Jumaat, 29 Ogos 2008

saat diambang Merdeka...

Tanggal 31 0gos, Saban tahun seluruh rakyat Malaysia akan menyambutnya sebagai hari Merdeka. Kerajaan pula akan mengeluarkan peruntukkan jutaan ringgit bagi membeli bendera dan diagihkan pada rakyat secara percuma untuk Dikibarkan dikediaman , pejabat serta kenderaan masing-masing.



Kemudian direncana aktiviti yang kononnya bercorak patriotic,sesuai dengan apa yang disebut sebagai "Modal Insan", kerajaan prihatin akan menjemput para artis dalam dan luar Negara untuk membuat persembahan, tepat jam 12 malam percikan bunga api mula menyinari ruang udara ibukota menandakan “kita sudah merdeka”.kesemua acara Retorik ini berlanjutan hingga ke pagi.



Anak muda pula kebanyakkannya menghabiskan masa dikelab malam sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan tangannya memegang arak. Remaja tidak melepaskan peluang malam yang penuh makna ini,mereka berlumba- lumba menyedekahkan darah dijalanraya.

Media bertindak selaku agen informasi, pelbagai hiburan disusun demi mencapai rating tertinggi. Filem,dokumentari dan cereka berkaitan Merdeka sentiasa disulam dengan aksi para artis dalam dan luar Negara yang adakalanya menjelekkan. Para anak seni yang sememangnya berseni hanya diberikan slot ringkas sekadar mendeklamasi sajak dan puisi-puisi berkaitan kemerdekaan.

Manakala artis segera yang hanya popular dengan cerita sensasi dijulang laksana pahlawan. Mereka ditunggang semahu mahunya oleh media bagi mengaut keuntungan, dianjurkan pelbagai bentuk kuiz kononnya untuk senaman minda penonton, maka berpusu-pusulah yang menelefon dan menghantar SMS bagi menjawab soalan dangkal demi meraih hadiah yang tidak seberapa. Manakala sang artis segera akan terlompat-lompat meraih sokongan penonton.

Masjid-masjid dan surau-surau yang sepatutnya mengisi malam kemerdekaan dengan kuliah ataupun munajat kepada Allah Lengang , Rumah-rumah Allah itu adakalanya dikunci dengan rapat atas alasan mengelak tabung surau dilarikan.

Saat matahari mengambil tugas rutinnya, bertebaranlah sampah-sarap dimerata tempat. Hospital pula laksana peristiwa selepas perang, Ibubapa mengerumuni melihat anak-anak mereka yang terlantar akibat aksi berani mereka.

Bilik Mayat juga tidak ketinggalan menyaksikan tangisan ibubapa, suami atau isteri yang terkorban dimalam bersejarah tersebut, acara ini sudah menjadi kebiasaan dipagi 31 ogos.

Umpama tawanan perang, lokap -lokap balai Polis dipenuhi dengan majoritinya anak MELAYU dengan pelbagai kesalahan jenayah "malam Merdeka".



Kesemua ini terjadi akibat persepsi rakyat terutama generasi muda terhadap sambutan kemerdekaan hanyalah merupakan cuti umum. Lalu ku ucapkan selamat bercuti wahai sekalian anak muda Malaysia! Semoga tabah menempuh peristiwa – peristiwa diatas yang sudah menjadi rutin tatkala diambang sambutan kemerdekaan…


Dikesempatan ini, aku juga ingin mengucapkan selamat berjuang kepada: Khairil Azuar (Anak Muda Parlimen Batu), SHANA, Jai, Ashraf, Fair, Kerajaan Rakyat dan seluruh teman-teman pengunjung. Semoga diketemukan satu hari nanti InsyaAllah...



Khamis, 28 Ogos 2008

MAHATHIR DILEMA.

Dengan mendapat mandat terbesar dari rakyat PPauh yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, Anwar kini selamat keParlimen.

Peristiwa ini merupakan sejarah buat rakyat Malaysia, Namun tidak pada insan yang bertanggungjawab mengangkat Anwar ke mahligai dan kemudiannya menghumban Anwar kepenjara.

Insan yang dimaksudkan ialah Mahathir yang kini bergelar Tun setelah pencen dari jawatan Perdana Menteri. Tidak seperti warga pencen yang lain, Mahathir masih berminat dengan percaturan politik tanahair.

Ulasannya selepas melihat kemenangan bekas anak emasnya diParlimen PPauh sudah boleh diagak. Mahathir tidak mempertikaikan kemenangan Anwar malah sudah menjangkakannya, tetapi tidak mengganggap ianya keputusan rakyat yang mahukan "perubahan" kerajaan keseluruhan, namun tetap menganggap ianya satu isyarat pada pakLah untuk berundur bagi memberi laluan pada Najib.

Mahathir mendakwa kononnya rakyat PPauh mengalami apa yang disebut "dilema". Kononnya rakyat tidak mahu pada Anwar tapi tidak punya pilihan kerana mahu memprotes kepimpinan Pak Lah.

Pada aku yang berada bersama pejuang perubahan diPPauh tempoh hari, jelas rakyat tidak mahu lagi pada UMNO-BN, suasana selepas tutupnya pusat mengundi kelihatan seperti menyambut kepulangan Tunku dari London membawa "Kemerdekaan". Anak-anak bersama ayah dan ibu memakai topeng Anwar sambil mengibarkan bendera keADILan dan Malaysia. Mereka sekeluarga berdiri disepanjang jalanraya dengan laungan REFORMASI!.

Baik Cina, India dan Melayu turun ke jalanraya menuju kepusat kiraan undi Maktab Tunku Bainun bagi mendengar keputusan rasmi, sudahnya jalanraya sesak teruk. Disana sini kedengaran hon kenderaan bagi menandakan kegembiraan mereka yang menyusuri lebuhraya BKE.

Nah! inikah apa yang dikatakan Mahathir sebagai DILEMA?

Sebenarnya pemimpin UMNO-BN yang sedang dilanda Dilema, Dilema mereka melihat saat kejatuhan rejim UMNO-BN dan kebangkitan rakyat! Mereka berada dalam situasi dilema mencari pemimpin yang boleh menyaingi aura pimpinan PAKATAN RAKYAT.

UMNO-BN sudah ketandusan tokoh,buktinya mereka mengusung bekas orang PKR kehulu hilir bagi mendapat undi .Malangnya bekas orang kuat itu ibarat "ubat yang telah tamat tempohnya", Sumpah mereka menjadikan rakyat semakin benci dengan UMNO-BN keseluruhannya.

Mungkin sudah sampai masanya Mahathir memilih negara yang mahu dijadikan tempat permastautin tetapnya. kerana tinggal beberapa minggu lagi kita akan berada ditarikh 16 September....

Isnin, 25 Ogos 2008

SYABAS IMAM RAMLANG!

Aku terima satu sms jam 11 malam semalam, bunyinya "sori eddie,betulla apa ko cakap."Ramlang x salah!" aku salut kat die skang". Begitulah antara sms dari teman-teman seperjuangan.

Seawal tragedi sumpah diMasjid Wilayah yang lalu, aku langsung tidak punya prasangka terhadap imam disebelah Saiful. Tumpuanku lebih kepada ungkapan sumpah Saiful dalam acara "Mubahalah" tersebut.Pada aku Imam Ramlang hanyalah merupakan watak tambahan dalam plot drama tersebut, laksana rencah masakkan, Kehadiran imam Ramlang sekadar menjadi bahan penyedap drama agar nampak menarik ditonton seisi keluarga. Jadi tidak perlu diulas panjang akan hal tersebut.

Aku hampir bertekak dengan seorang teman tentang hal imam Ramlang,Temanku langsung tidak boleh menerima kelibat Imam Ramlang dalam Drama "Mubahalah" tersebut. Aku nyatakan pendirian aku terhadap imam Ramlang, bagi aku beliau "teraniaya" dengan mainan politik bankrup UMNO-BN.Hanya kerana beliau duduk disebelah Saiful dan membetulkan kalimah sumpah "LAKNAT" itu, segala hal yang berkaitan dengan Imam Ramlang dicungkil keluar. Ini tidak adil untuk Imam kesembilan Masjid Wilayah tersebut.

Sebaik sahaja peristiwa "Mubahalah" selesai,Imam Ramlang langsung tidak membuat sebarang kenyataan berhubung sumpah LAKNAT itu.Malah aku tertarik dengan kenyataan awal Imam Ramlang bersabit cemuhan yang dilempar terhadapnya melalui internet,-"Saya memang ahli UMNO, Saya masuk sekitar 2003 atas sebab-sebab terdesak".Walaupun kenyataan tersebut biasa kita dengar BAHAWA lazimnya ahli UMNO akan diutamakan bilamana mahu memohon bantuan atau pekerjaan dijabatan kerajaan, tapi bila diungkap oleh seorang Imam yang masih dibayar upahnya oleh penguasa gila,ianya menggemparkan aku, seolah ada sesuatu yang tidak kena dengan Imam Ramlang,seolah ada sesuatu yang disembunyikan.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran mula terungkai malam tadi, Imam Ramlang bangkit dan melaungkan kebenaran dihadapan rakyat P.Pauh. Beliau nyatakan "Pembantu khas Najib merupakan orang yang mengatur adegan Sumpah tersebut, Malah kehadiran Imam Ramlang didalam Drama LAKNAT itu atas paksaan majikannya yakni "orang atasan".

Imam Ramlang juga dengan berani menyanggah sumpah Saiful dengan mengatakan ianya TIDAK SAH!. Imam muda yang dikatakan antara ahli pergerakkan Pemuda UMNO ini juga memohon maaf terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz diatas penglibatannya dalam majlis LAKNAT yang tidak direlakan oleh hati dan perasaannya.

Untungnya aku menjadi antara puluhan ribu rakyat yang menyaksikan keberanian Imam Ramlang diP.Pauh, ianya cukup bersejarah. Kejadian ini tentunya mengundang perasaan gelisah dihati penguasa, media karut tungangan UMNO-BN nampak enggan melaporkan peristiwa kebenaran ini. Dengan pengakuan terbuka Imam Ramlang berkenaan drama tahyul "Mubahalah" anjuran penguasa UMNO, laluan kePutrajaya semakin luas.

Semoga seluruh Imam-imam,ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang masih dibawah telunjuk UMNO bangkit menentang kezaliman! bangkit menegakkan kebenaran!

Allahhuakbar!

Sabtu, 23 Ogos 2008

PPAUH:harapan baru untuk Merdeka!

Walaupun mengkudakan beberapa kerat bekas oportunis keADILan dalam kempennya, nampak UMNO semakin terdesak. Cubaan mengheret dan menunggang Ezam tidak berhasil menarik pengundi PPauh masuk keperkarangan ceramah UMNO.

Lalu menjadi kebiasaan UMNO menghadapi situasi mendesak, serangan peribadi keatas Anwar mula diperhebatkan. Media arus perdana mula meningkatkan serangan, sesuai dengan kapasitinya selaku kuda tunggangan UMNO-BN. Digambarkan seolah persaingan antara Anwar dan Omar Shah semakin sengit dan ada kemungkinan UMNO akan menang dengan majoriti tipis diPPauh.Alahai...

Sebenarnya apa yang dikatakan sengit ialah taktik kotor UMNO dalam mengharungi tempoh berkempen. Sengaja dicipta propaganda kononnya ikatan Pakatan Rakyat mulai goyah agar menutup kelemahan sebenar UMNO-BN, tidak cukup dengan itu dikerah UTK dan Komando 69 berkawal bagi tujuan menampakkan keganasan penyokong Pakatan terutama keADILan.(kononnya)

Kesemua taktik ini diguna bertujuan menggagalkan langkah Anwar bersama Pakatan ke Putrajaya,sememangnya setiap penguasa Zalim tidak akan melepaskan kuasa dengan begitu mudah.

Oleh yang demikian marilah kita anjurkan sembahyang hajat diseluruh negara bagi memohon perlindungan dan permudahkan perjalanan perjuangan ini.

Buat rakyat PPauh, kami meletakkan harapan baru untuk Malaysia kepada anda, Kami amat berharap anak jati PPauh(cherok to'kun) yang telah banyak berkorban bagi membela nasib rakyat selama ini,kembali menerajui pemerintahan negara yang kian parah .

Jadikanlah sambutan 31 ogos kali ini MERDEKA dalam erti kata bebas yang sebenar!

Khamis, 21 Ogos 2008

tetap terus berjuang!


Rasa terharu bila membaca komen pengunjung yang memberikan respon pada artikel "rintihan seorang pejuang...", Artikel tersebut merupakan luahan rasa seorang teman yang ada persamaan dengan perasaan aku terhadap perjuangan ini.Persoalannya adakah aku akan "berhenti berjuang?" jawapannya TIDAK!.


Aku sama sekali tidak bermaksud untuk berhenti dari perjuangan ini, mana mungkin setelah berhempas pulas selama 10 tahun sampai dihalau keluar oleh ayah yang bermazhabkan UMNO mahu berhenti begitu sahaja. Aku hanya mahukan kebebasan dalam perjuangan, Langkah awal aku dalam menuntut keADILan bermula dengan gerakkan AKTIVIS, Maka bila aku diangkat kepentas politik, aku mula lemas.


Perjuangan dalam kerangka politik cukup menyesakkan aku, terlalu banyak protokol yang perlu dipatuhi, adakalanya protokol itu hampir tak masuk akal. Dalam politik juga aku harus memilih untuk menjadi "orang kem" samada kem A atau kem B, Sedangkan aku punya pendapat kedua kem tersebut sama hebatnya.


Lantas aku membuat keputusan untuk berhenti, maksudnya berhenti dari jawatan parti bukannya "perjuangan", keputusan ini ditentang oleh semua teman seperjuangan, mereka mahu aku fikir semula,hmm...


Dalam proses "fikir semula" ini, aku ada mendapatkan pandangan dari tokoh-tokoh pimpinan atasan. Mereka juga mahu aku "fikir semula", Baiklah aku fikir semula..Dalam tempoh aku "fikir semula",timbul ilham dalam kepala aku untuk menubuhkan satu gagasan pemikir.

Memandangkan Dato Seri Anwar amat pentingkan ilmu dalam melayari bahtera perjuangan, Maka aku asaskan satu kumpulan yang pada mulanya digelar kumpulan pemikir, tujuannya untuk menggerakkan satu pemikiran baru untuk anak muda malaysia bagi membantu memacu negara kearah kegemilangan.


Kumpulan ini menarik minat salah seorang AJK Dewan Ulama PAS Negeri Selangor untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Memandangkan ilmu beliau yang tinggi, aku memberi laluan kepadanya untuk menerajui kumpulan ini sedang aku bertindak selaku timbalannya.


Hasil diskusi bersama, aku menukarkan nama kumpulan ini kepada "Group Pemikir Muda" agar ianya melambangkan suara anak muda. Sebaik ia ditubuhkan, kami banyak berdialog tentang isu semasa,Walhasil lahirlah satu buku dari pemikiran kami yang cetek ini hasil nukilan Ustaz Wanji Al-Bakistani:-KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dari kacamata siasah syariah.


Buku ini kami lancarkan di Muktamar Pas diIpoh baru-baru ini, Selain dari Y.A.B ir.Nizar,Dr.Dzul, dan ramai pimpinan Pas Pusat yang memiliki hasil kerja kami ini, Dato Seri Anwar Ibrahim juga antara tokoh yang telah memiliki buku ini.


Buku ini merupakan langkah awal dalam menggerakkan pemikiran anak muda kearah ilmiah. Mungkin selepas ini buku aku akan dilancarkan pula siapa tahu. Justeru itu aku menyeru semua anak muda Malaysia agar menyertai wadah perjuangan ini, Group pemikir muda memerlukan idea segar saudara sekalian demi mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini.




Selasa, 19 Ogos 2008

Rintihan seorang pejuang....



Ini merupakan satu luahan dan rintihan seorang teman seperjuangan yang aku kenali. Sengaja aku titipkan diruangan blog ini memandangkan aku juga punya nasib dan rintihan yang sama.





Harap semua teman membaca dan memamhami nasib orang seperti kami.Bacalah dengan hati yang dingin....





Salam Buat yang masih mengaku rakan,Kenapa saya tidak bersama di Permatang Pauh.Berat untuk menaip setiap bait kata disini takur disalah tafsir, "lari dari perang", perlu diingat bacalah dengan tenang dan penuh minat, dan perang yang paling besar adalah perang melawan nafsu.



Saudara-saudara,Rakan rakan memanggil untuk bersama, namun peringkat awal saya masih membuat keputusan untuk pergi, sehingga satu keputusan akhir diambil untuk tidak sama sekali turut serta membuat keputusan muktamad, kenapa begitu drastik? Nanti diperjelaskan.



90% Rakan saya adalah dalam politik dan politik ini bagai "dadah" yang sudah sebati dalam tubuh ini masa mungkin politik dapat dipisahkan, selama 10 tahun masa dihabiskan begitu tinggi harapan untuk melihat satu politik baru dalam persekitaran politik Malaysia, selama itulah masa, wang ringgit, tenaga, digunakan untuk menghadiri mesyuarat perancangan, bulanan, mingguan dll, wang ringgit dilaburkan (bukan tujuan mengungkit tapi memperjelaskan), tenaga dicurahkan bagi memastikan parti kukuh dan dilihat kukuh walau tidak sekukuh mana pun.



Sanggup dipisahkan oleh rakan-rakan yang tidak sama "bendera" tidak apalah, sanggup diasingkan dalam senarai peniaga yang pro-kerajaan, maka bertawakallah dengan rezeki yang ada, hanya ALLAH disandarkan.



Bersandarkan Allah lah, aku melakukan ini, aku tidak akan bersandarkan manusia, kerana manusia tidak kekal, aku bersandarkan ALLAH, maka masa depanku juga ku serahkan kepada Allah untuk menentukan, memang itulah peganganku, adakah selama ini tidak Ikhlas?, bukan itu bila kita melakukan yang terbaik kita akan mengharapkan yang terbaik BUKAN untuk kita, tapi untuk yang selayaknya.



Bukan tidak ikhlas tetapi sekurang kurangnya dihargai, dihormati dipelihara, kita bukan orang yang mahu namanya dijulang dilangit, diletak dipuncak, terbilang, kita hanya mahukan sedikit penghargaan, penghormatan, keterpeliharaan itu saja.



Kenapa tidak bersama, tidak menyesal? cukuplah selama ini saya menyesal, menyesal tidak boleh dua kali, cukuplah sekali, bagi mereka yang bersama pasti esok mereka akan meraikan, rai itulah harapan, apa harapannya? siapa tahu? siapa boleh menentukan semua harapan rakyat tertunai, tidak sama sekali, hanya sebahagian, tetapi perlu diingat, si kudung harapannya adalah untuk dapatkan tangan, tapi kalau orang yang lengkap sifatnya tidak akan dapat merasa harapan dikudung tadi, sudah pasti selepas ini mereka meraikan kemenangan dan mengatakan kamilah yang bersama berjuang, sama seperti kita menawan Selangor dulu, maka kalau ada lagi kuasa menjerit aku, akan aku jeritkan seluruh Dunia supaya dapat didengar akan kegembiraan aku, Sebenarnya aku tidak mahu kecewa buat kali kedua, dan tidak mahu kegembiraan aku ini menjadikan aku menaruh harapan yang paling tinggi, paling sempurna, sehingga mana sekecil kegagalan bagiku gagal yang amat sangat. Rakan-rakan,



Memahami itu, aku sedang bergelut dengan keperluan hidup yang tidak terfikir oleh anda, mereka kata carilah ketenangan maka ALLAH carikan jalan, aku beristiqarah, untuk mencari jalan yang terbaik, ALLAH menjuruskan kepada apa yang aku lakukan ini sekarang maka aku yakin dengan jurusan Allah dengan bertawakallah aku.



Maka membuat keputusan untuk meninggalkan politik ini, pada asalnya amat sukar, 50:50, rakan rakan yang kembali memberi peransang, macam yang aku cakapkan diawal tadi ianya bagai "dadah" jika kita tidak ketemunya lagi, sentuhnya lagi, dampinginya maka kita tidak akan ketagihan lagi.



Mengamati kehidupan kita tidak sama, sama sekali. tanggungjawab kita berbeza, kita ada anak hendak dibesarkan, ada orang tua yang perlu diperhati, ada rumah hendak dibela, ada tanggungjawab yang sememangnya ini tidak boleh dipindahkan kepada orang lain, berbeza dengan tanggungjawab politik ini yang pasti boleh diamanahkan kepada orang lain jika tidak aku.



Aku berjanji tidak menuntut ini adalah kemenanganku, jika ditakdirkan Anwar menang pun, aku berjanji tidak akan menyendeng-nyendeng seperti mereka "muka tak malu", bila aku bercakap aku bikin. Bukan macam "muka tak malu, cakap lain bikin lain".



Untuk pengetahuan teman, sememangnya saya balik kampung Kedah pada 15hb, dan malam itu saya memang melalui BKE sepanjang Parlimen Permatang Pauh juga, malam Rabu hari Selasa 18hb saya kembali dari Kedah ke Klang juga melalui jalan yang sama, semasa dikampung ayahku bertanya samada aku ke penamaan calon, Aku menjawab masa itu tidak, dan memang tidak.



Aku memohon maaf kerana banyak panggilan yang sengaja aku tidak jawab, buat sementara kerana bagi memastikan keputusan aku tidak berubah, aku yakin rakan rakan boleh mengubah keputusan aku selama ini pun aku hanya fikirkan akan rakan-rakan sehingga satu masa aku perlu mengatakan tidak, kerana bukan semua faktor akan difahami rakan yang memerhati dari luar , banyak lagi faktor teknikal yang tidak akan diulas disini.



Sememang Faktor utama sudah pasti rakan rakan memaahaminya, dan saya serahkan ia menjadi teka teki bagi mengasah fikiran atau paling tidak sebagai senaman minda.



Tidak ini mengkhianati amanat DSAI, bagi ku apa yang dikaitkan dengan politik aku perlu pertimbangkan, dan aku bukanlah selayaknya, maka nanti aku tidak layak untuk yang lain juga, tidak begitu? dan sememang selepas ini rakan rakan akan mengecam dengan pelbagai andaian, biarlah kalau sebelum ini aku boleh menelan cercaan UMNO/BN kenapa tidak pula rakan rakan, dan aku sedia memaafkan kerana mereka tidak memahami dan bukan salah mereka.



Dan aku pohon maaf dari rakan-rakan, halalkan bantuan dan sokonganmu selama ini, aku mohon maaf akan pengunduran ini, aku mohon maaf berkali kali, buat Sdr Yahya, Bahrin, Amran, Sufari, Suhaimi, Ali Bon, Ali, Bob, Din, Mus, Zack,Faisal,Arshad, Pak Kudus, Ameng, Hj Ibrahim, Latif, Amkah, Zainal, Aznizam dll yang bukan aku lupa tapi tidak dapat ditulis kerana terlalu panjang, dan janganlah pinggirkan insan ini, mana tahu satu hari aku "merangkak" atau "melutut" mencari apa yang dipanggil rakan, izinkan aku atas dasar rakan, bukan lagi politik. Aku pohon. Izinkan aku menjadi rakan bukan kerana politik kerana aku yakin anda adalah rakan yang terbaik.



Jadi tiada tugasan yang akan saya laksanakan sepanjang tempoh keputusan ini, melainkan, saya sebut melainkan yang akan sendiri memahami.



Sebenarnya aku ada hanya ada satu yang aku pendam dan harapkan, Perubahan!.--



'RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA'

Isnin, 18 Ogos 2008

TERIMA KASIH EZAM!!

Dalam setiap ceramah Ezam sejak dinobatkan selaku ahli UMNO mutakhir ini, tampak menyakinkan rakyat untuk terus menjulang PAKATAN RAKYAT ke putrajaya sekaligus menghantar UMNO-BN ke "Penjara".

Keyakinan ini disebabkan dakwaan ezam yang bersungguh mengatakan bahawasanya beliau "Pernah nampak! fail yang mengandungi bukti kekotoran UMNO yakni rasuah para pemimpin duat tersebut, tersimpan rapi dan sedia untuk didedahkan oleh Anwar."

Ini bermakna Anwar tidak omong kosong selama ini. Pastinya berita ini amat menggusarkan sang penguasa, justeru mereka menggelijat bilamana terbayang Anwar Ibrahim dimasyurkan menjadi PM, dan mereka akan diiring ke PENJARA! Lantas direncana pelbagai perencanaan demi mengagalkan Anwar.

Apapun amat wajar diberikan ucapan terima kasih pada Ezam, sungguhpun Ezam sudah melutut kepada UMNO. Namun masih berani nyatakan kebenaran tentang kerakusan penguasa memunggah khazanah Negara demi kepentingan perut dan tengkuk mereka.

Marilah kita panjatkan doa kepada ilahi agar beri kemenangan pada Anwar. Kiranya Anwar dinobatkan selaku PM ke-6, maka 6 kotak tersebut sudah boleh dibuka.Ini janji Ezam yang bukan saja pernah nampak tapi pernah memikul kotak-kotak tersebut.


Ahad, 17 Ogos 2008

SUMPAH SAIFUL: ANWAR dijulang!

Menyertai perarakkan penamaan calon,bukanlah asing bagi aku. Ianya telah menjadi kebiasaan aku bila tiba musim Pilhanraya samada kecil atau umum.Pernyertaan kali ini merupakan sejarah bagi aku, kerana ianya melibatkan seorang tokoh yang menjadi antara 100 orang paling berpengaruh dunia.Tambahan lagi pilihanraya kecil ini merupakan pertarungan akhir bagi tokoh tersebut.

Lautan manusia memenuhi pusat penamaan calon dengan mengibarkan bendera keADILan sejak jam 6 pagi lagi, menyebabkan aku berasa terpegun. Semua jalan terpaksa ditutup bagi memberi ruang orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing, hingga lebuhraya juga menjadi tempat meletakkan kenderaan. Polis P.Pinang harus diberi pujian kerana cukup toleransi melayan kerenah peserta yang adakalanya melampaui batas.

Laungan REFORMASI memecah kedamaian pagi di Permatang Pauh sebaik Anwar diumum antara calon pilhanraya kecil tersebut. Umpama laungan wajib,MONGOLIA! bergema sebaik Najib muncul dipentas penamaan calon.

Uniknya, lautan manusia yang mencecah ratusan ribu ini hadhir sebaik Saifuk melafazkan sumpahnya di masjid negara. Rata-rata peserta memandang sinis malah ianya menjadi pembakar semangat juang mereka bagi mengharungi Pilhanraya Kecil tersebut. Aku berasa saiful membantu Anwar merealisasikan Harapan Baru Untuk Malaysia dengan sumpah dangkalnya itu,Benarlah apa yang Dato Seri Anwar ucapkan pada aku tatkala aku lahirkan kebimbangan taktik UMNO yang akan menggunakan isu Saiful semaksimum mungkin,"Orang permatang Pauh dah MANGLI dengan politik najis yang dimainkan UMNO". Lepas ni aku cadangkan pihak lawan boleh menggunakan petikan upacara sumpah tersebut secara berulang di RTM dan TV3 bagi membakar semangat rakyat untuk membenamkan UMNO-BN.

"UMNO-BN salah orang, lagi tekan lagi LAWAN!"

LAWAN TETAP LAWAN!

Isnin, 11 Ogos 2008

khabarkan pada mereka keindahan islam!!


Mari kita anjurkan satu forum Negara berkebajikan mengikut sudut islam. Kita jemput semua NGO,badan politik serta orang ramai hadhir mendengar apa itu keADILan yang dimaksudkan dalam Islam.

kita beritahu mereka konsep negara islam yang Nabi S.A.W. tubuhkan diMakkah dan Madinah. Apa jaminan Nabi pada orang bukan islam ketika itu, dan bagaimana sistem perundangan islam yang Nabi laksanakan mengikut Al Quran.

