Rabu, 14 Mei 2008

ANWAR:PM ke 6 Sept depan





Landskap politik MALAYSIA bakal berubah dari politik "perkauman" kepada "perpaduan kaum" september depan, berikutan kembalinya "Putera Rakyat" Dato Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.





Umum mengetahui PRU ke-12 yang berlangsung Mac lalu, satu lonjakkan kebangkitan rakyat yang mahukan "perubahan" telah menolak politik mainan UMNO/BN serta janji retoriknya. Lonjakkan yang disebut "tsunami politik" ini amat menggemparkan "ketuanan melayu UMNO" khususnya. Mereka mula dilanda perasaan gusar, ditambah pula Negeri yang digelar "crown state" yakni Selangor jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT.





Anwar berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga UMNO/BN sekaligus menempah sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Kerusi sasaran sebelum PRU12 sebanyak 60 meningkat kepada 82 kerusi parlimen yang berjaya ditawan oleh PAKATAN RAKYAT, merupakan isyarat Anwar telah meletakkan sebelah kakinya ke Putrajaya.





UMNO/BN cuba menongkat langit dengan menafikan kenyataan yang bakal mereka hadapi. Para pemimpin UMNO sudah mula berkira-kira untuk lari, yang tinggal bertempik kononnya "ketuanan Melayu" hanyalah ketua-ketua cawangan UMNO.





Kini jelas "Harapan Baru Untuk Malaysia" yang menjadi sandaran seluruh rakyat akan menjadi kenyataan, sebaik sahaja kerusi parlimen yang pada mulanya 30 telah menjadi 40 kerusi tambahan menyertai PAKATAN RAKYAT.





Anwar akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada september depan, sekaligus melenyapkan pemerintahan zalim . "Ketuanan Rakyat" menjadi realiti tatkala Anwar mengangkat sumpah selaku PM Malaysia yang baru kelak.

1 ulasan: