Khamis, 21 Januari 2010

Isu Rasuah: Sandiwara Yang Tidak Berkesudahan

Lagi pasal 'rasuah', negara mulai 8 mac mula gempar dengan kepelbagaian isu korupsi. Dari yang berharga Bilion hingga ke nilai ribuan ringgit, Manakala suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan dalam mencegah dan mengawal masalah korupsi kelihatan begitu komited dalam tugasannya.Benarkah begitu?

Tetapi sedikit syahdu tatkala melihat syahwat suruhanjaya akan meningkat pabila memperolehi dokumen yang melibatkan pihak kontra, ianya tidak berlaku sedemikian jika perkara korupsi itu menimpa di sebelah pihak pro. Jika diteliti kesemua kes korupsi kedua belah pihak, kita akan menemukan satu pernyataan jelas bahawa kes yang membabitkan pihak pro cukup menggusarkan.

Sebagai contoh untuk renungan bersama, isu kehilangan enjin Jet F-5E sudah cukup mencabar kewibawaan tahap keselamatan Negara selepas kes Sauk yang melibatkan Al-Maunah. Walaupun isu itu sudah ada pendakwaan, namun masyarakat masih sangsi terhadap laporan kehilangan tersebut. Bahkan di gerai dan warung pendalaman kedengaran warganya bertanya sesama sendiri "Mana Mungkin Tok Sarjan itu melepasi kawalan audit kem untuk melenyapkan enjin tersebut begitu sahaja?"

Isu yang membabitkan badan kehakiman suatu ketika dahulu juga dipadamkan begitu sahaja walaupun SuruhanjayaDiraja mencadangkan agar kesemua mereka yang terlibat didakwa! Apa makna Sidang SuruhanjayaDiraja tersebut? bagaimana dengan kos yang dilaburkan oleh pembayar cukai untuk SuruhanjayaDiraja itu menjalankan siasatannya dahulu? Bukankah ini pembaziran?

Kesemua perkara tersebut mengikut pandangan umum, ianya akan menaikkan nafsu syahwat Suruhanjaya Korupsi Malaysia seandainya dilakukan oleh pihak Kontra. Persepsi bahawa suruhanjaya ini cukup lemah tenaga batinnya tatkala berdepan isu yang melibatkan pihak pro , menjadi sangat sukar dikikis daripada terus menyelubungi suruhanjaya tersebut.Malah ia kini sudah menular kepada semua sendi dalam pentadbiran pihak penguasa. Kalaupun ada tangkapan dibuat berkaitan korupsi besar sang penguasa, audien diMalaysia tidak langsung bernafsu untuk memerhatikan keseluruhan rencana tersebut. Malah adakalanya audien diMalaysia sudah boleh membaca kesudahan tajuk rencana tadi, kesemua itu akan berakhir dengan seekor kambing hitam atau ditutup atas kesilapan teknikal.

Inilah gambaran Malaysia dikacamata masyarakat Dunia, sandiwara yang tidak berkesudahan.

Selasa, 5 Januari 2010

Alkisah Platun Jet F-5-E


Pegawai bawahan! itu keputusan laporan awal yang dibacakan oleg Peguam Negara berhubung kehilangan enjin Jet F-5-E. Reaksi pertama aku ialah HAHAHAHAHA...... maaf tak tertahan lagi, rasa mahu terkeluar isi perut. Tambah lagi KAHKAHKAHKAH....




Aku cuba gambarkan bagaimana Tok Sarjan dan Platunnya merancang mengeluarkan enjin dari perut Jet itu. Mesyuarat untuk menjalankan gerak kerja itu pastinya disebuah warung tepi jalan, almaklumlah merekakan "Pegawai Bawahan", sudah tentu untuk duduk sila panggung di sebuah Coffee House adalah sesuatu yang sukar memandangkan kedudukan dan kewangan mereka yang pastinya terhad!




Sebagai orang yang tinggi sedikit pangkatnya dari kalangan "Pegawai Bawahan" itu semua, Sudah tentu beliau yang mempunyai akses dengan pembeli misteri diluar negara tersebut. Rancangan ialah bagaimana mahu mengeluarkan enjin Jet itu? Pemutar Skru saiz berapa yang mahu digunakan? dan kedai mana yang ada menjualnya? kemudian, bagaimana pula mahu membawa enjin itu keluar? lori berapa Tan? dan dimana mereka boleh menyewa lori tersebut? Kesemua persoalan diatas diletakkan dibahu Koperal sambil dibantu oleh Lans Koperal!


Sementara Koperal dan Platun menguruskan permasalahan tersebut, Tok Sarjan sudah tentu sibuk menghubungi pembeli enjin Jet. Entah berapa banyakkah wang Tok Sarjan lebur hanya untuk mengisi kredit telefon bimbitnya itu. Ini kerana pembeli itu berada jauh diluar negara, entah dimana tidaklah dapat dipastikan, ada yang kata di Mexico,Argentina dan terbaru Uruguay! Perghh.... jenuh Tok Sarjan mencari kod telefon antarabangsa semata-mata mahu menghubungi mereka.


Seterusnya tentulah rancangan peringkat akhir, dimana tempat pertemuan untuk menyerahkan enjin tersebut dan menerima wang yang dijanjikan. Detik ini agak suspen....dimana mahu diadakan pertukaran itu? kedai besi buruk atau kedai potong kereta? Yang menariknya ialah, kesemua rancangan Tok Sarjan berjalan dengan lancar sehinggalah Menteri Pertahanan menjadi Perdana Menteri! barulah rahsia mereka terbongkar.


Sampai disini sahajalah....aku dah tak tahan lagi hahahahaha....huhuhuhu....hihihihi..inilah nasib "Pegawai Bawahan"