkan kestabilannya.

Dan kerana itu.. pasti kos membaikinya akan menelan puluhan malah mungkin juga ratusan ribu. Oleh yang demikian, wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk membaiki kehidupan serta merakyatkan ekonomi Negeri Selangor terpaksa disalur kepada taukey-taukey bengkel yang sedia menanti. Apakah jaminan yang kosnya tidak sama dengan yang terdahulu? ermm...aku juga hairan memikirkan mengapa kos yang terpaksa dilaburkan bagi membaiki kenderaan dulu tidak disiasat seperti mana yang dilakukan kerajaan Terengganu sedikit masa lalu? owh..ada..aku yang terlupa..hmm..



Tetapi aku tetap tidak berpuas hati dengan jawapan Kerajaan Negeri yang cuba menyamakan pembelian ini dengan penyelewengan Khir Toyo. Mengungkit pembelian s350 Mercedez bagi kegunaan peribadi Khir Toyo yang waktu itu memegang jawatan Pengerusi KDEB seolah cubaan menghalalkan pembelian Camry. Aku terpanggil untuk menyatakan kerunsingan ini kerana aku difahamkan oleh salah seorang tokoh koporat yang bertanding dalam PRU lalu..bahawa setiap rakyat Selangor merupakan pemegang saham dalam kerajaan negeri!!



Justeru selaku anak Selangor... Aku kira pembelian ini merupakan suatu keputusan yang tergesa-gesa. Huh.. siapa aku untuk mempersoalkan keputusan ini? aku tidak punya sebarang jawatan penting, kegusaran yang membawa kepada luahan perasaan aku ini..tidak akan langsung mampu menukar keputusan apatahlagi kedudukkan mereka. HAHAHA... dikala ini aku terkenangkan nasib Kerajaan terdahulu, mereka tersembam jatuh dari puncak kuasa juga kerana beberapa keputusan dangkal yang dibuat demi memuaskan hati sesama mereka.

Mereka tidak mahu mendengar keluh-kesah rakyat, setiap persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat..sering mereka dakwa "itu merupakan dakyah pembangkang, tidak wajar kita layan".. Kini seolah peristiwa sama berulang...penyakit gagal menerima kritikan mula terlihat meresap kedalam jiwa kerajaan yang didukung oleh rakyat ini. Tidak menjawab,tetapi sebaliknya melemparkan kembali tuduhan kepada pihak yang lain, seolah sudah menjadi permainan kerajaan baru.
Secara jujurnya hati aku tidak puas melihat wang rakyat dibelanjakan demi memberi keselesaan pada hanya 15 orang...sedang ratusan ribu lagi masih menderita.Bukankah kami mengundi untuk perubahan? mengapa masih sama?

Selasa, 13 Januari 2009

Sepetang bersama Eekmal Ahmad


Perkenalan yang diatur melalui email oleh seorang tokoh paling berpengaruh ketika ini, telah membawa kepada pertemuan singkat antara aku dan saudara Eekmal Ahmad petang tadi.Pertemuan yang aku sifatkan cukup bermakna, aku begitu kagum dengan daya pemikiran Eekmal bilamana perbualan kami menyentuh soal "Keperluan perubahan", anak muda ini mengupas isu tersebut dengan baik sekali sambil memetik beberapa contoh perubahan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh hebat dalam dan luar negara.



Aku juga berasa begitu kerdil tatkala mendengar Eekmal bicara soal ekonomi dan peradaban dunia timur dan barat. Jarang sekali aku ketemu anak muda yang begitu tawadhu dengan ilmu, Disaat ini aku mula merasakan betapa perlunya aku mencari dan menggali ilmu, Dan..sudah tentu aku akan memilih menggali dengan cara Praktikal berbanding mencari ilmu berdasarkan teori.



Kepada Eekmal Ahmad yang juga merupakan penterjemah karya tokoh pemikir Indonesia Ahmad Wahib "Pergolakkan Pemikiran Islam", aku ucapkan salam perkenalan dan semoga ianya berlanjutan menjadi persahabatan. Manakala buat tokoh yang bertanggungjawab mengatur perkenalan kami berdua, aku ucapkan Terima Kasih dan selamat berjaya.

Isnin, 12 Januari 2009

BERTEMU JANJI ALLAH

(gambar kenangan dimalam karyawan,Allahyarham 3 dari kiri)
Seawal pagi tadi,aku menerima satu pesanan ringkas (sms) yang cukup mengejutkan . Berita pemergian Encik Ameruddin kasim Ketua Bahagian PKR Subang kerahmatullah pada jam 4:30 pagi diHospital Tawakkal Kuala Lumpur.


Memandangkan aku punya hubungan yang cukup rapat , maka aku cukup terkesan dengan pemergian mengejut beliau. Mengenang kembali kesungguhan beliau dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini dimana.. beliau terpaksa memegang jawatan Ketua Bahagian disaat parti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan serta tiada siapa yang mahu dan berani memikul amanah tersebut.Hanya Bersandarkan kelayakkan selaku Pengawal keselamatan disebuah Apartment sekitar Subang, Beliau terkontang-kanting seorang diri mempertahankan Bahagian agar terus bernafas diParlimen Subang.
Dengan hanya menggunakan motor kapcainya yang agak uzur itulah.. beliau kehulu-hilir memenuhi jemputan yang biasanya datang dari rakan pimpinan PAS kawasan.Untuk merencana program parti, beliau sendiri mengakui tidak punya kepandaian berbuat demikian.Pernah sekali beliau berpakat dengan beberapa orang teman dan pimpinan PAS kawasan untuk menganjurkan program ceramah yang melibatkan Dato Seri Anwar tanpa kelulusan permit Polis, Walhasil beliau ditahan malam itu dan dikenakan wang jaminan sebanyak RM2000.Mujurlah isterinya ada mempunyai sedikit simpanan, maka digunakan wang tersebut bagi membebaskan Encik Amer.


Malah aku masih ingat diawal pertemuan kami, beliau berkata "Tolongla bantu abang kat Subang ni, Takde sape dah...abang sorang je." Disebabkan aku tinggal di DUN Paya Jaras salah satu DUN dibawah Parlimen Subang, maka aku diarah oleh Pak Din Merican yang merupakan salah seorang Pegawai Dato Seri Anwar agar membantu jentera Subang pada PRU-12 yang lalu.


Sebaik melapor diri pada Encik Ameruddin dan mendengar rintihannya, aku lantas membalas kata-katanya :"baik bang, jom kita bina semula PKR Subang!" Kemenangan yang tidak dijangka kali ini telah menyebabkan Encik Amer mencadangkan aku agar memangku jawatan ketua AMK Subang bagi membina semula sayap bahagian itu. Namun , mungkin jiwa aku tidak sesuai disamping kurangnya ilmu untuk berpencak dipentas Politik...maka aku memilih untuk melepaskan jawatan tersebut. Pun begitu Encik Amer enggan menerimanya, beliau mendesak agar aku fikir dan tarik balik keputusan tersebut.
Beliau mengakui bahawa beliau bodoh serta tidak punya kelulusan akedemik, namun beliau cukup kesal selama ini hal itu tidak diendahkan, tetapi sebaik menang kelayakkan beliau mula dipertikaikan.Keperibadian beliau diperlekehkan oleh mereka yang kembali semula setelah parti mula berada dipuncak kuasa.Sungguhpun berasa kecewa dengan layanan yang diterimanya, beliau tetap komited menjalankan amanah. Ini dibuktikan, apabila beliau sanggup ketepikan kesihatan diri dengan curi keluar beberapa kali dari Hospital demi memenuhi tuntutan program Parti, malah beberapa minggu lalu beliau lari keluar dari hospital untuk menghadiri mesyuarat agung bahagian. Pada malam itu jelas kelihatan beliau begitu uzur, langkahnya mulai longlai..dan ada ketika hampir jatuh.

Bagi aku, Encik Amer seorang pejuang tulen.beliau berjuang sehingga hembusan nafasnya yang terakhir pagi tadi. Kini beliau sudah bertemu dengan janji Allah, daripadanya kita datang maka kepadanya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.


Al Fatihah

Ahad, 11 Januari 2009

Persidangan tergempar:-mampukah ianya menggemparkan Israel??


Esok para politikus Malaysia akan berhimpun di Dewan Rakyat bagi mengeluarkan satu deklarasi mengecam dan mengutuk serangan Israel keatas Gaza. Esok juga Parlimen Malaysia akan meluluskan satu usul mengusir Israel dari bumi Palestin.

Secara peribadi aku melihat persidangan tergempar Parlimen dan setiap usul yang terkandung dalam deklarasinya esok,sebagai perkara biasa dan tidak akan menghasilkan sebarang natijah dalam isu Palestin. Pun begitu Persidangan ini perlu bagi menunjukkan ketegasan Malaysia yang menentang pencerobohan Israel keatas bumi Palestin.

Aku berkeyakinan bahawa, angka korban ini akan mencecah kepada ribuan dalam sehari dua lagi. Keadaan ini tidak akan berubah selagi dunia islam mementingkan kepentingan, perbezaan suku bangsa dan sentimen perbedaan fahaman politik.Justeru tidak hairanlah walaupun Allah mengurniakan simpanan minyak yang terbesar dibawah perut bumi setiap negara islam, ianya tidak mampu menyekat kemaraan Yahudi dan Nasrani dari terus melanyak, memijak serta menghentam satu persatu negara islam, samada secara perang konvesional ataupun perang ekonomi.

Manakala direnung kembali sejarah kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan Jerussalem,keberhasilannya adalah disebabkan beliau berupaya menyatukan seluruh negara islam dengan membuang semangat kebangsaan masing-masing, sebaliknya berdiri diatas nama islam dan berperang diatas nama Allah SWT.

Oleh yang demikian, aku sedang menanti seseorang yang mampu membawa kepada penyatuan umat islam sekaligus menamatkan segala celaan yang berlaku terhadap dunia Islam kini.

Jumaat, 9 Januari 2009

Apa yang hang pelik LAH Oiiiiii...


Satu perkara yang aku amat hairan bilamana PM berasa pelik dengan sikap ahli UMNO terhadap calon pilihannya(menantu yang pilih beb). Kehairanan aku bila sekali lagi PM mendakwa bahawa beliau tidak tahu yang calonnya itu selama ini bersikap sombong.(dulu anak dapat kontrakpun Pak Lah tak tau gak...walaupun die mase tu Menteri kewangan).Ini bermakna PM tidak buat "Home Work" terlebih dahulu dalam menentukan calon yang berkelayakkan.(ade lagi ke yang layak?)

Bagi aku, bilangan pemimpin Umno yang benar-benar mahu berkhidmat pada rakyat amatlah sedikit, mereka ini tergolong dalam kumpulan terpinggir. Budaya pemerintahan dari atas kebawah dan bukannya dari bawah keatas adalah merupakan darah daging UMNO pasca Merdeka.Ini dibuktikan apabila terlihat jelas seolah UMNO mengamalkan sistem Monarki dalam menentukan pucuk pimpinannya, Bermula diera pemerintahan Tun Razak yang mana penggantinya adalah merupakan birasnya iaitu Tun Husin.


(Gua janji..gua tolonglu jib hihihi..)

Setelah berakhirnya era Mahathir dan bakal menyusul Pak Lah(yeke?) Jawatan tertinggi Parti nampaknya diserahkan kembali kepada keluarga Tun Razak iaitu Najib. Dan aku dapat mengagak siapa pengganti Najib yang pastinya bukan Muhyidin. Justeru sikap inilah yang menyebabkan UMNO mula kelihatan seperti sebuah syarikat keluarga (UMNO & Keluarga Holding) dan bukannya sebuah Parti milik orang Melayu secara keseluruhannya.

(sory Din...i dah ready dah tau...auw..tak kuase)

Begitulah juga halnya dengan calon PRK K.Trgn, Wan Farid merupakan adik kepada Wan Hashim bekas Exco dizaman Idris Jusoh.(ceh..suku sakat die jugak )Berbanding calon PAS yang pada mulanya agak kontroversi(merujuk laporan TV3 suku,sureee hebohh) ekoran lambatnya diumumkan oleh Parti Islam tersebut, namun jelas disini PAS mengamalkan budaya pemerintahan dari bawah yakni mendengar suara akar umbi demi memastikan sesuai dengan konsep kepimpinan jemaah.Oleh yang demikian, PAS lebih mempraktikkan sistem demokrasi berbanding UMNO yang "kununnya" memahami demokrasi.
PS:- takda apa nak pelik LAH oiii...biasak la tu family planning..cume peliknye ialah Bekas PM yang apa nama tu pun dengar katanya menyampah dengan calon umno kali ni...Hairan bebeno..apsal erk..??? Lu pikir la sendiri!





Khamis, 8 Januari 2009

DISEBALIK PRK K.TRGN

Pertama sekali aku ingin ucap "Selamat ulang tahun ke-25" kepada sebuah stesyen Televisyen Swasta.Selamat juga aku ucapkan kerana berjaya menjadi stesyen pilihan nombor 1 penguasa untuk menjalankan propaganda mereka. Agak aneh, sebuah stesyen swasta yang sepatutnya bebas terlihat ditunggang dengan sewenangnya oleh penguasa.

Temubual antara TV ini dengan seorang makcik gagap bertaraf Senator merangkap Ketua wanita U..O amat mengelikan hati. Aku juga menanti kalau-kalau ada temubual ketua Muslimat yang tidak bertaraf Senator, namun jangkaan aku tepat! sudah tentu TV ini tidak akan sekali-kali menyua Mikrofon bersalut spannya itu kepada Parti Pembangkang.( tobat seribu rahmat la kalau die bagi)Inilah yang dikatakan Pilihanraya bebas dan adil mengikut tafsiran U..O, Ruang mereka terbuka luas sedang lawannya disempitkan serta punya ruang yang cukup terbatas.

TV ini juga melaporkan kenyataan bekas PM Oppss masih PM ( cam tak caye je die nak berenti..) berkenaan dakwaan undi hantu. PM kata mereka parti KUAT apa perlu beli undi? itukan kerja tak baik.Alahai... meruntun jiwa akibat tersentuh dengan kenyataan PM itu Walaupun sukar aku mempercayainya.(kalaulah betul tak beli undi kan bagus).

Aku kira ini berita yang paling menarik, "Pengorbanan calon U..O melepaskan jawatan senator dan Tim.Menterinya demi rakyat K.Trgn" Air mata aku mencurah-curah dek kerana tidak menahan ketawa. Tambahan pula bila PM kata andai kalah, calon takkan dapat semula jawatannya bahkan untuk kembali menjadi Setiausaha politik PM pun jangan harap.( Oit..jangan bimbang Wan, PM tu sampai bulan 3 je..pastu mung leh mintak keje baru ngan PM baru lor weh.)

Arghh.. Aku mula terkenang nasib para nelayan yang begitu tertekan dengan tingginya harga Diesel. Juga aku terbayangkan betapa seriusnya pengorbanan orang kampung sekitar Pulau Duyong yang diarah pindah semata -mata mahu memberi laluan kepada pembinaan masjid Kristal...Bagaimanakah nasib mereka? apakah pengorbanan calon U..O sama taraf dengan nasib rakyat melayu miskin dan terpinggir sekitar K.Trgn?

Rabu, 7 Januari 2009

everyone can FLY!


Dikala ini aku ada terdengar akan ada airport baru yang bakal dibina diLabu Neg.Sembilan, perasaan aku juga ingin tahu siapa yang begitu bertuah bakal dikurniakan tender itu..dan apa perlu airport dikawasan tersebut sedang KLIA cukup mewah dan besar bagi menampung keperluan tersebut.

Dalam pada itu, aku juga berasa aneh, ketika aku sedang mempersiapkan diri untuk menempuh kegemilangan kegawatan ekonomi... Serta aku juga masih menanti sekiranya ada cadangan persediaan dari kerajaan bagi membantu aku yang sememangnya telah gawat ekonominya semenjak kenaikkan harga minyak dulu...Malangnya kerajaan nampak lebih cenderung membantu serta menyelamatkan para koporat yang sememangnya kaya!

Namun kerunsingan ini aku pendamkan memandangkan aku kenal siapa yang menjadi pemerintah saat ini.YA..aku amat kenal cara dan sikap mereka yang begitu prihatin terhadap sanak-saudara mereka. Justeru 51 tahun dibawah cengkaman pemerintah ini, telah membuat aku mangli (istilah Kedah) dengan kebobrokkan sistem mereka.

Aarghh...aku mungkin terlalu sangka buruk terhadap Pemerintah, mungkin dengan adanya airport ini, maka mudahlah rakyat sekitar Labu melancong keluar Negara setiap hari. Inilah bukti ekonomi negara masih kukuh walau terlihat jelas peratusan pengangguran semakin tinggi dan harga barang kekal tinggi.(ape ade hal..duit rakyat banyak lagi, KWSP melambak lagi.Pembangkang tau apa?)

Inilah Satu lagi projek kerajaan BN!

ps: sumber malumat diperolehi dari Che Det. err...sape die che Det ni? die bekas PM ke? camne die tau pasal projek ni?

Selasa, 6 Januari 2009

Perang sudah mula!!




Sepatutnya ketika ini aku sudah berada di Kuala Terengganu, namun diatas beberapa masalah dari segi teknikalnya telah memaksa aku membatalkannya disaat akhir. Walaupun tidak berkesempatan bersama di pusat penamaan calon , berita berkaitan suasana penamaan calon tetap aku ikut melalui tulisan berita yang pastinya bukan dari utusan dan berita harian.

Penarikkan diri saat akhir calon AKIM aku kira ianya mungkin satu petanda baik buat PAS. Kini tersenarai 3 calon untuk rakyat Kuala Terenganu membuat pilihan, samada masih mahu kekalkan BN yang telah jelas kebobrokannya atau mahu PAS kembali mengisi ruang selaku wakil mereka diParlimen.



Dakwaan mantan Perdana menteri selama 22 tahun itu, bahawa calon BN kali ini merupakan proksi juak-juak penganjur Piala Moonsun, amatlah wajar untuk direnungi oleh pengundi terutama ahli UMNO K.Trgn. Sehingga kini para pimpinan tertinggi UMNO masih belum menjawab dakwaan dari Tun Mahathir, yang dijawab hanyalah berupa jaminan pekerjaan buat calon UMNO sekiranya menang Pilihanraya kecil ini.

Nampaknya calon UMNO sudah punya masa depan yang cerah, sekiranya menang PRK..maka jawatan Timbalan Menteri akan dikembalikan semula padanya. Bagaimana pula dengan nasib rakyat K.Trgn?? Apa pula jaminan kerajaan UMNO-BN untuk mereka? Apakah ada jaminan pekerjaan untuk anak muda yang masih menganggur diKuala Terenganu??

Nah! kini gendang sudah dipalu, tanda perang sudah bermula!! Malam ini kita sudah boleh menonton propaganda dari UMNO melalui TV milik penuh rakyat MALAYSIA- RTM. Tidak ketinggalan juga beberapa stesen tv swasta yang dilembu cucuk hidungkan oleh UMNO-BN akan turut membuat lintas-langsung propagandanya dari Kuala Terengganu.

Buat seluruh Rakyat Kuala Terengganu aku ucapkan selamat mengundi, dan tidak lupa juga para peniaga gerai dan warung sekitar K.Trgn selamat mengira keuntungan!!!






Ahad, 4 Januari 2009

OBAMA,OIC atau IRAN!!!


Sedari awal aku tidak mahu mengambil tahu siapa bakal menjadi bapak Presiden Amerika, malah perjalanan Pilihanraya mewahnya itupun aku tidak ambil peduli. Berita kemenangan brader kulit hitam dalam merebut tempat ke rumah putih hanya aku ketahui melalui kiriman sms dari seorang teman. Teman aku ini cukup berminat dan amat sekali mengharapkan kemenangan brader yang punya ayah tiri berbangsa Indonesia ini.


Pada aku, siapapun menjawat jawatan bapak Presiden Amerika, ianya tidak akan memberi sebarang natijah pada dunia islam.Hal ini samalah seperti mengharapkan bakal Presiden UMNO menukar nama partinya kepada PAKEMBAR bagi mencerminkan Melayunya parti itu.



Aku juga sama sekali tidak akan mengharapkan bukan sahaja Pengerusi bahkan keseluruhan organisasi OIC!! dalam menangani penderitaan Palestin. Mereka hanya mampu menghabiskan wang rakyat masing-masing dengan menganjur siri mesyuarat mewah yang tidak berkesudahan!







Aku kira lebih baik tiada pertubuhan ini kerana tingkahlaku pesertanya amat menjelekkan.Ketika ini aku mula berasa kagum dengan semangat Iran, tapi bolehkah kita mengharapkannya???

Sabtu, 3 Januari 2009

PERISTIWA SAMA..SAMBUTAN BERBEZA..


Pada malam sambutan tahun baru yang lalu, aku berkesempatan menyusuri segenap lorong dan jalanraya sekitar Kuala Lumpur. Suasana malam cukup meriah, namun bagi aku sambutan Palestin lebih meriah dari mana-mana sambutan negara berjenama negara islam.


Ini kerana kita hanya mampu menikmati dentuman yang disusuli percikkan bunga api menghias angkasaraya, kita terpekik melaung Happy New year sesama sendiri sambil tangan anak muda memeluk erat sikekasih dengan getaran jiwa yang bernafsu.Kesemua ini kita raikan seolah esok bumi yang bulat akan bertukar menjadi petak.


Sedang diPalestin mereka menikmati gemaan bom yang disusuli bebola api menjulang tinggi meranapkan kediaman. Ruang angkasa mereka dihiasi cahaya pantulan-pantulan roket yang mencari mangsa untuk dibedil. Mereka menjerit nama ilahi sambil tangan memeluk ahli keluarga yang saban hari semakin berkurang bilangannya. Kesemua ini mereka hadapi seolah dunia sedang kiamat...seolah sudah tiada esok bagi mereka.

Demikian bezanya sambutan tahun baru antara Palestin dan dunia islam disekelilingnya. Mengapa begitu?


Jumaat, 2 Januari 2009

merempat dibumi sendiri


Aneh, Pelik, Hairan...apa lagi istilah sesuai untuk diungkap bagi isu ini? Tanah Pajakan 99 tahun ataupun 69 tahun, Pajak dari siapa kepada siapa?



Pajakkan sama ertinya dengan sewa, cuma ianya dibayar sekaligus selama mana tempoh yang dipersetujui. Pun begitu tuan punya berhak mengambil semula harta yang dipajakkan itu dari penyewa dengan hanya membayar sekali ganda jumlah pajakkan yang dibayar kepadanya. Sebagai contoh, sekiranya harta itu dipajak sebanyak RM 3000, maka tuan punya hanya perlu membayar RM 6000 kepada penyewa bag mengambil semula haknya.



Sipenyewa juga tidak punya hak untuk membantah ataupun ingkar dengan tidak memulangkan kembali harta yang disewa itu, kiranya berdegil tuan punya berhak mengambil tindakkan mahkamah untuk merampas sekaligus menyaman penyewa diatas kerugian yang ditanggung tuan punya selama mana sipenyewa ingkar.



Begitu jugalh dengan hal tanah pajakkan, Tidak perlulah kita bersorak gembira pabila menerima geran tanah. Kerana sekiranya tertera perkataan pajakkan 99 tahun, bererti ia hanyalah tempoh sewaan dan bukanya milik kita secara mutlak apatah lagi untuk diwarisi oleh anak cucu kita. Mengapa ini berlaku?



Aku kira dengan memberi Pajakkan dan bukannya hak milik kepada rakyat, kerajaan akan mudah untuk mengusir rakyat dari tanah tersebut pabila ada towkey-towkey yang berminat untuk membangunkan kawasan di penempatan rakyat itu tadi.



Kebiasaannya rakyat miskin akan ditempatkan disebuah penempatan yang agak jauh dari kota. Disana nanti, rakyat miskin akan membina gerai-gerai menghadap longkang untuk berniaga. Mereka juga berusaha memajukan kawasan tersebut dengan mempopularkannya dengan produk hasilan dari warga-warganya. Tatkala terlihat kepesatan potensinya penempatan tersebut, saat itulah kerajaan akan merampas dan mengusir golongan kelas bawahan itu tadi bagi memberi laluan kepada sipemaju membina empayar kekayaan tanpa perlu bersusah payah seperti golongan marhein tadi.



Demikianlah kitaran hidup rakyat marhein, dengan geran pajakkan ini telah menjadikan mereka sebenarnya "merempat dibumi sendiri".Sekali lagi mereka akan diusir kesebuah daerah terpencil dan diberikan harapan palsu pemilikkan geran pajakkan...

ISRAEL VS PALESTIN: ulangan sejarah lampau


Menyingkap sejarah awal penaklukan yahudi keatas Baitul Maqdis dari tentera islam, mereka membasahkan bumi Baitul Maqdis dengan melancarkan pembunuhan beramai-ramai umat islam.

Kaum muslim pada saat itu dibunuh dijalan - jalan dan rumah-rumah. Tidak ada satu tempat di Al-Quds untuk berlindung bagi menyelamatkan diri. Para muslimat diperkosa dan dibunuh, bayi-bayi kecil dilambung dan seterusnya dicucuk dengan pedang, manakala kaum muslimin disembelih tengkuknya.

Peristiwa berdarah itu berlanjutan selama 2 minggu, habis kesemua tempat dibasahi darah umat islam, samada dirumah mahupun dimasjid mayat umat islam bergelimpang disana sini. Dikatakan pembunuhan itu mencecah 70000 orang.Demikianlah zalimnya tentera yahudi terhadap kaum muslim seawal penaklukan mereka keatas Baitul-Maqdis.


Namun amat berbeza dengan tentera islam, selepas hampir 100 tahun kejatuhan kerajaan islam diBaitul Maqdis. Tentera islam pimpinan Salahuddin Al-Ayubi berjaya menawan kota suci itu. Saat itu bertanyalah Salahuddin kepada kesemua tawanan berbangsa yahudi tersebut: " Masih kamu ingat seratus tahun dahulu sewaktu kamu merampas kota ini daripada kami, apa yang kamu lakukan terhadap umat islam didalamnya?"


Jawab tentera yahudi tersebut:-"saat itu kami bunuh semua penganut islam, lelaki kami sembelih tengkuknya dan mayatnya kami campak keluar kota, Kaum wanitanya kami perkosa dan kami bunuh sebaik selesai, manakala anak - anak kecil yang masih bayi, kami lambung keatas dan seterusnya kami tikam dengan pedang kami".

Bertanya lagi Salahuddin:-" Hari ini kami telah berjaya menawan kembali kota ini, adakah kamu mahu lihat kami melakukan seperti apa yang kamu lakukan terhadap kaum muslim dahulu?" mendengar pertanyaan Salahuddin itu maka kaum yahudi itu meraung sambil merayu agar tidak dilakukan perkara yang sama terhadap mereka. Salahuddin memandang keadaan itu dengan tersenyum.


Lalu berkatalah Salahuddin kepada mereka:-" Kamu bernasib baik hari ini, kerana kami merupakan umat islam. Islam melarang keras penganutnya melakukan kezaliman! Oleh yang demikian aku akan bebaskan kamu dengan 2 syarat yakni 1- kamu semua memeluk islam dan kamu akan dibebaskan. 2- Sekiranya kamu tidak mahu memeluk agama islam, hendaklah kamu membayar tebusan sebanyak 5 Dinar bagi lelaki dewasa, 3 Dinar bagi wanita dan 3 Dinar bagi anak-anak kamu."


Melihat dari peristiwa sejarah itu, Aku sedikitpun tidak merasa hairan dengan perilaku kaum yahudi pada hari ini. Sejarah telah memperlihatkan sikap sebenar kaum yahudi, kerakusan mereka membunuh kaum muslim sudah menjadi sifat semulajadi bangsa laknatullah itu.

Hari ini perilaku mereka hanya mampu diperhatikan oleh kesemua umat islam dimuka bumi Allah S.W.T. tanpa mampu berbuat sesuatu. Saudara islam Palestin terlihat menjadi seperti kaum islam terdahulu sebelum munculnya Salahuddin Al-Ayubi. Sedang saudara mereka yang berada sekitarnya hanya mampu berpeluk tubuh dan sekali-sekala melaungkan kesedihan.


Tidak adakah sesiapa pada hari ini yang mampu menamatkan kesengsaraan umat islam Palestin seperti mana yang pernah dilakukan Salahuddin? Mungkin kesemua raja mahupun politikus kini lebih mementingkan kedudukan dari menyelamatkan maruah islam. Wahai Salahuddin Al-Ayubi.. kiranya kau masih ada, apakah akan kau biarkan ini semua berlaku?