Rabu, 4 Jun 2008

petrol: Baru Naik


RM 2.70 seliter petrol dan RM 2.50 seliter bagi diesel adalah merupakan hadiah BN kepada rakyat Malaysia. Hadiah diberi tatakala rakyat berdepan dengan krisis kenaikkan harga bahan makanan dek kerana kekurangan stok makanan, maka diatas sifat prihatinnya kerajaan BN terhadap seluruh rakyat- lalu kenaikkan kos bahan api adalah merupakan satu hadiah paling berharga untuk rakyat.

Kerajaan terpaksa menaikkan kos bahan api ini kerana kantung kerajaan yang berisi wang rakyat hendak dibelanjakan keatas projek impian Perdana Menteri yakni "koridor utara, selatan dan timur". Projek yang menelan ratusan "Bilion" wang rakyat ini hendaklah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, para kontraktor dan kroni amat memerlukan wang tersebut demi mempertahankan empayar kekayaan mereka agar tersenarai selaku orang terkaya di Malaysia dan Asia.

Kenaikkan ini pula dijamin hanya untuk rakyat kelas menengah dan atasan, TIDAK kepada rakyat kelas bawahan. Rakyat kelas bawahan akan dibayar apa yang disebut sebagai subsidi sekiranya memperbaharui cukai jalan yang telah tamat tempohnya. Bayaran akan dibuat melalui "wang pos" bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang sering berlaku dibawah pentadbiran kerajaan BN. Untuk tempoh setahun sebelum tamatnya cukai jalan, rakyat wajiblah bertahan dengan menanggung kenaikkan bahan api yang terlalu sedikit ini berbanding Negara pengimport minyak yang lain.Suka diingatkan tawaran ini hanya sah untuk pemilik motosikal dan kereta, TIDAK untuk yang berbasikal dan pejalan kaki walaupun rumah mereka atau kehidupan mereka dijana oleh mesin Generator! mereka ini kirim salam hendak merasa subsidi keramat ini.

Disamping itu para peniaga dan pengusaha di beri amaran keras agar tidak menaikkan harga barang makanan serta kos perkhidmatan, kerana kenaikkan kos bahan api tidak kena mengena dengan harga makanan mahupun perkhidmatan. Sekiranya mereka berdegil kerajaan tidak dapat melakukan apa-apa melainkan melahirkan rasa simpati pada rakyat.

Oleh yang demikian seluruh rakyat Malaysia harus bersiap sedia dengan "misteri kehilangan barang keperluan harian" di kedai dan pasaraya berdekatan.Ini merupakan fenomena biasa yang dilalui rakyat sejak Merdeka 50 tahun! tiap kali kerajaan "terpaksa" menaikkan kos bahan api.

Akhir kata, terimalah madah pujangga ini untuk renungan bersama:

"Hari ini Minyak naikLah lagi,

mereka kata tak boleh buat apa lagi,

apa kita nak buat,biarlah tinggal gigi dan gusi,

lain kali undilah BN lagi...."

2 ulasan:

  1. Salam,

    Yang bebal dan baral adalah mereka yang mengundi BN. Sudah berjuta kali diingatkan kalau undi BN harga barang akan naik, mereka pekak,bisu dan bebal.

    Eddy, jom kita berlayar kapal n pergi memancing.

    Salam takzim

    BalasPadam
  2. lingkuplah negara ni........

    BalasPadam