Isnin, 20 April 2009

Tiada Apa diTerengganu...


Tiada apa yang akan berlaku di Terengganu! itu telahan aku tatkala melihat situasi kalut dinegeri minyak itu. Keputusan memulaukan dewan oleh sepuluh ADUN BN tempoh hari dan diikuti desakkan agar Ahmad Said meletakkan jawatan, bagi aku ia adalah suatu fenomena biasa.

Kumpulan tersebut kini dikatakan meningkat kepada 18 ADUN yang mahukan MB meletakkan jawatannya.Sudah tentu disebalik kumpulan ini ada "Tok Dalangnya"...persoalannya ialah siapa disebalik tabir cereka ini? Ada yang mengatakan ianya ialah Idris Jusoh iaitu bekas MB, Jika dilihat setiap bahagian UMNO Terengganu, ramai orang-orang Idris gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian masing-masing.Ini bermakna, peratus untuk mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 kelihatan agak kabur. Tambahan pula, Badan Perhubungan UMNO Negeri diterajui oleh Ahmad Said.

Oleh yang demikian, Sudah tentulah kumpulan ini terpaksa mengambil langkah drastik demi mempertahankan kepentingan politik mereka,Inilah yang aku maksudkan dengan fenomena biasa.Dipihak Ahmad Said pula, sememangnya tiada apa yang perlu dirunsingkan.Keputusan melantiknya kejawatan MB itu adalah kehendak Paduka Tuanku Sultan raja yang punya daulat. Justeru melihat ketegasan UMNO mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu serta menjadi kepantangan kepada sesiapa yang cuba menjadi penderhaka, Makanya Ahmad Said sudah boleh lena diatas kerusi empuk idaman ramai tersebut.

Diatas sebab itulah,aku yakin dan percaya bahawa tiada apa yang akan berlaku diTerengganu kelak. Malah mereka yang berharap kemungkinan akan terjadi suatu PRK tergempar juga boleh menyimpan angan-angan tersebut.Perkelahian sesama UMNO diTerengganu pasti akan diselesaikan oleh Presidennya yang luar biasa itu.



pak Long:- Ciiissss!!! Jangan kau coba nak menderhaka!

1 ulasan:

  1. Salam..
    Itulah yang hairannya...di Perak, bukan main lg PR di tuduh penderhaka sultan, tapi di Terengganu, mereka boleh plak tutup mata terhadap banner2 tu..yang kesalnya, istilah yg tertulis jelas di tujukan pada Yang Di Pertua Agong..tapi tak disensasikan sbg penderhaka sultan pulak.

    SHANA

    BalasPadam