Aku percaya kesemua permasalahan atau isu-isu yang terbuku dibenak orang bukan islam sudah tersedia jawapannya.Dan inshaAllah, mereka akan menerima islam dengan tangan terbuka. Apa yang berlaku sekarang, adalah merupakan hasil dari pemerintahan UMNO-BN yang mengamalkan sistem pecah perintah ajaran penjajah. kita diblokkan mengikut kaum, lebih teruk lagi para ulama diblokkan disatu daerah yang hanya menjaga serta mengawal hal-hal berkaitan puasa,sembahyang dan zikir. Hal pentadbiran pula dijalankan oleh satu puak yang digelar kononnya profesional.

Inilah yang dipanggil sekular,sistem pemerintahan negara tidak merujuk mana-mana kitab ugamapun,baik islam,Budha ataupun Kristian. Sistem dijalankan menggunakan akal manusia,setiap perkara hanya dipandang melalui logik sahaja.

Sengaja dipecah perintahkan atau diblokkan kita semua agar kita tidak bersatu dan mengetahui kebenaran lantas mencabar kekuasaan mereka. Dengan cara ini kita akan terus saling curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mari kita pecah blok-blok yang menjadi batu penghalang kepada penyatuan kita. Islam sentiasa mengamalkan budaya berwacana mencari kebenaran, islam itu sungguh toleransi dan indah.justeru memperkenalkan keindahan islam serta menjawab setiap persoalan dengan hati yang dingin merupakan satu cabang jihad.

Bersama kita membina dan menegak syiar islam.

Allahhuakbar!

Ahad, 10 Ogos 2008

PPAUH: pertembungan klasik...

Pertembungan klasik yang dinanti oleh semua, antara Anwar dan Najib. Mutakhir ini nama kedua tokoh ini sering menjadi tajuk bualan rakyat tak kira dimana sahaja, samada kedai kopi, kedai runcit hingga ke belakang rumah tatkala che kiah dan che jah menjemur kain.

Kedua mereka pernah menjadi sahabat dan rakan sekerja diakhir era emas Pemuda UMNO hujung tahun 80an. Anwar merupakan Ketua Pemuda dan Najib timbalannya, Era ini menyaksikan suara Pemuda UMNO bergema laksana suara keramat! Pemuda UMNO digeruni dek kerana kelantangannya membela hak Melayu, walaupun Anwar tidak pernah waima sekalipun mencabut "Keris".

Tahun ini nampak perubahan, kalau dulu mereka bekerja ( Sebenarnya harap Anwar je yang lantang, kalau nak harap Najib alamat lingkuplah Pemuda UMNO tu) bersama, kini mereka bertembung! Pertembungan antara rakyat dan bangsawan, Anwar nerasal dari keturunan rakyat kebanyakkan manakala Najib berdarah Bangsawan. Uniknya pertarungan ini melibatkan Anwar secara langsung dan Najib hanya bertindak selaku jeneral perang buat UMNO.

Bertambah sengit pertarungan ini bilamana ianya merupakan yang terakhir buat kedua tokoh ini. Keduanya berada hampir dengan Impian, Anwar sedari dulu sentiasa menggalas harapan rakyat dalam perjuangannya, oleh yang demikian beliau tersungkur diterajang penguasa ZALIM.Najib merupakan tokoh yang cukup berhati-hati membuat percaturan karier politiknya, dek kerana mempunyai sang ayah berjiwa rakyat- Najib hanya perlu memakai gelaran sang ayah demi merealisasikan impian bergelar orang nombor 1.(mudahnyeee..)

Kini nasib mereka bakal ditentukan oleh rakyat Permatang Pauh, Samada mahukan pemimpin berdarah rakyat atau Bangsawan menjadi orang yang ke Putrajaya.Samada mahukan keADILan tertegak dibumi Malaysia atau dasar menindas penguasa gila terus mencengkam rakyat!

Jumaat, 8 Ogos 2008

SUSAHNYA ANWAR IBRAHIM

Dilahirkan pada 10 ogos 1948 disebuah perkampungan yang digelar cherok to'kun, Anwar Ibrahim memulakan kehidupan susahnya. Semangat memberontak yang mahukan pembaharuan melalui perubahan, menjadi sifatnya sejak belasan tahun lagi.



Anwar mula mencari susah dengan membuat pembelaan terhadap rakyat Baling di tahun 1974, Walhasil beliau merengkok dalam tahanan I.S.A. hampir 2 tahun. Anwar seolah tidak serik, maka digerakkan satu gagasan anak muda yang memakai gelaran "ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA atau ABIM, bagi terus memacu gerakkannya menentang keZALIMan.



Tindakkan Anwar cukup menyesakkan sang pemerintah, lantas diberi tawaran menyertai kerajaan. Tujuannya untuk menutup mulutnya dari terus mengkritik kerajaan. Anwar kemudiannya diletakkan dalam "sangkar emas" serta dikelilingi pegawai khas untuk memantau pergerakkannya. Dia dilimpahkan dengan kemewahan, tapi Anwar tetap AN-WAR. Prinsip membela nasib rakyat cukup teguh dalam hatinya, maka sewaktu Mahathir bercuti, Anwar telah membentangkan satu "akta pencegahan rasuah" diParlimen. Akibatnya Anwar terpelanting dari kerusi mewahnya, Bagi menambah keperitan Anwar, sang penguasa melemparkan tuduhan yang cukup aib- agar kehidupannya terus terseksa


Penguasa mula hilang akal tatkala melihat dokongan rakyat terhadap Anwar, lantas Anwar dihenyak, dipukul dan dihumban kepenjara selama 6 tahun. Anwar bisa menjadi Perdana Menteri dengan hanya melafazkan "na'am Amin" setiap perintah dan kata-kata sang penguasa, namun perangai melawan arus membuatkan hidupnya SUSAH.



