Rabu, 16 Disember 2009

Keputusan dramatik, Misteri kehilangan 70 ahli parlimen BN.

Pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia , kerajaan UMNO-BN hampir tumbang melalui undi pembentangan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

Kerajaan UMNO-BN hanya memperoleh sekitar 3 undi keseluruhan bagi meluluskan bajet tersebut. Tambah memalukan lagi Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa berkejar keParlimen pada malam itu demi menyelamatkan kerajaan pimpinannya.

Harus difahami sekiranya pengundian tersebut kalah, maka ia akan membawa mala petaka besar buat UMNO-BN kerana ianya juga merupakan kehilangan kepercayaan terhadap mereka untuk meneruskan pemerintahannya. Sudah tentu perkara ini amat memalukan Najib selaku Presiden UMNO yang selama ini angkuh kononnya beliau yang paling kuat serta berkemampuan dalam mengurus tadbir UMNO-BN.

Kemenangan tipis ini juga telah mengundang persoalan terhadap kredibiliti Najib. Agak aneh tatkala mengenangkan sejumlah 70 ahli Parlimen UMNO-BN gagal menunjukkan solidariti kepada ketua baru mereka ini. Ianya kelihatan seolah berlakunya protes dalaman terhadap kepimpinan Najib selama ini. Apakah para ahli Parlimen itu semua begitu terkesan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir bahawa UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi baru-baru ini?

Atau juga mungkin mereka semua yang tidak hadir adalah orang Pak Lah? Dan paling menarik sekali tatkala timbul persoalan , Apakah mereka ini jugalah yang disebut-sebut oleh Ketua Pembangkang bahawa ada sejumlah bilangan yang cukup dari pihak UMNO-BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru?

Kesemua persoalan itu harus difikir sedalam-dalamnya oleh Najib mulai saat ini, kehadiran Timbalan Presiden UMNO untuk bersama menyelamatkan maruahnya pada malam itu tidak boleh dikira sama sekali sebagai lambang kesetiaan, Ini kerana sifir politik adakalanya rumit untuk diselesaikan, telahan - telahan juga tidak semestinya tepat namun ia tetap diambil kira sebagai panduan dalam berpencak digelanggang politik.

Apapun peristiwa pada malam itu cukup dramatik, Najib ibarat telah ditampar oleh tenteranya sendiri. Manakala misteri kehilangan 70 ahli Parlimen UMNO-BN pada saat genting itu, apakah ianya petanda berakhirnya pemerintahan Najib apabila ia juga boleh dikira sebagai protes terhadap kepimpinannya yang masih baru in?

Khamis, 10 Disember 2009

Berita Angin Dari Putrajaya Gusarkan Pembesar?

Angin kencang bertiup membawa segumpal berita dari Putrajaya dan ianya cukup menggusarkan para pembesar negara. Disana - sini sudah mula ada kelompok yang bersidang mengomel akan perihal kesahihan berita angin tersebut.

Petang semalam aku berkesempatan minum teh dengan seorang rakan disekitar ibukota. Minum petang ini sengaja diatur bagi membolehkan rakanku ini menceritakan padaku akan perihal yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Menurut rakanku ini yang mempunyai akses mudah kedalam pemerintahan penguasa masa kini, akan berlaku rombakan kabinet dalam waktu terdekat ini.

Sulaiman anak kepada Taib Mahmud akan dihantar pulang ke Sarawak bagi mempersiapkan dirinya bertanding kerusi DUN sekaligus menggantikan ayahandanya selaku Ketua Menteri Sarawak. Sementara itu, Khairy Jamaludin akan diangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hishammudin sepupu kepada Najib bakal dinobatkan selaku Menteri Belia dan Sukan.

Menteri Dalam Negeri akan disandang oleh Idris Jala dan ini akan menamatkan era termenungnya selama ini ekoran beliau telah lama menjadi Menteri yang tidak berportfolio.Mukhriz juga khabarnya akan diturunkan di Kota Siputeh bagi menjadikannya Menteri Besar Kedah seandainya BN merampas negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat.

Manakala hadiah untuk Muhyiddin dari Najib ialah melantik Syed Hamid Albar menggantikan Hassan Merican di Petronas.Hmm... nampaknya Muhyiddin perlu kerja lebih keras selepas ini. Bagi semua percaturan yang digembar - gemburkan ini, rakanku lantas bertanya samada aku nampak sesuatu dalam percaturan baru Najib ini. Sambil menghirup teh pudina, rakanku itu sempat menjeling melalui anak matanya menanti jawapan dari aku yang sedari tadi berkerut dahi memikirkan akan makna disebalik soalannya tadi.

Hmmm....apa muslihat ini semua? benarkah akan berlaku rombakan sedemikian? hoooo.....pening!