Rabu, 2 September 2009

PERAK: Gayong seharusnya bersambut!

Lagi hal Perak....aku antara jutaan khalayak sedang menyaksikan isu di Negeri yang pernah sarat dengan timah ini. Adalah menjadi kemusykilan ramai apabila Zambry kelihatan begitu enggan memanggil sidang DUN berbanding Nizar.

Titah paduka seri Sultan Perak sewaktu pembukaan persidangan DUN bagi penggal ke-2 juga tidak dibahaskan.Mengapa? Apakah benar Zambry gentar untuk berdebat dengan pasukan Nizar yang kini digelar pembangkang oleh media tempatan?

Banyak perkara yang berlaku melibatkan perlembagaan, Oleh yang demikian ramai khalayak begitu teruja untuk menikmati hujah dari kedua belah pihak.Malangnya, kesemua hujah tersebut hanya berlaku didalam sidang media dan tidak disidang DUN.

Usahlah bermain sandiwara, kembalikan gemaan suara wakil-wakil rakyat disidang DUN Perak.Zambry begitu gah mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Perak yang baru, nah! kini beliau harus berani tampil untuk mengadakan persidangan DUN. Usah menyerang dan berselindung disebalik kenyataan media, sebaiknya berpencaklah dipentas yang sedia ada.Aku yakin Nizar tidak akan sesekali menolak pelawaan itu,Gayong seharusnya bersambut!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan