Isnin, 29 Jun 2009

TUAN-TUAN MELAYU UMNO........



Bila sebut soal perpaduan...media penguasa akan berhempas pulas menjelmakan UMNO selaku pihak yang paling ikhlas.Bila bicara soal perpecahan....media itu jugalah beria mempamerkan bahawa pihak pembangkang merupakan puncanya.
Hahaha....,Malaysia juga seperti negara yang lain sudahpun melepasi alaf baru,namun cara penguasa memainkan rentak politiknya tetap sama. UMNO Dulu Kini dan SELAMANYA akan memainkan isu hak dan ketuanan melayunya.Ia sesuai dengan perjuangan Parti tua itu yang secara dasarnya tidak akan kompromi dengan sesiapa yang cuba melanggar garis yang ditetapkan.

Benarkah begitu? Mungkin generasi lama berpegang teguh dan melihat UMNO begitu berprinsip.....tetapi tidak pada anak muda generasi baru pada waktu ini. Generasi lama mudah dimomokan dengan pelbagai senario yang menakutkan, contohnya melayu akan kehilangan hak istemewa, tanah melayu akan dirampas, raja akan dipersenda dan bermacam lagi bentuk propaganda lainnya. Memandangkan mereka begitu trauma dengan pelbagai peristiwa serta masih terikut dengan cara fikiran yang diterapkan oleh penjajah, sudah tentu mereka menelan begitu sahaja maklumat tersebut. Apatahlagi mereka langsung tidak mengenali komputer! hmmm...sudah tentu dunia IT begitu asing buat mereka.

Berbeda dengan generasi baru, mereka sudah punya akses kepada maklumat. Malah sejarah negara yang selama ini ditulis melalui mitos dan propaganda...telah berjaya dikesan FAKTA DAN KRONOLOGI oleh generasi baru tersebut. Makanya sudah tentu taktik provokasi sudah tidak lagi relevan untuk digunakan keatas generasi baru ini. Kebanyakan anak muda ini, melihat dan merasai keperitan bertuankan melayu UMNO. Mereka sukar melupakan bagaimana rumah yang menjadi tempat teduh sekeluarga, diranapkan hanya dengan slogan "setinggan sifar!".

Anak muda juga melihat dengan jelek, sikap tawadhu sipenguasa yang sepatutnya mewakili rakyat...tetapi lebih senang membela nasib para pemaju syarikat atau taikoon besar! Siapa yang memberi undi pada mereka? itu pertanyaan yang mula timbul dibenak fikiran anak muda.Mereka tidak tahan lagi melihat perangai angkuh siwakil rakyat yang berkereta besar...kehulu hilir melancar projek sambil towkey-towkey tersenyum bangga dibela siwakil rakyat tadi. Manakala rakyat terpaksa mengemis memohon bantuan walaupun mereka sedari itu adalah HAK MEREKA! alahai....golongan marhean sememangnya tidak punya pilihan.

Tekad mahu membina suasana baru, anak muda seluruhnya memilih untuk tidak lagi bertuankan melayu UMNO!!! Akibatnya penguasa mula tersentak! lantaran itu dicanang akan keperluan menyokong kembali gerombolan UMNO! Gambaran hak melayu bakal hilang diratib saban hari agar orang melayu terutamanya akan mula kesal dan bimbang.Hahaha....Malang sungguh sipenguasa....Rakyat kini sudah tahu kemana hilangnya rezab melayu! orang melayu juga sudah tahu siapa yang punya angkara sehingga ekonomi orang melayu kekal diparas terendah.Semuanya hilang dibawah kekuasaan UMNO selama 51 tahun!
Raja-raja melayu diaibkan oleh penguasa-penguasa melayu UMNO! HAK KEKEBALAN yang dipertahankan oleh orang melayu sedikit masa lalu, agar jangan disentuh oleh British sang penjajah...diragut terus oleh penguasa melayu UMNO! Perpecahan yang kononya dilakukan oleh pihak pembangkang jelas suatu omongan kosong semata. Hakikatnya, UMNO yang cuba memecahkan perpaduan rakyat! negeri-negeri dibawah tadbir pihak pembangkang disekat dengan pelbagai alasan... UMNO juga mewujudkan Ketua Kampung (JKKKP)mereka sendiri yang sekaligus menimbulkan kekeliruan dikalangan penduduk Kampung.

JKKKP hanya berperanan menjadi alat propaganda UMNO semata - mata, Dana mereka disalur terus melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kementerian ini memperolehi dana melalui bajet yang dibentangkan,Bajet pula diambil melalui kantung perbendaharaan yang diisi melalui pembayaran cukai oleh semua rakyat Malaysia...tidak kira samada individu tersebut UMNO atau pembangkang.
Demikian secebis kisah sang penguasa melayu UMNO,banyak lagi jika mahu dirungkai.Tetapi UMNO tetap UMNO......KEBIMBANGAN MELIHAT KEKUASAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS, CUKUP MENGGUSARKAN MEREKA..

DEBAT: umNO CUAK!!!

CUAK! itu perumpamaan yang tepat kepada UMNO tatkala menilai cara mereka menjawab pelawaan DEBAT dari Tuan Guru Nik Aziz. UMNO begitu dangkal menggunakan alasan kununnya mahu mengelak perpecahan umat melayu jika hasrat itu diteruskan. Persoalannya ialah, siapa yang memulakan serangan? UMNO punya akses kepada Media, melaluinya serangan demi serangan dilakukan terhadap parti pembangkang. Malah adakalanya kelihatan agak melampau tuduhan yang dilemparkan.

UMNO sememangnya bacul dengan mengamalkan taktik menyerang parti pembangkang tanpa beri ruang pada mereka untuk menjawab selama ini. Mereka seolah bangga memukul orang dengan cara mengikat kaki dan tangannya.Tetapi mereka sekalipun tidak akan berani beradu secara terbuka, itulah UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA....

Nah! sekarang merupakan medan terbaik! tidak timbul soal perpecahan, sebaliknya ia mampu membantu rakyat dalam mencari kebenaran diantara dua pihak ini.Melalui pentas debat inilah rakyat akan dapat menilai tentang siapa yang lebih jujur dalam membela nasib mereka.

Oleh yang demikian, UMNO harus menggunakan peluang ini untuk kembali membaiki imejnya yang semakin buruk! Usahla berdolak dalik,tunjukkanlah keberanian untuk menghadapi kenyataan....atau sememangnya UMNO cuak untuk berdepan dengan kebenaran!

Rabu, 24 Jun 2009

Surat sukma kepada Anwar

Assalamualaikum wr.wbh.

Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sihat. Saya Alhamdulillah, sehat. Hanya pemikiran saya saja yang kurang sehat, kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yang paling menyedihkan ialah saya dipaksa untuk mengaku dan menandatangani dokumen2 yang kononnya saya ada hubongan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta Ismail dll. yang saya tidak pernah mengenalinya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon berjuta2 ampun dan maaf karena telah memburukkan nama Abang Anwar yg mana Abang sendiri tidak pernah melakukannya. Saya harap Abang dapat mengerti kerana saya terpaksa dan dipaksa.
Bang Anwar…..maafkan saya?!

Dihari penangkapan saya saya berada di restoran di Lot 10 dg Kak Mala. Betapa malunya, saya digari tangan dihadapan beratus2 orang dimana saya tidakpun membuat sebarang kesalahan. Selepas itu saya dibawa ke rumah saya di Tivoli dan mereka menggeledah rumah saya dan memecahkan pintu kamar saya. Tak taulah apa yg mereka cari dan telahpun terbukti saya tidakpun mempunyai atau menyimpan apa-apa barang yang salah disisi undang2. Akhirnya mereka mengambil passport, & diary (kosong/hanya alamat) dan album2 lama saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit Aman ke tingkat 11 pejabat Tuan Musa dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi borang penahanan saya, tetapi mereka tidak tahu penahanan saya atas sebab apa. Sebab mereka saling bertanyakan sesama mereka saya ditahan atas sebab apa?! & setengah jam mereka fikir2, akhirnya mereka menulis penahanan saya atas sebab tertentu. Yang mana sampai sekarang puas saya tak tahu. Mereka hanya memberitahu untuk penyiasatan. Begitu juga dgn mahkamah. Beliau tidak memberi tahu sebab penahanan saya. Saya hanya diberitahu ditahan di bawah Akta 177 sahaja.

Di mana ini berlaku dikeesokan harinya dan saya tahu benar mereka mengenali sesama-satu dg rapat (orang mahkamah & Rodwan). Di sini saya rasakan penahanan saya ini sebenarnya ialah "penculikan". Dihari ke 3 saya dibawa kesebuah bilik di tingkat 3, di sini saya ditelanjangi (naked) dgn keadaan aircon. yang sangat2 dingin dan saya disoal siasat dgn cara yg sangat kasar. Dicaci, dihina, dipukul, ditelanjangi, digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga dg cermin mata saya dilempar dan diketuk2 ke meja dan lantai. Nasib baik tidak pecah (plastik). Saya tidak dapat berkata apa2 karena hanya tuhan saja yg tahu betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran saya pd. ketika itu. Saya kembali ke lokap (sel). Di lokap polis2 bertanyakan samada saya dipukul atau tidak, tapi saya kata tidak, padahal betapa sakitnya badan saya ketika itu. Saya takut menceritakan keadaan sebenar (dipukul) kpd polis di lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi. Asma saya pun kambuh lagi dg teruk, kerana pd waktu itu saya hanya memakai seluar dalam saja dg keadaan yang dingin dan lembab di sel (lokap).

Keesokan harinya saya ditemukan dgn seorang doktor forensik untuk pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi saya ditelanjangi (naked) di hadapan pegawai dan difoto. Mereka mengambil darah saya (tiga botol), rambut saya dan rambut ketiak & kemaluan, tapi yg paling menyedihkan mereka menyuruh dokter TSB untuk memasukkan tangannya (3 jari) ke dalam dubur saya. Ya…Allah, sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik siasat lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk bercerita mengenai hubungan saya dgn Bang Anwar. Padahal saya telah jelaskan dg sebenarnya bahwa Bang Anwar bukan sekadar Abang Angkat tapi sebagai ayah saya sendiri. Tetapi semakin saya bercerita benar, mereka semakin ganas terhadap saya, dgn memberitahu saya akan ditahan di bawa Akta ISA mereka boleh simpan peluru dirumah atau dikereta saya ataupun mereka boleh membeli 1 peluru untuk menembak saya. (Katanya, peluru murah aje…45 cent). Ataupun saya bercerita kpd mereka dan akan dibebaskan minggu depan. Dari sinilah bermulanya reka2an cerita saya. Semakin saya reka semakin bahagialah mereka. Saya katakan saya ada hubungan dengan Abang sejak mula saya datang ke K.L. sehinggalah ke bulan April yg lalu. Mereka sangat sibuk menulis cerita rekaan saya seolah-olah mereka sedang menyiapkan novel. Dari mula inilah saya dibukakan gari tangan, dibenarkan memakai baju, diberi makan & minum yg enak dan rokok, dengan satu "harapan" saya, saya akan dibebaskan minggu depan.

Setelah seminggu berlalu, mereka masih tetap tidak membebaskan saya dg alasan kerja2 belum siap. Rupa2nya mereka masih belum puas dg cerita rekaan saya itu. Disinilah saya disangkut pautkan dengan nama2 seperti Azizan dan Ismail dan banyak lagi nama2 termasuk semua staff saya baik lelaki maupun perempuan. (Mereka ini benar2 gila!) dan arwah Tan Sri Yahya (sedih saya dibuatnya) tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk bercerita mengenai Azizan dan Ismail. Bermulalah cerita rekaan saya lagi sampai mereka pun naik birahi. Dan mereka, terutamanya Rodwan berpuluh-puluh kali agar saya bercerita soal Azizan dg secara terperinci, seolah-olah kita buat bertiga. Setiap kali mereka menyiapkan novelnya, saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan saya dan jangan "charge" saya di mahkamah. Mereka hanya jawab, besok…besok…dan besok! Dan mereka bersumpah tidak akan "charge" saya. Hanya dua hari lagi tahanan reman saya akan berakhir. Rodwan datang menemui saya di lokap dan memberitahu saya akan dibebaskan besok dg (satu) syarat saya hendaklah membuat confession (pengakuan) di hadapan Hakim dan harus dititikberatkan (detail) mengenai cerita hubungan bertiga dg Azizan (He said: Please….please….very very detail). Maka terhasillah pengakuan saya dihadapan Hakim (dimana mereka juga kawan rapat Rodwan & Musa, melalui telefon dan perjumpaan dihadapan saya).

Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu dan kejam, dihari2 terakhir (Sabtu) saya dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di court. Menurutnya, saya telah membuat kesalahan melakukan hubungan jenis dg you & Azizan. Di sini saya meminta kebenaran untuk tel. Family untuk panggil lawyer. Dia cakap "kamu sudah ada lawyer Ganesan, tapi saya tak benarkan karena Ganesan telah curi Ismail". Dia juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli Nordin yg dilantik oleh kakak kamu, tapi kalau gunakan Zulkifli saya akan charge kamu di Alta 377A & B (minimum 5 tahun dan sebat) tetapi kalau gunakan lawyer saya (Polis) awak akan dicharge 377D (minimum 1 hari penjara dan denda)". Dan dengan syarat saya harus mengaku salah, kalau tidak mereka akan tangkap lagi dan charge 377A kes dg Azizan. Dan kalau saya cakap2 atau meminta rayuan kepada lawyer2 sendiri atau lawyer2 Anwar saya akan dicharge lagi dgn 377B. Dari sebab inilah saya mengaku salah di mahkamah, di mana saya terus ditipu bukan 1 hari penjara tapi 6 bulan.

Dari sini saya sudah bertekad untuk melantik Karpal Singh (lawyer) sbg peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya tak berkesempatan untuk memberitahu sesiapa. Saya ada berjumpa Karpal Singh di Kajang (kes orang lain). Ingin rasanya berjumpa dgnnya dan terus melantiknya, tapi tak sempat sebab pegawai dari Bukit Aman datang untuk mengambil saya. (Karpal pun melihat pd. masa itu).

Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita baru, yaitu Meor, dimana beliau terpedaya seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana dia lebih lemah dari saya. Yang saya marah dengan Meor ialah dia membabitkan nama saya (dipaksa oleh Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi mereka dan dipaksa agar menceritakan keterbabitan saya. Dimana saya hanya mengenali beliau 5 tahun lalu sebagai tukang jahit dan memperkenalkan pada Kak Izah. Itu saja.

Hai….tak taulah kenapa mereka begitu kejam terhadap Bang Anwar.

Hmm…disinilah saya sekrang (sel no.8) tetapi saya sangat dimanja oleh tuan2 tingkat 11 kerana mereka masih memujuk untuk menandatangani report polis yg saya tidak melantik mana2 lawyer. Dan mereka mengharapkan saya sebagai saksi mereka dlm kes you tapi sampai sekarang saya tidak mau menanda tangani apa2 lagi form. Serik! Jadi saya dibawa jalan2 ke Melaka (shopping), Jasin makan ikan bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi. Gila! Saya dipaksa pakai topi supaya tidak dikenali. Minggu depan saya mau dibawa ke Trengganu atau Bandung-Ind. Untuk 3 hari cuti bersama mereka di kampung saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati saya.

Sampai disini sahaja. Banyak lagi cerita yg menyakitkan yg saya tak sempat ceritakan disini. Saya rindu family kita. Take care!

Sembah sujud penuh kemaafan,

Sukma

Isnin, 22 Jun 2009

UMNO TARIK DIRI MANEK URAI!


Nampaknya suasana media tunggangan penguasa agak sibuk kebelakangan ini, "Kerajaan Perpaduan" menjadi topik untuk dihangatkan. Tujuannya jelas, mahu memecahkan pakatan seperti mana terburainya hubungan UMNO-BN.



Aku yakin bahawa pimpinan PAS cukup berhikmah dan berjiwa besar dalam menangani isu tersebut.Pengalaman diterajang sedikit masa lalu pastinya menjadi panduan Tuan Guru Haji Hadi dikala ini. Ilham "Kerajaan Perpaduan" jika diperhalusi dan diperkemaskan ianya sudah tentu menarik, apatah lagi jika ia didebatkan melalui wacana mahupun seminar dikalangan para pimpinan dan ahli parti-parti Pakatan Rakyat terlebih dahulu.Pabila ianya sudah matang barulah dipersembahkan sebagai suatu model pemerintahan baru diMalaysia menggantikan UMNO-BN.



Usahlah dilayan picisan propaganda mainan media sipenguasa.UMNO-BN sepertimana yang kita semua sedia maklum sudahpun berada dalam kondisi gering, segala milik mereka kelihatan akan berakhir.Menjadi lumrah UMNO dulu kini dan selamanya,ketuanan melayu menjadi laungan bagi menyelamatkan kekuasaan yang kian terhakis.Lonjakan kebangkitan rakyat mac 08 cukup membuatkan koporat UMNO senak! lantaran itu ilham Tuan Guru harus dipermainkan agar orang melayu kembali menyokong parti tua itu.



Aku yakin dengan kebijaksanaan Tuan Guru Nik Aziz dan semangat serta berjiwa besar yang dimiliki Tuan Guru Haji Hadi akan dapat menangkis sekaligus menamatkan kemelut ciptaan UMNO ini. Semuga Doa Hishammudin Hussein Menteri UMNO dimakbulkan Allah SWT, PAS tidak akan berpecah! cuma perlu dibaiki sahaja dan bahtera akan kembali meluncur gagah selepas ini.



Seperkara lagi, kiranya UMNO benar-benar ikhlas untuk bersama merealisasikan "Kerajaan Perpaduan", amatlah molek jika mereka tidak turun bertanding diDUN Manek Urai. Ini bagi membolehkan PAS yang telahpun sebati dengan masyarakat diKelantan terus menjalankan pentadbirannya dengan penuh cemerlang.UMNO adalah lebih baik menumpukan kepada isu ekonomi yang kelihatan agak merudum mutakhir ini.




Jumaat, 19 Jun 2009

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin


Setelah menarik bantuan setiap sekolah agama rakyat bagi memenuhi agenda sulit iaitu menutup sekolah tersebut.Setelah melarang kesemua ceramah dan dialog berkaitan hukum islam, disamping memperlekehkan sistem perundangan agama suci ini.Setelah melancarkan suatu jenis pemahaman islam baru yang kelihatan banyak bercanggah iaitu "Hadhari".


Mereka juga berjaya merakyatkan perjudian dengan melancarkan berjenis-jenis Loteri,melambakkan kedai-kedai mesin slot serta memberi ruang kepada pembinaan pusat judi bertaraf antarabangsa dipuncak Genting. Arak bebas dijual oleh anak-anak islam tanpa mereka sedari melalui pekerjaan di seluruh rangkaian 7-eleven dan stesen minyak negara.


Pusat-pusat hiburan tumbuh dengan subur sehingga bersebelahan Masjid (Bangsar) pernah dianjur pesta buih! wow hebat sungguh islam ala Malaysia!


Maka hari ini, bagi merakamkan rasa begitu terharunya sipenguasa kepada rakyat 1 Malaysianya.....TPM dengan penuh tawadhu mengisytiharkan "UNDI BN BOLEH MASUK SYURGA!" sila rujuk kenyataan penuh dilidah rasmi UMNO-BN UTUSAN.


Pak Long:- Tuuuuuuu Diaaaaaaa


Rabu, 17 Jun 2009

PENGAKUAN PEGAWAI PENYIASAT.

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu.

Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. “Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

“Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.”Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.”Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya.

Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara HeightsBandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92./Sumber : TV Antara

Selasa, 16 Jun 2009

SUARA NIZAR SUARA RAKYAT!



Gema suara rakyat yang dipimpin Bukit Gantang buat pertama kalinya menggegarkan Dewan Rakyat. Suara yang seakan sama dengan laungan 98 itu menjadi sejarah baru politik Malaysia. Jika selama ini, Protes rakyat hanya dilakukan dijalanan....kini ianya berlaku didepan mata PM! 1malaysia bahkan dunia menyaksikan peristiwa besar tersebut.

Keberanian menuntut hak rakyat dikembalikan disuarakan oleh seorang yang tidak pernah kita kenal sebelum ini, beliau lahir ditengah kemelut dan krisis Perak. Nizar yang diangkat menjadi MB melalui kebangkitan rakyat yang menyaksikan PR menawan negeri Perak, telah mempamerkan sosok seorang pejuang rakyat! Sesungguhnya, yang paling berasa bangga adalah para pemilih dikawasan beliau. UMNO kembali gusar, kelahiran Nizar benar-benar menyakitkan mereka yang telah sedia parah akibat pukulan dalam Tsunami politik Mac lalu.


Nizar kini mula menjadi perhatian seluruh anak muda,gayanya yang bersahaja,sifat yang merendah diri serta tegas dalam mempertahankan prinsip cukup membuatkan golongan muda teruja. Makanya UMNO terpaksa menyerang keperibadian Nizar secepat mungkin supaya gelombang Nizar tidak menjadi seperti Anwar. Tuduhan yang mengatakan Nizar adalah boneka DAP dimainkan bagi menurunkan sokongan orang melayu terhadap pemimpin yang berjiwa islam ini. Allah Maha Besar! tuduhan dangkal itu dipandang enteng oleh rakyat, Nizar dianggap BONEKA RAKYAT!



Tuntutan untuk membubarkan DUN Perak adalah kerana mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak seluruhnya. Malangnya, UMNO gentar menghadapi kenyataan tersebut.Berhadapan dengan Rakyat menjadi suatu igauan ngeri buat UMNO, oleh itu...imej Nizar diserang semaksima mungkin!


Melihat peristiwa semalam, aku berasa bangga kerana sudah lahir seorang lagi pejuang, mungkin aku agak melampau jika aku katakan sudah ada pengganti Anwar Ibrahim! Tetapi.. aku benar - benar yakin Nizar adalah ikon baru pejuang rakyat! Ayuh kita bersamanya!

Jumaat, 12 Jun 2009

Menjadi Penguasa


Kerap dikatakan bahawa orang-orang yang memiliki kedudukan dalam lingkaran kekuasaan lebih memilih menjadi pengampu dan penyanjung daripada mengatakan kebenaran yang tidak menyenangkan.

Ini hanya berlaku terhadap para penguasa yang lemah,orang-orang yang tidak mampu memahami diri mereka sendiri, meninggalkan keperluan-keperluan yang menjadi sasaran mereka. Para penguasa yang baik, justru memerlukan orang-orang yang berani berbeda pendapat agar kondisi pemerintahannya seimbang dan terkawal.

Dan kebiasaanya, sikap sedemikian hanya ada pada penguasa yang bergelar pejuang,Tidak kepada penguasa politik...hmmm....barangkali telahan aku ini silap,tapi aku amat yakin dengannya waktu ini..

Isnin, 8 Jun 2009

MENGAPA TIDAK MAHU MUZAKARAH????




Mengapa baru sekarang? mengapa tidak dari awal? huh bingung jika cuba memikirkanya, dikala mereka diulit penghormatan....mereka mula memandang sinis rakan sendiri. Apa yang membuat mereka seolah hilang pertimbangan? Mengapa mereka begitu teruja mahu berunding dengan orang yang pernah "menendang" mereka? Bukankah ada lebih baik kiranya mereka memusatkan perhatian kepada memperkukuhkan pakatan? Muzakarah,Muqabalah atau apa saja....mengapa tidak diadakan dikalangan rakan pakatan yang telahpun menunjukkan sikap setiakawan dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini?


Arrgghhh... itu semua tidak perlu! Pakatan cukup melelahkan....ada sahaja yang mahu didebat tiap kali idea cuba dilontarkan.Berbeda dengan disebelah sana, mereka tampak lebih mudah menurut.....manakala layanan yang disajikan agak jauh lebih sempurna berbanding sebelum ini.Mereka tidak punya majoriti penuh untuk mentadbir....lantaran itu kita amat diperlukan bagi mengukuhkan kembali cengkaman mereka keatas negara. Kontrak-kontrak , saham-saham,konsesi balak dan tanah berhektar yang kesemuanya merupakan hak rakyat! telahpun dibidak dan diagihkan kepada para kroni mereka....malangnya..mereka telah terpukul dalam PRU-12 oleh rakyat! kesedaran yang membawa kepada kebangkitan seluruh rakyat ini adalah disebabkan ANWAR IBRAHIM!! Dialah menjadi punca kepadau nasib malang pimpinan ketuanan Gerombolan!!


Kegigihan dan ketekunan ANWAR telah menjadikan rakyat menolak GEROMBOLAN sekaligus menyelamatkan harta rakyat dari terus tergadai! Justeru sudah lama diulit kemewahan dan kesenangan, GEROMBOLAN sukar menerima hakikat bahawa sudah sampai masa empayar koloninya runtuh.Ini lumrah biasa bagi penguasa Zalim, kejatuhan empayar ZALIM semuanya kerana kebangkitan rakyat! itu adalah merupakan bala yang Allah janjikan kepada sipenguasa zalim. Nah! sebagai pelengkap ceritera empayar Zalim...sudah pastinya mereka akan cuba menongkat langit! Disinilah kita diperlukan oleh mereka. Kerusi kita sedikit? hanya sekitar 23 sahaja diParlimen? Hmmm....GEROMBOLAN hanya perlu sebanyak itulah untuk mengekalkan empayar koloninya.Bagaimana ANWAR?


Bukankah dia yang banyak mendorong rakyat agar berani berubah? bukankah ANWAR yang kehulu-kehilir sampai tidur dalam kereta,demi memastikan kita dapat berdiri megah pada hari ini? Tahukah kita,tatkala kita disambut selaku penguasa baru oleh rakyat! ANWAR masih ditekan oleh penguasa zalim? Disaat kita tidur berlandaikan tilam empuk,ANWAR masih lagi terpaksa lena diatas simen lokap? huh!! itu semua bukan masalah kita! Biar ANWAR hadap sendiri masalahnya! ia langsung tidak ada kena mengena dengan kita! Tapi bukankah kita pernah diterajang oleh penguasa zalim itu? setelah habis madu, maka sepah dibuang....lupakah kita?


Kitalah yang mengajar disemua madrasah tentang bahana bersikap asobiyah! kita jugalah yang menyeru kepada semua umat islam agar menjauhi sipenguasa ZALIM! Rakyat mengikut kerana menyetujui kita.....rakyat berhabis sekian banyak demi mengangkat apa yang kita sebut sebagai wadah islam! Sehingga apa yang ditakutkan oleh para GEROMBOLAN dimana kesemua rakyat tanpa mengira ras telah dengan berani dan bangga mengangkat panji kita! malah hari ini siapa sangka... kita sudah punya bangunan sendiri ditengah bandaraya KUALA LUMPUR! errr....seperkara lagi...selama ini, pernahkah kita dipukul dan disembur dengan bahan kimia? TIDAK! ini kerana kebijakkan kita.....kita hanya perlu menyeru dari surau-surau,madrasah dan lapangan ceramah....tak perlu kita turun sekali...jangan jadi bodoh seperti ANWAR!! Oleh kerana sanggup kehadapan, matanya lebam serta hampir mati dibelasah.Malah keberanian ANWAR itu hanya berhasil membawanya kerumah pasung selama 6 tahun.


Oh kalau begitu, apakah GEROMBOLAN akan beri kita tempat diSRI PERDANA? err...apakah GEROMBOLAN akan menyertai usrah kita? TIDAK? Jika begitu, apa untungnya pada kita? Seperkara lagi, jika dibubarkan kembali PARLIMEN, apakah GEROMBOLAN akan meletakkan kita ditempat yang menjadi tradisi mereka? apakah GEROMBOLAN akan bisa menambah kerusi kita agar sama banyak dengan mereka sekurang-kurangnya? Kalau GEROMBOLAN sanggup berbuat demikian..apakah rakyat sanggup lagi memberi undi kepada kita, setelah apa yang mereka impikan (membenamkan GEROMBOLAN) tidak berhasil?


Argghhhh...rumit untuk memikirkannya....apatah lagi jika terbayang perkataan setiakawan! ANWAR telahpun membayar segala hutangnya pada kita bilamana dia diterajang jatuh,dipukul,diaibkan dan dinafikan haknya. Itu mungkin sahaja kifarah yang terpaksa dilunaskan tatkala mengambil keputusan meninggalkan jemaah dulu. Siapa kita untuk menghukum sekaligus menambah deritanya lagi?




Hmmm...biarlah...sesungguhnya pimpinan kita lebih mengetahui....tetapi.....mengapa penasihat bertaraf Tuan Guru juga menghalang pimpinan dari meneruskan ini semua? Arggghhh....dia mungkin mendapat maklumat yang silap, selepas ini kta akan terangkan padanya dan pastinya dia akan akur dengan kita. Hahahaha....Mungkin kita terlupa.....Tuan Guru itulah yang menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri tatkala kita diterajang keluar apabila kita sudah tidak diperlukan lagi oleh gerombolan. Tuan guru itulah yang menjadi antara penyelamat dikala itu,dialah yang berusaha membaiki semula bahtera kita yang bocor agar tidak terus karam. Apakah itu yang menjadi trauma kepadanya? atau sahaja beliau memang sudah tahu jenis musibah yang akan melanda kita apabila meneruskan niat kita tadi? Hmmm.... itu juga satu kemungkinan...bukankah dia Tuan Guru! dan bukan sembarangan Tok Guru!

Isnin, 1 Jun 2009

UMNO DAPAT NEGERI TAPI HILANG RAKYAT!


Seperti yang diduga, PKR sekali lagi menang diPenanti. Kini tumpuan mula beralih ke Manek Urai selaku medan seterusnya. UMNO-BN sudah mengesahkan akan turut serta dalam gelanggang disana.Mustapha Pengerusi UMNO Kelantan sudah mula mengingatkan para penyokong PR agar tidak meremehkan kekuatan UMNO Kelantan. Sungguhpun ayat tersebut sudah kedengaran hampir 20 tahun lamanya....namun semangat rakyat Kelantan tetap utuh bersama PAS.



Sementara persiapan diatur diManek Urai....Perak masih dilanda gelita. Gelita demokrasi ini nampak bakal berpanjangan.Gesaan yang dibuat oleh Mustapha Mohammad sama angkuhnya dengan penguasa kudeta Perak.Bezanya Mustapha mahu bertanding manakala Zambry enggan.Kondisi UMNO-BN selaku pemerintah kudeta diPerak amatlah menjelekkan. Zambry mendabik sombong dengan kuasa rampasannya, pun begitu...tanpa Zambry UMNO-BN sedari....mereka hanya berupaya memperolehi Perak tetapi TIDAK RAKYATNYA!!!