Rabu, 29 Julai 2009

Nasib anak muda yang berani part 2

"Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" itu merupakan peringatan tepat pada kumpulan anak muda ini. Memahami keperluan menuntut perubahan disamping peringatan Allah swt bahawa tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri", kumpulan anak muda ini bertambah tekad.

Sebaik melangkah untuk melakukan perubahan, ketua UMNO mula mengugut kononnya akan menyekat semua bantuan yang pernah diberikan pada mereka.Contoh seperti zakat,bantuan biasiswa dan berbagai lagi akan ditarik semula...malah ada yang tidak masuk dek akal bilamana ada ahli UMNO yang cuba menghalau kesemua mereka keluar dari kampung! Nah,disinilah membuat aku kagum dengan anak-anak muda ini, mereka hanya memberikan jawapan mudah dan cukup pedih kepada ahli UMNO pekat tersebut." Selama ini pun kami tak pernah merasa apa bantuan yang pakcik sebut tu, lagi pulak segala keperluan yang diperuntukkan untuk kemajuan kampung hanya keluarga pakcik yang dapat!" kata anak muda ini.Sambil menambah,ketua anak muda ini juga berjanji akan sedaya upaya membawa perubahan dan membela nasib semua masyarakat kampung,tidak kira samada ahli UMNO ataupun bukan.

Hmmm...janji serta tekad anak muda ini cukup hebat...lebih hebat dari ketua pemuda mahupun cawangan UMNO yang sudah tentu jauh lebih tua dari anak muda ini. Persoalannya ialah mampukah mereka? Oleh yang demikian, bagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk tetap berjuang menuntut PERUBAHAN! Kumpulan anak-anak muda ini akan mengadakan siri ceramah mereka dikampung itu sabtu ini.Ceramah itu akan disampaikan oleh ketua dikalangan mereka yang hanya baru berusia 21 tahun. Ketua anak muda ini akan berceramah tentang mengapa PKR bukan UMNO!


Pak Long: "masa ceramah tu,cek nak dok depaaaaaaaannnnnnn skali."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan