Khamis, 24 September 2009

KHAS untuk ahli politik yang punya dua idealogi


Menyingkap tabir perjuangan asal....Pakatan Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Barisan Alternative adalah sebuah gagasan perubahan. Bermula diera 98, pada saat itu perjuangannya agak kelihatan garang.Setiap minggu akan ada protes jalanan, kesemua protes ini kebanyakkannya disertai oleh rakyat bawahan. Kesedian mereka mengorbankan diri untuk dibedil gas pemedih mata dan air kimia adalah kerana mahukan keadilan, mereka juga mahukan pembelaan memandangkan mereka dari golongan terpinggir.

Anak muda waktu itu menyahut cabaran menentang penguasa zalim oleh kerana didorong perasaan mahu merdeka.Mereka sudah jemu melihat perilaku ahli politik penguasa yang mempamerkan sikap angkuh! Ketuanan Melayu yang dicanangkan selama ini hanyalah untuk mereka yang punya kuasa,sedangkan bagi melayu yang dibawah tak ubah nasibnya selaku hamba.

Kesemua kebangkitan ini berasas dari nafsu yang mahukan perubahan! rakyat begitu impikan seorang wakil rakyat yang bersifat rakyat.Cerita mahupun hikayat pembesar yang berjiwa rakyat begitu membakar jiwa rakyat untuk menemukannya. Itulah harapan mereka, watak pembesar yang rendah diri dan memahami keperluan masyarakat serta memainkan peranan selaku jurubicara rakyat.

Malangnya kesemua harapan itu seringkali dihancurkan oleh mereka yang mendapat mandat. Pelaku politik gemar memilih watak Biawak sebagai citra politik mereka. Kuasa yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat telah menjadi modal mengaut keuntungan peribadi.Kata-kata dan janji hanyalah bersifat retorik, ianya digunakan untuk meraih populariti demi mendaki cerun kepuncak kuasa.

Apakah sejarah mengajar kita? TIDAK! itu jawapan paling tepat.Kejatuhan dinasti atau empayar adalah disebabkan kegagalan menghadam sejarah.Penguasa mula lalai dengan tanggungjawab mengangkat martabat rakyat yang dahulunya dilanyak oleh penjajah.Sikap sedemikian sering terjadi tatkala sudah berada ditampuk kuasa, perasaan tamak mula menyelubungi pemikiran.

Sikap mengejar,mengaut serta menindas adalah merupakan ciri-ciri tepat untuk mengundang musibah Allah SWT. Sudah dijanjikan bahawa kebangkitan rakyat adalah hukuman dari Allah SWT terhadap Kerajaan angkuh, manakala buat mereka ahli politik yang mula curang dengan amanah, sudah pastinya bala kejatuhan yang mengaibkan sudah siap menanti.

Marilah semua kita merenung kembali sejarah tamadun manusia, didalamnya terdapat banyak sekali intipati kecurangan yang membawa kepada keruntuhan tiap empayar tersebut.Adalah menjadi suatu kelewatan pada sesebuah kerajaan yang berada diambang kejatuhan mula mahu memikir untuk berubah.Itu sudah terlambat.....tiada siapa yang mahu percaya lagi. Pada waktu itu rakyat yang teraniaya sudah berdoa dan Allah sudah menerimanya, sesal saat itu sudah tidak berguna lagi. Dosa boleh diampunkan tetapi tidak tatkala SakaratulMaut mula menarik nyawa hingga keparas halkum.

Buat ahli politik yang sudah mula diselubungi sifat TAMAK serta mementingkan diri sendiri.Fikirkanlah.....Negara dan Negeri ini adalah milik kita semua dan bukannya milik kamu semata-mata. Pandanglah pada kejadian bentuk bumi yang dijadikan Allah SWT. Ianya bulat....hari ini diatas pasti esok kita dibawah. Kembalilah kepada matlamat perjuangan asal, renungkanlah kembali kata-kata yang pernah kamu laungkan, bersikaplah sepertimana sebelum kamu punya kuasa. Semua itu akan menyelamatkan kamu dari Bala pencipta yang maha esa. Jika gagal mengambil iktibar dari jatuhnya kerajaan dahulu, semoleknya kamu bersedia pula untuk mengalami nasib yang sama dengan mereka, mungkin kejatuhan kamu lebih perit dan memedihkan.
Janganlah nanti kerana sikap dan cita-cita kamu seorang, bahtera yang juga dinaiki oleh mereka yang bersifat pejuang terus karam bersamamu.


sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan