Ibarat kapal yang semakin karam akibat dilanda badai tsunami politik 3 bulan lalu, UMNO-BN dikejutkan dengan keputusan luar biasa Mahkamah tinggi Kangar siang tadi.Keputusan Mahkamah tinggi untuk menerima bantahan yang dikemukakan oleh calon Pas bagi mencabar keputusan PRU Dun Sanglang, telah menggakibatkan kerusi yang disandang oleh wakil UMNO-BN terpaksa dikosongkan.
Ini bermakna Dun Sanglang akan menjadi pembuka tirai medan tempur ideologi pertama selepas 100 hari berlalunya PRU-12, benar-benar menyesakkan UMNO-BN.
Belum sempat menimba air yang bocor masuk kedalam kapal, satu lagi ledakkan dalaman tercetus. SAPP pimpinan datuk Yong Teck Lee membuat kenyataan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM menjelang sidang dewan isnin ini.
Keputusan berani Datuk Yong Teck Lee berserta seluruh barisan pimpinan SAPP adalah didorong oleh semangat sayangkan rakyat dan Negara. Ini ekoran keputusan drastik PM menaikkan harga bahan api tanpa punyai alasan kukuh.
Alasan kenaikkan terlalu dangkal, yang jelas jurang kemiskinan terutama di Sabah semakin melebar. Isu kebanjiran pendatang yang semakin menjadi-jadi di Sabah langsung tidak diendahkan kerajaan pimpinan Pak Lah.
Walaupun kerusi SAPP hanya 2 diparlimen, impaknya cukup besar dek kerana mereka benar-benar mewakili suara rakyat yang mahukan keadilan.
Kini kapal UMNO-BN semakin condong kedasar laut, menunggu waktu saat dan ketika untuk KARAM...






