Rabu, 28 Mei 2008

EZAM:sang oportunis murahan


Penyertaan Ezam kedalam UMNO menepati jangkaan saya selama ini. Disebabkan itu peristiwa ini langsung tidak menggamit perasaan saya walau sekelumitpun. Kita seharusnya sudah boleh baca tingkah laku Ezam sebelum dan selepas keluar dari Pari keADILan, yang mana Ezam salah seorang pengasasnya.

Keakraban Ezam dengan Khairy terbukti bilamana Khairy menguruskan pasport malah menghantar sendiri ke rumah DSAI, sebaik saja pembebasan wirawan tersebut diatas permintaan Ezam. Sehari selepas itu Ezam tanpa segan silu melahirkan kekagumannya keatas ketokohan Khairy selaku pemimpin muda UMNO dialaf baru. Ezam juga membayangkan kerjasama antara dirinya dan khairy bagi membentuk satu gelombang Reformasi dalam UMNO. ( Dimana anwar dilihat gagal melakukannya)

Ezam keluar keADILan tahun lalu, dengan menghadiahkan kata-kata kurang ajar kepada DSAI hanyalah GIMIK untuk menarik sokongan akar umbi UMNO kepadanya, Ini diikuti dengan siri ceramahnya yang berterusan menghentam secara khinzir buta terhadap bekas bosnya itu. Hebat sangatkah Ezam sehingga diperakui oleh beberapa kerat tokoh UMNO sebagai aset parti tertua itu?

Bagi saya kemasukkan Ezam kedalam UMNO hanyalah merupakan pembunuhan terancang karier politik Najib. Ezam yang memang dikenali peniru dan perasan akan digunakan semaksimum mungkin bagi melebur impian Najib berserta askarnya untuk merebut tahkta panas UMNO yakni kerusi presiden. Justeru itu Ezam wajib dibawa masuk sekarang demi kepentingan Pak Lah dan Khairy mempertahankan kekuasaan mereka.

Maka tidak hairanlah kalau selepas ini Ezam mengangkat sumpah (Ezam memang gemar bersumpah ) selaku senator sekaligus naik menjadi Menteri UMNO yang baru. Kita lihat babak seterusnya...

2 ulasan:

  1. saudara eddie,
    tu yg aku herankan,mcm ada yg tak kena dgn kemasukan ezam ke dlm umno ni..pasti ada tangan2 ghaib yg main peranan.
    sblm general election aritu,ezam ni nak sgt dokumen2 mengenai salah laku khir toyo di s'ngor,tapi lutfi(harakah) tak bagi pun..

    BalasPadam
  2. nasib baik die tak bagi, kalau bagi selamatlah toyol besar selangor tu..

    BalasPadam