Jumaat, 24 April 2009

DUKACITA?

berikut adalah kiriman email dari seorang anak muda yang aku punya kekaguman terhadap semangatnya dalam PRU lalu:-

Setelah memerhati perkembangan politik malaysia, Malaysia tetap Malaysia. Ahli Politik Malaysia semuanya sama. Yang beza cuma cara mereka. Senang kata HAMPIR keSEMUANYA HAPRAK!. PAS ke, PKR ke, DAP ke, UMNO ke, MCA, GERAKAN, MIC ka, SEMUA BOLEH PEGI MAMPUS! Terutamanya DAP, separuh PKR dan UMNO.

PR dok kata orang FITNAH sedangkan mereka sendiri sama ada penyokong atau Pemimpin, sama pemfitnah. Saya mula ingatkan PR nih betui bagus, rupa2nya sama-sama PEMBOHONG dan BODOH macam UMNO-BN. Banyak pendapat yang di keluarkan oleh Pemimpin PR sama ada kurang tepat, tidak relevan atau Karut. Macam ni ke kononnya nak Tadbir Malaysia? Seteruk-teruk UMNO saya rasa PR ambil alih lagi teruk jadi. Pembangunan = 0. Yang tahu nak berpolitik.

Yang Rakyat pun sama tidak celik, kena suntik propaganda oleh PR, jadi fanatik. Sampaikan UNDANG-UNDANG NEGARA tidak Hormat. PENJENAYAH DI SANJUNG, POLIS diHINA. Walaupun polis tuh memang ada buat bnyk salah dan silap dalam menyekat pegerakkan politik pembangkang, tak boleh kita memaki/hina atau menyekat Polis dalam melaksanakan tugas menumpaskan Jenayah. Selain itu, Angkatan TENTERA di lupakan dari segi pembangunan dan pemodenan. Disebabkan bloggers dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab, TUDM terus mengoperasikan helikopter yang usang. Adakah mereka sudah lupa Tentera telah bnyk membantu Malaysia baik dari musuh Negara dan juga dalam Bencana Alam?. Ini baru saya sebut helikopter. Belum lagi keperluan-keperluan lain Angkatan Tentera kita yang jauh ketinggalan.

Selagi kebanyakkan Rakyat dan Pemimpin Malaysia berperangai macam ni, sampai tu lah MALAYSIA sentiasa di gadai, sentiasa Ketinggalan. Amat sedih saya sebagai seorang Patriot, melihat negara saya menjadi medan percurian, permainan dan jenaka Golongan-golongan RAKUS baik dari PR atau BN!

Amat kesal dan malu saya bantu PR di waktu Plihan Raya 2008. Harapkan pagar, pagar makan Padi. Masuk Angin Keluar Asap. Dari berapi menjadi Asap. Harap-harap dalam hidup saya ni, dapat saya melihat MALAYSIA di pimpin oleh golongan yang benar2 ingin membangunkan Malaysia demi NEGARA, AGama dan BANGSA. Bukan untuk Populariti, Duit, perkauman atau dendam. Saya Amat Dukacita dengan Keadaan Malaysia.

Tersenyum aku tatkala mendapat email sebegini, aku bangga kerana beliau sudah mula menampakkan minda kritisnya.Setuju! dengan pendapatnya bahawa ahli politik Malaysia adakalanya kelihatan HAPRAK! Ini kerana mereka adalah ahli Politik, dalam politik wajib bijak bermain kata-kata, jika tidak mereka tidak layak bergelar"Ahli Politik" tetapi "Pejuang".Seorang pejuang sememangnya tidak sesekali bermain dengan kata-katanya, Pejuang kebiasaannya berpegang teguh dengan matlamat perjuangan, mereka berusaha meraih kejayaan tanpa memikirkan habuan peribadi, bagi seorang pejuang, kejayaan perjuangannya adalah merupakan habuan paling bermakna daripada habuan dunia iaitu jawatan, pangkat serta kebendaan.Semua itu melalaikan, godaan duniawi tersebut merupakan cabaran serta kemanisan dalam diri pejuang.Jikalau berjaya melepasinya, maka sebelah kaki sudahpun berada dipintu kejayaan!

Anak muda ini juga menyentuh sikap pemimpin PR yang padanya agak keterlaluan, pada hematnya, benturan-benturan idea yang datang dari pemikiran pimpinan PR dangkal. Benar, adakalanya cadangan mereka nampak karut dan aneh, ini kerana minda kita masih dibelenggu dengan ketakutan, takut untuk menerima kenyataan bahawa Allah menjadikan bumi ini untuk semua makhluk.Tidak ada satupun ayat yang terkandung didalam Al Quran menyatakan bumi atau wilayah ini milik hanya pada sesuatu kabilah ataupun Bangsa. Allah SWT jelas menyatakan bumi ini hanyalah berupa pinjaman, surah al Hujurat juga memperjelaskan lagi mengapa Allah SWT menjadikan manusia itu terdiri dari kabilah-kabilah, etnik dan bangsa yang pelbagai.Tujuannya untuk kenal-mengenal, jika kita menolak ataupun menafikan hak sesuatu bangsa, makanya secara langsung kita telah menyisihkan ciptaan Allah serta memperlekehkan ciptaan dan kehendaknya,Subhanallah! Allah itu Maha Mengetahui.

Jika diteliti laporan media arus perdana, sudah tentulah kita langsung tidak akan jumpa waima satupun pembangunan yang telah dijalankan oleh PR.Hal sebegini adalah sudah menjadi asam garam demokrasi ala Malaysia.Berkenaan Undang-undang,PR berpegang teguh dengan kedaulatannya, didalam undang-undang Malaysia tidak termaktub bahawa jika kita ditangkap maka kita boleh diperlakukan dengan sewenangnya.Adalah silap mengatakan melabelkan seseorang itu adalah penjenayah selagi belum dibuktikan kesalahannya diMahkamah.Ini jelas! dalam Islam sendiri juga menegah sikap menuduh melulu tersebut.Islam hanya menerima sesorang itu bersalah sekiranya ia dapat dibuktikan.Polis Malaysia masih mempunyai sebahagian besar anggota yang menjalankan tanggungjawab secara berhikmah,Namun sikap segelintir anggota yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri seterusnya bertindak sesuka hati, telah menyebabkan imej pasukan Polis tercemar.

Aku masih menyanjung tinggi kecekapan Polis menjalankan amanah dan tangungjawabnya,justeru tidak adil kita menolak serta menghina mereka hanya kerana sikap segelintir yang sememangnya melampau.(Tabik Hormat pada anggota PDRM). Begitu juga Angkatan Tentera Malaysia. Tidak pernah sama sekali pimpinan PR memperlekahkan kemampuan mereka, malah jika disingkap kesemua gesaan yang dibuat oleh ahli Parlimen PR, Jelas menunjukkan bahawa mereka mahu martabat ATM diangkat seGah mungkin! Cuma UMNO-BN gemar mengambil kesempatan menghabiskan wang rakyat kononnya untuk mempertingkatkan keberkesanan ATM.Hakikatnya lihatlah dibelakang pengkalan TUDM Sungai Petani, lambakkan Jet pejuang yang layak digelar besi buruk.TLDM juga hanya mendapat Kapal Selam lusuh, Wang berjuta malah mencecah berbilion hanya untuk membeli besi buruk? Kes Heli NURI yang rakyat keseluruhannya tahu akan keuzuran pesawat tersebut, mengapa tidak ditukar? Hahaha....ya pasti akan ditukar, cumanya harga sebuah heli yang baru itu akan mencecah bilion wang rakyat, sedang negara lain 10 buah heli yang sama dengan harga sebuah yang kita beli,kok aneh.

Kesal bantu PR dalam PRU? jangan begitu....kita harus merenung sistem demokrasi di Malaysia...barulah kita boleh pertimbangkan samada kesal ataupun tidak. Lihat sahaja segala sekatan dan tohmahan media milik penguasa.Sewajarnya semangat kita tidak seharusnya melonggar lemah, benar masih ada juga segelintir ahli politik PR yang gemar bermain kayu tiga..."siang jadi orang, malam jadi ular".Mereka ini pasti akan menerima padahnya nanti, ini kerana aku yakin dan percaya rakyat sudah mula celik,pencerahan sudah melanda...sikap mahu mendewa-dewakan pimpinan sudahpun dilontar sejauh mungkin. Pada Rakyat ketika ini ialah, wakil rakyat adalah budak suruhan, jika gagal mendengar arahan dari rakyat! makanya bersedialah untuk diterajang keluar!

Isnin, 20 April 2009

Tiada Apa diTerengganu...


Tiada apa yang akan berlaku di Terengganu! itu telahan aku tatkala melihat situasi kalut dinegeri minyak itu. Keputusan memulaukan dewan oleh sepuluh ADUN BN tempoh hari dan diikuti desakkan agar Ahmad Said meletakkan jawatan, bagi aku ia adalah suatu fenomena biasa.

Kumpulan tersebut kini dikatakan meningkat kepada 18 ADUN yang mahukan MB meletakkan jawatannya.Sudah tentu disebalik kumpulan ini ada "Tok Dalangnya"...persoalannya ialah siapa disebalik tabir cereka ini? Ada yang mengatakan ianya ialah Idris Jusoh iaitu bekas MB, Jika dilihat setiap bahagian UMNO Terengganu, ramai orang-orang Idris gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian masing-masing.Ini bermakna, peratus untuk mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 kelihatan agak kabur. Tambahan pula, Badan Perhubungan UMNO Negeri diterajui oleh Ahmad Said.

Oleh yang demikian, Sudah tentulah kumpulan ini terpaksa mengambil langkah drastik demi mempertahankan kepentingan politik mereka,Inilah yang aku maksudkan dengan fenomena biasa.Dipihak Ahmad Said pula, sememangnya tiada apa yang perlu dirunsingkan.Keputusan melantiknya kejawatan MB itu adalah kehendak Paduka Tuanku Sultan raja yang punya daulat. Justeru melihat ketegasan UMNO mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu serta menjadi kepantangan kepada sesiapa yang cuba menjadi penderhaka, Makanya Ahmad Said sudah boleh lena diatas kerusi empuk idaman ramai tersebut.

Diatas sebab itulah,aku yakin dan percaya bahawa tiada apa yang akan berlaku diTerengganu kelak. Malah mereka yang berharap kemungkinan akan terjadi suatu PRK tergempar juga boleh menyimpan angan-angan tersebut.Perkelahian sesama UMNO diTerengganu pasti akan diselesaikan oleh Presidennya yang luar biasa itu.



pak Long:- Ciiissss!!! Jangan kau coba nak menderhaka!

Ahad, 19 April 2009

TERIMA KASIH SAHABAT

Pertama-tama sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada SHANA dan ATIE, keprihatinankamu berdua amat dihargai.Nasihat SHANA cukup bermakna manakala ATIE memberi kata semangat yang cukup besar ertinya.

Keadaan ibu masih tidak banyak berubah, beliau agak uzur menanggung derita.Pun begitu, jelas terpancar semangat diwajahnya.Aku masih berkampung diHospital, kerja terbengkalai....mujur punya majikan yang prihatin.Pesanan agar sentiasa berada disisi ibu dan berdoa kepada Allah SWT cukup meruntun jiwa.Hmmm....barangkali aku cukup bertuah mempunyai majikan sepertinya...

Kecekalan majikanku ini cukup mengujakan diriku, aku sejujurnya tidak pernah menganggap beliau selaku majikan selama ini....tetapi lebih melihatnya sebagai sahabat seperjuangan. Kesungguhan,kecekalan dan iltizam yang dipamerkan adakalanya membuatkan aku berasa iri hati terhadapnya.Pernah aku bertanya pada diri aku, darimana datang kekuatan yang ada padanya?

Aku juga berasa sayu bilamana melihat usahanya sering digagalkan oleh mereka yang kurang memahami aspirasinya.Keadaan ini membuatkan beliau senantiasa berada didalam situasi yang menekan, namun begitu beliau tidak pernah sekalipun merasa jemu untuk terus berusaha.Disinilah sifatnya yang mengagumkan aku, caranya mendepani sesuatu cabaran telah membuatkan aku berasa kerdil bila berada didalam lingkungannya.

Itulah majikanku, seorang yang cukup kental semangat serta punya jiwa besar dalam mengharungi kitaran kehidupan.Sukar untuk aku menjadi sepertinya,Tetapi...aku amat yakin,untuk menjadi lebih baik daripadanya pasti boleh! Untuk itu...tiada sebab untuk aku mengalah...LAWAN TETAP LAWAN!

Rabu, 15 April 2009

ALLAHHUAKBAR

Malam Sabtu lepas, aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku...sebaik menjawab pangillan tersebut,suara adikku menerjah dengan berita yang menggemparkan.Buat kali keduanya...ibu tersayang diserang angin ahmar.

Kali pertama ibu diserang penyakit tersebut ialah sekitar Februari tahun lalu, dan aku hanya diberitahu sebulan selepas itu.Hal ini disebabkan perbedaan pendapat antara aku dan ayah berkenaan ideaologi perjuangan.Manakala pertelingkahan ini sudah berlarutan bertahun lamanya, dan oleh kerana ibu ditimpa musibah sedemikian rupa...makanya buat pertama kali sejak beberapa tahun...aku kembali kerumah yang telah lama aku tinggalkan.

arrghh...biarkan perkara itu, biarkan ayah dengan egonya.Hari ini setelah dua hari koma, ibu kelihatan mula sedar, namun sebaik mendengar taklimat yang diberikan oleh sang Doktor...hancur luluh hati aku."Ibu disahkan LUMPUH sebelah badan!"....................

Selasa, 14 April 2009

PRK LAGI????


Belumpun reda keletihan menyambut PRK didua Bukit satu Batang, malah sipenyandang kerusipun belum lagi mengangkat sumpah selaku wakil rakyat.Kini kedengaran PRK mahu kembali lagi, tidaklah dapat aku pastikan kesahihannya...cuma khabar tersebut menyatakan bahawa, kali ini ianya bakal diadakan disebelah pantai Timur,pantai barat dan sekitar Utara tanahair.


Sekiranya benar PRK mahu diadakan lagi, makanya suka mengingatkan kepada semua rakyat....PRK INI BUKAN SUATU PUNGUTAN SUARA,IANYA HANYALAH BERUPA SUATU PILIHANRAYA KECIL YANG TERPAKSA DILAKUKAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN DEMOKRASI.OLEH ITU, SEBARANG KEPUTUSAN PRK TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DIKATAKAN SELAKU KAYU PENGUKUR KEPADA BARISAN PIMPINAN NEGARA YANG BARU!!


Peringatan tersebut datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang baru, justeru itu, janganlah cuba ingkar terhadap peringatan tersebut.

Sabtu, 11 April 2009

Krisis 98 yang belum selesai


"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997."Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walaupun (untuk) 10 tahun akan datang.Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi bukan menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga matawang mereka.

Tun Dr.Mahathir

sumber:-Malaysia kini

Aku sememangnya tidak sekalipun pernah mempercayai... bahawa ekonomi kita pernah pulih dari krisis 98 . Pernah aku suarakan pendapatku ini kepada seorang tokoh yang juga terlibat secara langsung dalam krisis 98 dahulu.Hmmm.....jawapannya mudah, "kita ikhtiar bersama,InshaAllah pasti ada jalannya."

Sementara mereka berikhtiar mencari jalan penyelesaiannya, aku ingin bertanya khabar kepada semua saudara seperjuangan sekalian.

Apa khabar Pak Long? masih ada lagi kaca yang mahu dijadikan cermin?

Apa Khabar Abg Umaq? sudah sedia untuk bakar lemang semula?

Apa Khabar Abg Din (Flower)? sudah sedia untuk cuci kenderaan?

Apa Khabar Wak Jono? khemah belum bocor lagi?

Apa Khabar Abg Azrul? masih banyak kerja?

Haaa....Apa Khabar semua anak muda Malaysia sekalian, apakah anda semua sudah siap untuk mengubah gaya hidup????

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet baru,cerita sama???

Maka lengkaplah turutan senarai kabinet cermin Malaysia yang baru,seperti kebiasaannya....barisan kali ini juga mempunyai temanya tersendiri. Jika sebelum ini temanya "Cemerlang,Gemilang dan Terbilang "(temberang), dan yang terbaru ini pula 1 Malaysia,1 impian dan 1 harapan.


DiMalaysia cukup terkenal akan kehebatan mencipta slogan ataupun tema,ianya akan dipaparkan selaku pembuka sesuatu perbuatan agar mencerminkan kesungguhan.Namun hakikatnya tidaklah begitu, kata-kata yang terkandung didalam slogan tersebut sering menjadi retorika penyedap sahaja.Ianya seolah menjadi tiket untuk menghalalkan segala perbuatan dan melariskan dagangan murahan secara eksklusif.

Barisan kabinet yang mengangkat sumpah hari ini dikatakan mahu menjana aspirasi rakyat, hmm....agak aneh, mereka seolah baru bangkit dari lena yang panjang, selama 51 tahun menjadi pemerintah...baru kini mereka menyebut mahu menjana aspirasi rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat dihadapan?

Masih jelas dalam ingatan aku, tatkala Imam Hadhari mengangkat sumpah selaku ketua pemerintah dahulu, beliau menyeru agar "bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya".hahaha...ramai juga yang terpedaya, akhirnya kita semua DIKERJAKAN oleh tok imam.

Melihat setiap slogan serta kerenah para politikus ini, timbul persoalan dalam fikiranku yang kerdil ini.Apakah mereka benar-benar faham apa yang mereka katakan? apa yang mereka faham tentang kehendak rakyat? apa yang mereka faham tentang "penderitaan" tatkala mereka masih berkereta dan berumah mewah?

Hmmm....aku walaubagaimanapun akan cuba memberi mereka peluang, tetapi tidak akan sekali-kali meletakkan Harapan!!.Justeru kita sekarang punya dua kerajaan, aku mahu lihat siapa yang mampu menyerap penderitaan rakyat sekaligus memahami kehendak marhein kali ini.

Pak Long:" woit! hampa tau ka apa makna 1 impian,1 harapan,1 Malaysia tu woiii...hahaha jangan 1 impian depa tu nak harap dapat rembat 1 Malaysia dah la woiii...haru kita nanti..kahkahkah

Khamis, 9 April 2009

KEMANA NAZRI AZIZ SELEPAS INI????


Ramai yang meramal bahawa Khairy tidak akan tersenarai dalam kabinet baru Perdana Menteri.Ramalan dan telahan ini dibuat,berdasarkan kebencian bekas Perdana Menteri yang "apa nama itu" terhadap anak muda ini.Oleh yang demikian, sekiranya benar Khairy tidak terpilih menjadi menteri, ...maka kabinet baru tersebut bakal mencatat sejarah, dimana ianya tidak disertai oleh sayap pemuda parti pemerintah itu.

Sementara para penganalisis politik sibuk mengusik isu Khairy, Fikiran aku saat ini lebih tertumpu kepada nasib Nazri Aziz. Umum mengetahui, Nazri juga senasib dengan Khairy....iaitu menjadi orang yang paling dibenci Mahathir. Oleh yang demikian, apakah Nazri tersenarai semula?

Jika tidak....ianya merupakan satu kerugian besar buat si pemerintah baru itu. Pada aku,walaupun Nazri adalah orang yang merupakan paling lantang menghentam pembangkang selama ini. Namun sikap profesional yang ditunjukkan sewaktu berurusan dengan para ahli Parlimen Pembangkang...amat wajar dipuji.

Sesungguhnya, aku agak kagum dengan cara dan kemampuan beliau dalam menangani sesuatu isu.Kebijakkan mengawal emosi pada tiap kali diasak oleh pembangkang, menunjukkan bahawa politik Nazri cukup matang.Kepetahannya mematahkan setiap hujah pihak lawan juga, menjadikan Nazri antara yang dihormati dalam Dewan Rakyat.

Melihat "track " politik Nazri selama ini, beliau kelihatan tidak berminat untuk turut bertanding merebut sebarang jawatan tertinggi partinya.Barangkali Nazri amat kedekut untuk menabur wangnya kepada para perwakilan parti,hanya kerana untuk mendapatkan jawatan.Tambahan pula, para perwakilan kebiasaannya akan bertukar menjadi "hantu raya" bila tiba pemilihan parti tersebut.Hmm...Jika silap percaturan iaitu terkurang memberi makan, bersedialah untuk dicekik mereka nanti.

Justeru melihat kepada pembentukkan kabinet baru jumaat ini, aku mendoakan kesejahteraan keatas Dato Seri Nazri Aziz.Aku yakin bahawa beliau juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.Jika dilantik semula,TAHNIAH aku ucapkan...manakala jika tidak...kamu tetap akan dikenang selaku yang terbaik dalam arena politik Malaysia!

Rabu, 8 April 2009

APAKAH UMNO TERKHILAF????

Terjawablah sudah segala telahan, apa lagi yang nak dikata....rakyat sudahpun membuat pilihan. Makanya kemenangan didua bukit seharusnya menjadi petunjuk kepada UMNO-BN yang kini mempunyai nakhoda barunya.

Ini kerana, Pilihanraya kecil kali ini dianggap selaku pungutan suara terhadap kepimpinan baru UMNO.Dengan diselubungi isu yang agak keras, yang mana ia menyentuh isu Sultan,kebangsaan dan agama.Namun melihat jumlah majoriti yang dimiliki Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini, nyata sebahagian besar rakyat masih tetap bersama Pakatan Rakyat. Tewas diBatang Ai sememangnya sudah dijangka ramai pihak, ini kerana keberhasilan politik sekatan oleh BN Sarawak yang dikenakan demi menyekat kemaraan arus tsunami yang dibawa Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa, kebelakangan ini ramai pimpinan Pakatan Rakyat telah disekat dari memasuki negeri tersebut.Tahniah aku ucapkan kepada Ketua Menteri tersebut, dan suka aku mengingatkan kepada BN Sarawak...Pakatan Rakyat will never surrender!

Namun keputusan 2-1 dalam keseluruhan PRK kali ini, ianya jelas menunjukkan bahawa momentum rakyat - masih tetap menolak UMNO-BN.Jika diperhalusi secara hati yang dingin, aku melihat, kesemua PRK yang dijalankan semenjak Permatang Pauh lalu.Ia merupakan satu petanda yang rakyat telah lama menolak pimpinan baru UMNO. Merenung kembali setiap PRK selama ini, kesemuanya diterajui oleh Najib sendiri.Aku secara peribadinya menganggap bahawa UMNO mungkin sahaja telah terkhilaf dengan menuduh bekas Presidennyalah yang menjadi penyebab utama kekalahan umno dalam setiap PRK kebelakangan ini.

Lihat sahaja kali ini, walaupun Tun Mahathir sendiri yang kononnya punya pengaruh besar dikalangan rakyat, telah turun berkempen untuk calon UMNO-BN. Namun badi kekalahan masih tetap kuat melekat ditubuh parti bernama Inggeris ini,malah ianya seolah bertambah buruk...tatkala melihat peningkatan majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat.

Menyingkap setiap sejarah kejatuhan empayar zalim terdahulu, kebiasaannya sang penguasa tersebut akan lebih "menggila" tatkala berdepan situasi mendesak.Pun begitu, kerajaan tersebut tetap gagal bertahan ekoran meledaknya kebangkitan rakyat masing-masing.Justeru melihat situasi terkini politik negara dewasa ini, apakah kerajaan UMNO-BN akan menggunakan pendekatan yang sama??? hmm...kita tunggu babak yang seterusnya.

Jumaat, 3 April 2009

Syukur...Najib akhirnya jd PM ke-6!!!


Pertamanya aku memanjat syukur kehadrat Allah SWT kerana mengizinkan aku hidup sehingga saat ini.Sesungguhnya aku berasa cukup bertuah hari ini, persoalan yang menghantui kehidupanku telahpun terjawab.

Mengimbau kenangan sewaktu menuntut diSekolah Rendah Agama sekitar tahun 90an dahulu. Aku punya seorang Ustazah yang cukup berminat membuat ramalan terhadap dunia politik, tidak dapat aku pastikan samada ustazah aku itu pendukung parti mana....samada PAS atau UMNO. Namun melihat caranya,mungkin sahaja beliau pendukung idealogi PAS.

Pernah suatu hari ustazah menyatakan pandangannya terhadap teori RAHMAN, dan pada waktu itu aku juga buat pertama kalinya mendengar teori tersebut. Katanya RAHMAN adalah cantuman nama-nama Perdana Menteri Malaysia, ianya bermula dengan nama PM yang pertama yakni Tunku Abdul RAHMAN diikuti Abdul Razak, Hussein On dan Mahathir. Pada ketika itu Mahathir masih menjawat jawatan Perdana Menteri, makanya huruf A itu cukup kuat dikaitkan dengan Timbalannya yang waktu itu ialah ANWAR IBRAHIM, manakala NAJIB juga disebut sebagai pelengkap teori tersebut.

Begitulah hujah ustazah ku berkenaan teori RAHMAN tersebut, melihat ianya sekadar terhenti setakat huruf N itu, lantas aku bertanya....siapa dan apakah yang akan terjadi bila teori tersebut lengkap diisi? Ustazah kelihatan kebingungan untuk memberi jawapannya, mungkin beliau juga buntu memikirkannya. Seorang rakanku yang turut sama mendengar akan teori tersebut, bingkas bangkit bagi menyatakan pandangannya. Rakanku berpendapat adalah kemungkinan waktu itu dunia akan kiamat, dan berakhirlah segala penghidupan dialam dunia ini.Aku pada waktu itu bersetuju dengan pandangan rakanku itu, almaklumlah pada masa itu umur kami baru sahaja mencecah sekitar 8 tahun, oleh itu... kecetekkan membuat ramalan disebabkan belum mendapat pendedahan politik.Bahkan saat itu kami belum faham makna perkataan politik.

Pada tahun 98, aku mula merasakan teori itu sudah tersasar, ekoran dari pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatannya.Tetapi sebaik melihat nama Abdullah diumumkan selaku pengganti Mahathir seterusnya,aku kembali mempercayai teori tersebut. Kepercayaan ini bertambah teguh tatkala nama Najib disebut selaku bakal pengganti kepada Abdullah. Oleh yang demikian, aku secara peribadinya berasa gembira apabila melihat teori RAHMAN kembali "on track".

Kegembiraan terhadap teori tersebut adalah kerana, pada hemat aku waktu ini ialah.....ia lengkapnya teori tersebut bukanlah petanda kiamat kepada dunia ini. Ianya adalah berupa petanda berakhirnya pemerintahan dinasti UMNO. N dewasa ini, juga disebut oleh tulisan-tulisan nakal dengan ejaan eNd,...yang membawa maksud habis, tamat atau akhir.Oleh itu, aku amat berharap bahawa aku sempat melihat kemunculan huruf terakhir dalam teori RAHMAeNd itu!! dengan kemunculan huruf tersebut, maka jawapan kepada persoalan yang aku bangkitkan kepada ustazahku belasan tahun lalu,berkemungkinan telah terjawap. Dan teori rakanku yang mengaitkan penghujung nama tersebut dengan berakhirnya dunia ini tidak tepat sama sekali.

Justeru menyaksikan perlantikkan Najib selaku Perdana Menteri yang ke 6 saat ini, pendapatku secara peribadinya ialah....petanda dinasti ketuanan UMNO sudah sampai kepenghujungnya. Aku dapat rasakan bahawa, Ustazah dan rakanku itu juga berpendapat seperti ku. Oleh itu, sekali lagi aku mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi petunjuk jelas selama ini.Manakala kepada kepada Dato Seri Najib, aku mengucapkan sekalung TAHNIAH diatas perlantikkan selaku Perdana Menteri,Dato Seri telahpun melengkapkan teori misteri tersebut. Selepas ini sudah tiada lagi huruf yang menjadi misteri lagi, Kerana huruf N ataupun eNd itu merupakan yang terakhir.

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui," Kita merancang dan Allah jua merancang. Dan hanya rancangan Allah yang akan berjaya".

Allahhuakhbar!!



Pak Long:- takdak kenduri ka bila dah naik ni?

Along :- Dengaqnya depa nak buat korban kambing hitam lepaih ni.

Pak Long:- baguihla tu, lama dah tak pekena ni.kihkihkih