Rabu, 14 Mei 2008

BERAS OH BERAS!


Harga beras yang melambung mutakhir ini, amat membimbangkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Pelbagai saranan diberikan kepada seluruh rakyat agar menukar beras kepada makanan lain kononnya bagi mengimbangi harga beras yang sedang menggila dipasaran.

Kemelut ini digambarkan oleh pihak kerajaan seolah terlalu sukar unuk diselesaikan. Benarkah? Sekiranya pihak kerajaan gagal memecah kebuntuan kenaikkan harga beras ini, sudilah kiranya saya memberi satu dua bentuk cadangan untuk dikongsi bersama-agar dapat kita keluar dari permasalahan ini.

Cadangan saya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan menurunkan harga kos bahan api. Umum mengetahui kenaikkan bahan tersebut menjadi punca kenaikkan kos sara hidup rakyat. Ini kerana bahan api merupakan bahan asas keperluan hidup, sekiranya diturunkan mungkin sebagai permulaan 30 sen- pasti dapat menurunkan kos kehidupan yang terpaksa ditempuh oleh rakyat.

Yang kedua, berkenaan penetapan gaji minima bagi sektor swasta. Adalah lebih baik ditetapkan sebanyak RM 900 sebagai gaji permulaan. Rakyat yang bekerja disektor swasta, kebiasaannya kurang mendapat "benefit" seperti kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah munasabah kiranya pihak kerajaan menetapkan tangga gaji sebanyak itu agar dapat meringankan beban mereka.

Kedua-dua cadangan tersebut mungkin boleh digunapakai oleh pihak kerajaan dalam menangani polemik beras mutakahir ini. Usahlah menabur janji manis kononnya kerajaan amat prihatin dengan permasalahan rakyat, tetapi retorik semata.

Harap Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini, dapat membaca cadangan saya dengan akal yang dingin. Kerana saya juga sebahagian dari rakyat kebanyakkan yang terbeban dengan konflik beras ini.

5 ulasan:

  1. Dahulu org mkn ubi kayu sebab dlm peperangan, susah nak keluar beli beras sekarang ini kita kena makan ubi kayu sebab kekurangan beras di sebuah negara pengimport beras.

    Memang patut gaji dinaikkan .... selaraskan semua, kita nak ke negara maju tapi gaji masih ke tahap mcm negara miskin. Kos sara hidup bkn semakin menurun tetapi semakin meningkat kalau yang ada anak lebih pada 4 org,apa cerita, menteri apa tau sebab gaji korang lebih 10 ribu, apa kisah ....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

    BalasPadam
  2. Biasalah kalau dah buat salah mesti takut akan bayang-bayangnya sendiri jadi apa nak kisah kalau org xtulis nama dia pun, dia nak dakwa, perasan lebih ataupun dia seorang perlaku jenayah tersebut ...

    Betul kes ini terlalu lama dibicarakan ... begitu rumitkah kes ini???

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

    BalasPadam
  3. Orang dulu mkn ubi kayu sebab xdpt beli beras sebab peperangan tetapi kini sejarah kini kembali berulang kita kena mkn ubi kayu disebabkan kekurangan beras disebalik negara kita ialah pengimport beras.

    Saya setuju perlu selaras gaji pokok setiap pekerja di Malaysia, kos sara hidup semakin tinggi, kalau anak ramai, apa cerita?
    Menteri gaji lebih RM10 ribu, apa ada hallll....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

    BalasPadam
  4. LEBIH BAIK BN TURUN DAN PAKATAN RAKYAT NAIK. PASTI SELESAI SEMUA MASALAH

    BalasPadam
  5. problemnya byk sgt karenah birokrasi, ayuh sokong Anwar Ibrahim bakal PM akan datang!

    BalasPadam