Sememangnya dilhat pada zahir, Anwar orang yang senang. Punya mobil dan rumah besar (itupun setelah berhempas pulas mencari rezeki ditempat orang) Namun Anwar tetap orang susah. Kini disaat usia 61 tahun yang sepatutnya menghabiskan masa dengan cucu, Anwar masih bergelut kepayahan. Impiannya mahu melahirkan Malaysia sebuah negara maju melalui konsep keADILan pada yang haq masih meluap. Impiannya melahirkan anak bangsanya menjadi tokoh cerdik pandai yang terkenal seantero dunia masih membara.



Dengan tekanan maha hebat ini, Mampukah Anwar?

Rabu, 6 Ogos 2008

saat PENGUASA mula terdesak....

Kalau disingkap kesemua sejarah empayar zalim didunia, saat kejatuhan mereka sering disulam dengan peristiwa zalim! Namrud sanggup membuat kawah api yang besar semata-mata mahu membakar Ibrahim, Firaun pula sanggup mengejar dengan gerombolan tentera yang besar demi membunuh Semua pengikut berserta Musa yang tidak bersenjata. Mereka seolah hilang akal bilamana kekuasaan mereka tergugat.



UMNO merupakan parti tertua diMalaysia, berusia 62 tahun sejak dari awal kelahirannya pada 11 mei 1946. Mendapat kuasa memerintah melalui "muzakarah" dengan British. 51 tahun merupakan tempoh berkuasanya UMNO dimuka bumi Malaysia tercinta ini.



Dalam tempoh itu telah melahirkan banyak jutawan segera Melayu hasil dari menjarah serta memunggah khazanah negara, mereka ini terdiri dari orang yang punya pertalian dengan tokoh pimpinan UMNO. Tokoh pemimpin UMNO juga tidak kurang hebatnya, mereka bergaya dengan kereta besar serta disaluti pelbagai lambang kemewahan disaat rakyat bergelut dengan kepayahan.Rasuah seolah tidak dapat dipisahkan dengan UMNO, menjadi satu kerugian tatkala masuk UMNO tidak kaya.



Justeru banyak kepincangan yang dilakukan UMNO terhadap negara, kesemua sistem diperkuda semahunya bagi memuaskan nafsu serakahnya. Setelah diulit dengan kesenangan, UMNO tidak mungkin dapat menerima saat kejatuhannya.



Lantas mereka akan guna segala bentuk perencanaan jahat demi mempertahankan kekuasaannya, walaupun terkadang perencanaan itu jelas diluar kewarasan fikiran. Akan dikerah semua jentera yang ada untuk menghancurkan pihak yang menggugat mimpi indah mereka.



Bagi aku "tidak akan ada keADILan kiranya tidak melalui tempoh KEZALIMAN!' setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, Jenis pengorbanan itu bergantung pada kekuatan sesuatu kejayaan.

Isnin, 4 Ogos 2008

PERMATANG PAUH: ezam takut jumpa ANWAR


Benarkah Ezam nak Lawan Anwar di Permatang Pauh? Kalau soalan ini diajukan pada aku, jawapan ikhlas aku ialah:-TIDAK!!. Sebenarnya Ezam terpaksa memukul canang kesana-sini kononnya sangup berdepan dengan mentornya itu, dek kerana mahu mengelak dari dipilih menjadi calon UMNO-BN.

Ezam juga tahu bahawa seluruh pengundi Permatang Pauh sedang menantinya untuk dimandikan. Maka Ezam terpaksa mencari jalan keluar yang selamat .Menyedari kemasukkannya masih diragui oleh ramai pimpinan tertinggi malah bahagian dan cawangan UMNO-BN,Lalu Ezam sengaja memekik menyatakan kononnya bersedia untuk BERTANDING menentang mentornya itu.

Dengan cara ini sudah tentu pimpinan UMNO akan menolak permintaan Ezam , kerana takut kekalahan besar Ezam membawa keruntuhan moral kepimpinan UMNO-BN. Akibatnya Anwar akan disanjung serta moral penyokongnya untuk membenamkan UMNO-BN bertambah kuat.

Ezam juga mahu menjaga reputasinya selaku pemain politik popular, Kiranya Ezam tidak dipilih menentang gergasi rakyat itu,kredit politiknya akan naik mendadak.

Dengan rengekkan pimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh yang mahukan calon tempatan, membuatkan Ezam menarik nafas lega. Taktik putar alamnya berjaya lagi, taktik ini samalah dengan peristiwa 6 kotak, dulu kata ada! sekarang kata pernah nampak dalam simpanan Anwar Ibrahim. alahai...

Ahad, 3 Ogos 2008

EZAM SAYANG ANWAR

Sedang aku menghirup air teh tarik bersama seorang teman sambil menikmati suasana petang, telifon bimbit aku menjerit minta dijawab. Lantas aku capai dan menekan punat hijau bagi menjawab pangilan tersebut.

"jom pegi ceramah Ezam kat kundang malam ni nak?" kata suara itu. Perasaan aneh mula terdetik dihatiku,kerana yang empunya suara itu merupakan Ustaz PAS yang cukup terkenal dengan kelantangannya dalam menentang UMNO-BN. Mana mungkin boleh berubah nada,adakah Ustaz juga antara pengkagum Ezam? persoalan mula timbul dalam benak fikiranku.

Aku ajukan soalan mencari kepastian,"anta betul ke tidak ni?" Jawab Ustaz "laa takan ana g dengarpun salah? kita harus dengar apa yang mat Ezam nak mengarut malam ni. okay. ana ambil anta lepas isya."

Aku terus bersetuju untuk menghadiri program retorik tajaan UMNO itu. Kerana ingin melihat samada Ezam sudah berubah nada daripada ANWAR kepada Pak LAH.

Seperti yang dijanjikan aku tiba ditempat ceramah, kulihat berpuluh ribu [ tak caya tanya utusan meloya] hadir mendengar ceramah Ezam.Dicelah keramaian itu, aku terdengar bisikan dari kalangan hadirin;-"agaknya apa jenis sumpah yang Ezam nak sebut malam ni ye?".

Hancur punah perasaan aku tatkala Ezam mula berceramah, yang kuharap suara Ezam bertukar menjadi Pak LAH atau setidaknya Najib [paling komanpun] tak kesampaian. Ezam masih mengekalkan momentumnya selaku peniru, tercungap terkadang tersembur Ezam mendeklamasikan suara dan cara sifunya ANWAR IBRAHIM. terjengket-jengket kakinya menggayakan cara sifunya itu berpidato.

Isu yang dibawa Ezam ibarat menangguk diperigi buta, atau lebih mudah ketandusan idea. Ezam hanya mampu mengulangi ulasan warta berita RTM dan tv3 dalam ceramahnya.Sedang orang ramai yang berada luar dari perkarangan tapak ceramah [mereka geli duk dalam, sebab tempat UMNO] mula mengajuk dengan disambut ketawa yang berdekah-dekah bilamana Ezam mula memuji Pak LAH dan Najib selaku orang yang cerdik dan "bersih".[bukankah Ezam cakap diorang berduani BAPAK PENYAMUN? oh! itu dulu]

Ezam bertempik sambil menjengketkan kakinya yang sedia pendek itu, mengatakan bahawa dirinya tidak hairan dengan Angkatan Muda keADILan, Baginya mereka angkatan tempang! malah Ezam menggelarkan Angkatan Muda keADILan sebagai cicak mengkarung.[haii...biarlah kami jadi cicak mengkarung,daripada jadi sesumpah yang gemar menyalin kulit].Ezam mendabik dada mengatakan bahawa beliaulah orang dibarisan depan bilamana FRU menghayunkan belantannya[FRU tu kan tunggangan UMNO-BN?] malah beliau dihumban kepenjara kerana mendedahkan 6 kotak fail rasuah UMNO-BN![abistu pasai apa hang duk ngan UMNO?].

Ezam tidak mahu dikatakan kuno,oleh yang demikian beliau juga mengambil kesempatan mengulas isu liwat, Ezam cuba memberikan keraguan dalam kes ini. sambil berulang kali mengatakan tidak menyebelahi Saiful,Ezam berhujah dengan kedangkalannya sambil memenangkan Saiful [relevanke?]

Paling menarik dalam setiap ceramah Ezam bila tiba acara bersumpah! bersumpah sudah menjadi "trade mark" Ezam. Ezam mengugut kiranya keluar dari mulut Wan Azizah atau Anwar yang mengatakan beliau terlibat dengan konspirasi ini, maka Ezam akan BERSUMPAH dengan cara islam seislamnya [ooo selame ni cara kristianke Ezam bersumpah,takpun cara budha]

Selesai acara ceramah komedi ini, seperti biasa Ezam dihadiahkan cenderamata oleh juak-juak UMNO yang pernah ezam menyumpah dulu. Mungkin hadiah ini sebagai azimat kekuatan buat Ezam agar meneruskan perjuangan sumpah-seranahnya yang entah bila akan selesai.[bila jadi senator kot]

Kesimpulan yang aku dapat malam ini,Ezam masih sayang Anwar. kalau tidak masakan Ezam terus menerus meniru segala ayat malah suara Mentornya itu.Aku yakin dan percaya Anwar juga sependapat dengan ku, bahawasanya Ezam sedang cari makan biarkanlah...

Sabtu, 2 Ogos 2008

ANWAR: memburu impian

Sekali lagi rakyat Permatang Pauh berdepan dengan peperangan, Pertarungan diantara anak kelahiran permatang pauh dengan penguasa yang memukul dan menghumbannya kepenjara.

Tidak seperti PRU yang lepas, penglibatan Anwar kali ini ibarat "memburu impian", Impian yang hampir terlaksana 10 tahun lalu, tapi terbantut kerana arus konspirator begitu deras. Tidak ramai yang mengalami nasib sepertinya, dijatuhkan kemudian dilempar fitnah yang membawanya terhumban kepenjara selama 6 tahun, namun masih punya peluang kedua untuk menggapai impian ke PutraJaya.

Pastinya pihak penguasa tidak akan memberi laluan mudah buat Anwar. Medan tempur ini tentunya disulam dengan serangan peribadi untuk meruntuhkan moral penyokongnya.Penguasa akan bertindak semaksimum mungkin agar majority kemenangan Anwar tipis, ianya akan digunakan sebagai modal untuk merendah-rendahkan kredibilit Anwar dimata rakyat dan dunia.

Bagi aku, ini merupakan pusingan akhir buat ANWAR dan UMNO-BN. Kiranya Anwar menang dengan majority tinggi bermakna misi memburu impiannya berjaya, manakala UMNO-BN terpaksa bungkus dan tutup kedai, begitu juga sebaliknya.

Ayuh rakyat Malaysia! kita berdepan dengan peristiwa yang bakal menjadi sejarah Negara.Mari kita berdoa kehadhrat ilahi agar permudahkan perjalanan menuju kemenangan sekaligus "harapan baru untuk Malaysia" menjadi kenyataan.

"Gendang sudah dipalu tanda perang sudah BERMULA!!!"