Jumaat, 30 Mei 2008

laporan sang opportunis sebelum masuk UMNO...

Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor berkata beliau mempunyai fakta kukuh untuk mengheret bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memerintah। Dalam satu laporan balai polis di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) dekat sini hari ini Ezam berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam memberi maklumat berhubung penyelewengan dua pemimpin negara itu dan anak-anaknya."Laporan kami beserta 17 helai maklumat bersumberkan laporan dari agensi kerajaan, surat dari kementerian Kewangan serta sumber lain."Kami ada alasan kukuh untuk mempercayai kedua-dua pemimpin ini telah melakukan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa untuk menganugerahkan projek-projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat," kata Ezam ketika mengadakan sidang medianya selepas menyerahkan laporan kepada polis. Turut serta dalam laporan itu ialah, Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin; bekas tahanan ISA, Abdul Ghani Haroon dan Exco Angkatan Muda KeADILan, Faisal Mustaffa serta Zarerah Hanim Mat Zaki.

Menurutnya, laporan polis itu akan dirujuk kepada Balai Polis Kelana Jaya dan beliau dijadualkan bertemu dengan ASP Shim di balai polis tersebut esok untuk keterangan lajut."Saya beri 30 hari tempoh kepada pihak polis untuk menyiasat laporan itu,dan jika polis enggan beliau akan menghadapkan kes itu kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.Menurut Ezam, pihaknya percaya siasatan yang menyeluruh perlu diadakan memandangkan masa pemerintahan kedua-dua pemimpin tersebut selama 25 tahun memungkinkan banyak penyelewengan berlaku tetap tidak didedahkan.

Sejak kebelakangan ini sedikit demi sedikit penyelewengan kedua-dua mereka didedahkan, dan ironinya oleh kedua-dua pemimpin ini sendiri, kata Ezam."Mahathir menyatakan bahawa Abdullah memberikan projek kepada anaknya,manakala dibalas Abdullah bahawa Mahathir juga memberikan projek kepada ahli keluarga sendiri,"katanya.Gerak ingin menarik perhatian rakyat Malaysia berhubung persoalan kekayaan anak lelaki Abdullah iaitu Kamaluddin yang memperolehi laba besar dalam tempoh singkat, katanya."Kekayaan yang dimiliki Kamaluddin amat pantas berbanding Mukriz di mana selama tiga tahun Abdullah memerintah Kamaluddin telah mengumpul kekayaan yang berlipat kali ganda dari tempoh yang sama berbanding Mukriz," katanya lagi.


Rabu, 28 Mei 2008

EZAM:sang oportunis murahan


Penyertaan Ezam kedalam UMNO menepati jangkaan saya selama ini. Disebabkan itu peristiwa ini langsung tidak menggamit perasaan saya walau sekelumitpun. Kita seharusnya sudah boleh baca tingkah laku Ezam sebelum dan selepas keluar dari Pari keADILan, yang mana Ezam salah seorang pengasasnya.

Keakraban Ezam dengan Khairy terbukti bilamana Khairy menguruskan pasport malah menghantar sendiri ke rumah DSAI, sebaik saja pembebasan wirawan tersebut diatas permintaan Ezam. Sehari selepas itu Ezam tanpa segan silu melahirkan kekagumannya keatas ketokohan Khairy selaku pemimpin muda UMNO dialaf baru. Ezam juga membayangkan kerjasama antara dirinya dan khairy bagi membentuk satu gelombang Reformasi dalam UMNO. ( Dimana anwar dilihat gagal melakukannya)

Ezam keluar keADILan tahun lalu, dengan menghadiahkan kata-kata kurang ajar kepada DSAI hanyalah GIMIK untuk menarik sokongan akar umbi UMNO kepadanya, Ini diikuti dengan siri ceramahnya yang berterusan menghentam secara khinzir buta terhadap bekas bosnya itu. Hebat sangatkah Ezam sehingga diperakui oleh beberapa kerat tokoh UMNO sebagai aset parti tertua itu?

Bagi saya kemasukkan Ezam kedalam UMNO hanyalah merupakan pembunuhan terancang karier politik Najib. Ezam yang memang dikenali peniru dan perasan akan digunakan semaksimum mungkin bagi melebur impian Najib berserta askarnya untuk merebut tahkta panas UMNO yakni kerusi presiden. Justeru itu Ezam wajib dibawa masuk sekarang demi kepentingan Pak Lah dan Khairy mempertahankan kekuasaan mereka.

Maka tidak hairanlah kalau selepas ini Ezam mengangkat sumpah (Ezam memang gemar bersumpah ) selaku senator sekaligus naik menjadi Menteri UMNO yang baru. Kita lihat babak seterusnya...

Isnin, 26 Mei 2008

HILANGNYA 0.2 BUMI MALAYSIA...



Terlepasnya Pulau Batu Putih tempoh hari, sedikitpun tidak menggemparkan saya. Ini kerana beberapa hari sebelum keputusan dibuat oleh peghakiman, media serta beberapa tokoh bertaraf Menteri telah mula memainkan lagu kecundang. Cuma berasa cukup terkilan dengan kehilangan 0.2 hektar kedaulatan bumi Malaysia yang kaya dengan hasil maksumnya serta menjadi pusat strategik bagi ketenteraan ketangan Singapura.

Malaysia yang membariskan peguam cukup handal (kononnya) untuk mempertahankan Pulau tersebut hanya berhujah menggunakan fakta sejarah. Hujah dari segi perundangan pula cukup dangkal berbanding hujah dari pihak singapura yang membariskan pakar perundangan yang hebat.

Kebijaksanaan Peguam Negara dari segi perundangan ternyata hebat didalam negara sahaja. kehebatannya terbukti setiap kali membantu sang pemerintah mempertahankan kekuasaannya, tetapi gagal untuk mempertahankan kedaulatan Negara...

Khamis, 22 Mei 2008

MALAYSIA BARU!


Iklim politik Malaysia semakin panas, Parti politik dijadikan pentas sepak terajang. Terbaru pengumuman Tun M keluar dari UMNO melengkapkan susunan Presiden UMNO yang keluar dari parti kebangsaan itu. Tun meletakkan syarat akan "masuk UMNO selepas Pak Lah letak jawatan" mengundang perpecahan parti tertua tersebut.

Para pemimpin UMNO/BN sibuk memikirkan akan isu ini, Menyebabkan isu rakyat kurang dibicarakan. Nasib rakyat semakin tidak terbela kerana para pemimpin lebih memikirkan nasib mereka dalam hal ini.

Anwar Ibrahim merupakan "HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA". Rakyat semakin muak dengan juak-juak UMNO yang cuba menunjuk jaguh. Rakyat ternanti-nanti akan kemunculan Anwar untuk memecah kemelut kepayahan rakyat selama ini.

Biarlah UMNO dengan masalahnya, sebaliknya Ogos depan merupakan hari kemerdekaan yang sebenar buat seluruh rakyat Malaysia tatkala Anwar berdiri diatas podium selaku "PERDANA MENTERI MALAYSIA!

Jumaat, 16 Mei 2008

KERESAHAN TOKOH KETUANAN RETORIK UMNO

"Mampukah UMNO melepasi OGOS depan" merupakan persoalan yang bermain dibenak tokoh ketuanan elit melayu UMNO. Terbayang nasib hidup selaku banduan tatkala kes rasuah mereka didedahkan, Maka pelbagai isu dibangkitkan bagi menaikkan amarah rakyat terutama orang melayu.

Dicanang kepada rakyat isu "ketuanan Melayu" serta moral dan etika, agar seluruh rakyat membenci PAKATAN RAKYAT sekaligus menyelamatkan kantung-kantung mereka yang berisi wang rakyat.

Tetapi sehingga kini rakyat tidak mengendahkan paluan gendang sumbang yang dimainkan oleh tokoh Melayu UMNO. Rakyat sudah MASAK dengan kata-kata retorik yang dilaungkan sejak 50 tahun kita MERDEKA.

Hanya cicak mengkarung diperingkat cawangan yang bergelar "ketua cawangan UMNO" berterusan menyalak menunjukkan jaguh agar terpilih sebagai ketua JKKK tajaan PLB. Alahai...

Khamis, 15 Mei 2008

FAKTOR BLOGGER UMNO TEWAS

PRU-12 benar-benar mengubah landskap politik tanahair, terkini blog yang dahulu dianggap parasit politik tetapi kini diperakui pengaruhnya.

Semenjak berakhirnya PRU 12 yang mana menyaksikan kegagalan UMNO/BN mempertahankan majoriti dua pertiganya, para pemimpin UMNO mula berlumba membuka blog masing-masing. Perkembangan luar biasa ini terjadi pabila laporan bedah siasat kekalahan besar UMNO/BN disebabkan faktor blogger. Ini diperakui oleh PM yang seakan menyesal dengan mengabaikan teknologi IT ini.

Hari ini para pemimpin UMNO sedang rancak dengan blog masing-masing sehingga terlupa dengan segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada blogger tanahair. Ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri istilah yang paling tepat untuk blogger UMNO/BN. Kasihan...

Rabu, 14 Mei 2008

BERAS OH BERAS!


Harga beras yang melambung mutakhir ini, amat membimbangkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Pelbagai saranan diberikan kepada seluruh rakyat agar menukar beras kepada makanan lain kononnya bagi mengimbangi harga beras yang sedang menggila dipasaran.

Kemelut ini digambarkan oleh pihak kerajaan seolah terlalu sukar unuk diselesaikan. Benarkah? Sekiranya pihak kerajaan gagal memecah kebuntuan kenaikkan harga beras ini, sudilah kiranya saya memberi satu dua bentuk cadangan untuk dikongsi bersama-agar dapat kita keluar dari permasalahan ini.

Cadangan saya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan menurunkan harga kos bahan api. Umum mengetahui kenaikkan bahan tersebut menjadi punca kenaikkan kos sara hidup rakyat. Ini kerana bahan api merupakan bahan asas keperluan hidup, sekiranya diturunkan mungkin sebagai permulaan 30 sen- pasti dapat menurunkan kos kehidupan yang terpaksa ditempuh oleh rakyat.

Yang kedua, berkenaan penetapan gaji minima bagi sektor swasta. Adalah lebih baik ditetapkan sebanyak RM 900 sebagai gaji permulaan. Rakyat yang bekerja disektor swasta, kebiasaannya kurang mendapat "benefit" seperti kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah munasabah kiranya pihak kerajaan menetapkan tangga gaji sebanyak itu agar dapat meringankan beban mereka.

Kedua-dua cadangan tersebut mungkin boleh digunapakai oleh pihak kerajaan dalam menangani polemik beras mutakahir ini. Usahlah menabur janji manis kononnya kerajaan amat prihatin dengan permasalahan rakyat, tetapi retorik semata.

Harap Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini, dapat membaca cadangan saya dengan akal yang dingin. Kerana saya juga sebahagian dari rakyat kebanyakkan yang terbeban dengan konflik beras ini.