Selasa, 5 Januari 2010

Alkisah Platun Jet F-5-E


Pegawai bawahan! itu keputusan laporan awal yang dibacakan oleg Peguam Negara berhubung kehilangan enjin Jet F-5-E. Reaksi pertama aku ialah HAHAHAHAHA...... maaf tak tertahan lagi, rasa mahu terkeluar isi perut. Tambah lagi KAHKAHKAHKAH....




Aku cuba gambarkan bagaimana Tok Sarjan dan Platunnya merancang mengeluarkan enjin dari perut Jet itu. Mesyuarat untuk menjalankan gerak kerja itu pastinya disebuah warung tepi jalan, almaklumlah merekakan "Pegawai Bawahan", sudah tentu untuk duduk sila panggung di sebuah Coffee House adalah sesuatu yang sukar memandangkan kedudukan dan kewangan mereka yang pastinya terhad!




Sebagai orang yang tinggi sedikit pangkatnya dari kalangan "Pegawai Bawahan" itu semua, Sudah tentu beliau yang mempunyai akses dengan pembeli misteri diluar negara tersebut. Rancangan ialah bagaimana mahu mengeluarkan enjin Jet itu? Pemutar Skru saiz berapa yang mahu digunakan? dan kedai mana yang ada menjualnya? kemudian, bagaimana pula mahu membawa enjin itu keluar? lori berapa Tan? dan dimana mereka boleh menyewa lori tersebut? Kesemua persoalan diatas diletakkan dibahu Koperal sambil dibantu oleh Lans Koperal!


Sementara Koperal dan Platun menguruskan permasalahan tersebut, Tok Sarjan sudah tentu sibuk menghubungi pembeli enjin Jet. Entah berapa banyakkah wang Tok Sarjan lebur hanya untuk mengisi kredit telefon bimbitnya itu. Ini kerana pembeli itu berada jauh diluar negara, entah dimana tidaklah dapat dipastikan, ada yang kata di Mexico,Argentina dan terbaru Uruguay! Perghh.... jenuh Tok Sarjan mencari kod telefon antarabangsa semata-mata mahu menghubungi mereka.


Seterusnya tentulah rancangan peringkat akhir, dimana tempat pertemuan untuk menyerahkan enjin tersebut dan menerima wang yang dijanjikan. Detik ini agak suspen....dimana mahu diadakan pertukaran itu? kedai besi buruk atau kedai potong kereta? Yang menariknya ialah, kesemua rancangan Tok Sarjan berjalan dengan lancar sehinggalah Menteri Pertahanan menjadi Perdana Menteri! barulah rahsia mereka terbongkar.


Sampai disini sahajalah....aku dah tak tahan lagi hahahahaha....huhuhuhu....hihihihi..inilah nasib "Pegawai Bawahan"

1 ulasan:

  1. Lagi sekali orang bawahan jadi kambing hitam. kesian...agaknye mungkin banyak lagi barang hilang di kementerian pertahanan sebelum ni. ada tak kereta kebal hilang? cuba check tengok!

    BalasPadam