Khamis, 15 Mei 2008

FAKTOR BLOGGER UMNO TEWAS

PRU-12 benar-benar mengubah landskap politik tanahair, terkini blog yang dahulu dianggap parasit politik tetapi kini diperakui pengaruhnya.

Semenjak berakhirnya PRU 12 yang mana menyaksikan kegagalan UMNO/BN mempertahankan majoriti dua pertiganya, para pemimpin UMNO mula berlumba membuka blog masing-masing. Perkembangan luar biasa ini terjadi pabila laporan bedah siasat kekalahan besar UMNO/BN disebabkan faktor blogger. Ini diperakui oleh PM yang seakan menyesal dengan mengabaikan teknologi IT ini.

Hari ini para pemimpin UMNO sedang rancak dengan blog masing-masing sehingga terlupa dengan segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada blogger tanahair. Ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri istilah yang paling tepat untuk blogger UMNO/BN. Kasihan...

2 ulasan:

  1. Salam saudara eddieputra,

    Satu permulaan perjuangan yang berani. Tahniah dan salam perjuangan.

    Salam takzim dari saya: Sofi.

    BalasPadam
  2. Sememang benar, blogger membuatkan UMNO jatuh sehingga Pak Lah pun sudah takut akan pendekatan para bloggers politik, inilah pentas sebenar bagi rakyat bersuara ....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam