Selasa, 24 Jun 2008

MAHATHIR VS PAK LAH:pusingan ke-2

Pertembungan 2 tokoh UMNO kini memasuki fasa yang ke-2. Kali ini Tun memilih menyerang dari luar setelah serangan dari dalam hanya mampu mencederakan Pak Lah tidak membunuh.

Serangan Tun bermula dengan memberi kata dua kepada ahli UMNO, samada memilih beliau atau Pak Lah. Kiranya mahukan beliau, ahli wajib turunkan Pak Lah dan beliau akan kembali kedalam UMNO. Begitulah antara serangan terawal Tun terhadap Pak Lah, namun Pak Lah tidak berdiam diri. Beliau kembali menyerang dengan membongkar kes krisis kehakiman lewat 1988.

Serangan ini nampak berjaya melemaskan Tun buat sementara, Tun yang terkenal dengan sifat berani melawannya telah meningkatkan serangan. Terbaru Tun mendakwa ada cubaan menggulingkan Tan Sri Hasan Merican presiden Petronas oleh "orang tingkat 4". Petronas merupakan tempat Tun melempiaskan nasihatnya dan Tan Sri Hasan merupakan orang harapanya.

Kejadian ini dakwa Tun hampir sama dengan kes pemberhentian Tengku Mahalel dari Proton yang juga orang harapan Tun. Dakwa Tun lagi, ini merupakan penghapusan pengaruh Tun dikalangan koporat.

Apa tindakan Pak Lah selepas ini? Mampukah beliau menang dalam pusingan kali ini?...

1 ulasan:

  1. Semua puak-puak UMNO ini sedaya upaya ingin mengukuhkan kedudukan mereka agar kuasa dan wang masih lagi berlegar-legar di sekeliling mereka. Mereka akan berhenti apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam