Khamis, 22 Mei 2008

MALAYSIA BARU!


Iklim politik Malaysia semakin panas, Parti politik dijadikan pentas sepak terajang. Terbaru pengumuman Tun M keluar dari UMNO melengkapkan susunan Presiden UMNO yang keluar dari parti kebangsaan itu. Tun meletakkan syarat akan "masuk UMNO selepas Pak Lah letak jawatan" mengundang perpecahan parti tertua tersebut.

Para pemimpin UMNO/BN sibuk memikirkan akan isu ini, Menyebabkan isu rakyat kurang dibicarakan. Nasib rakyat semakin tidak terbela kerana para pemimpin lebih memikirkan nasib mereka dalam hal ini.

Anwar Ibrahim merupakan "HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA". Rakyat semakin muak dengan juak-juak UMNO yang cuba menunjuk jaguh. Rakyat ternanti-nanti akan kemunculan Anwar untuk memecah kemelut kepayahan rakyat selama ini.

Biarlah UMNO dengan masalahnya, sebaliknya Ogos depan merupakan hari kemerdekaan yang sebenar buat seluruh rakyat Malaysia tatkala Anwar berdiri diatas podium selaku "PERDANA MENTERI MALAYSIA!

3 ulasan:

  1. Isu berbangkit semua tentang diatas, yang semakin terhimpit kita dibawah. harapan agar iklim perubahan kepimpinan akan berubah secepat mungkin, malas mahu dengar akan drama UMNO.... anda tidak ulas tentang ezam nak masuk umno?saya ada jadi

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  2. Hidup atau matinya UMNO dalam banyak hal tidak begitu terampil dalam bab pembangunan dan kebajikan orang Melayu.

    Benar, UMNO itu Melayu, tetapi Melayu UMNOlah yang telah menggunakan segala kuasa dan lintasan kesempatan untuk merobek dan merompak walau sekelumit warisan Melayu.

    Saya tidak akan rasa berdosa untuk melumatkan UMNO, sebagaimana pemimpin mereka merobak-rabikkan gatungan harapan Melayu kepada mereka.

    Salam takzim
    kerajaan rakyat.

    BalasPadam
  3. tatkala ini,seluruh rakyat harus berdoa moga permintaan kita dimakbulkan Allah.
    rakyat dah jelak dengan tingkahlaku pemimpin2 rasuah ini.
    Malaysia baru bakal menjelma!

    BalasPadam