Menjadi seorang yang bercanggah pendapat dengan pihak berkuasa diMalaysia, bukanlah satu perkara yang menarik.Apatah lagi jika seseorang itu menyertai pertubuhan yang punya organisasi yang tersusun. Biarpun ia jelas hak yang terkandung dalam perlembagaan negara, namun ianya jarang malah adakalanya seolah hak tersebut tidak pernah tertulis didalam lembaran perlembagaan negara.
Perbezaan pendapat dalam sesuatu isu terutama yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat adalah merupakan perkara yang perlu dalam sebuah negara demokrasi. Sesuatu isu wajib didebatkan demi mencari keputusan terbaik. Perkara ini sememangnya mudah diamalkan jika penguasa benar-benar mementingkan intergriti dalam pentadbirannya serta mendukung semangat bernegara. Tetapi ianya tentu sekali tidak kepada sipenguasa diktaktor, mengamalkan sistem demokrasi ala acuan sendiri sudahpun menjadi lumrah sipemerintah zalim.
Perlembagaan diolah mengikut kepentingan sendiri,manakala undang-undang digunakan untuk menekan rakyat yang cuba menentang mereka. Disinilah sistem Demokrasi yang sepatutnya bebas dan adil bertukar menjadi sistem DemoCRAZY dimana ianya kelihatan seperti sistem tekanan ataupun kuku besi.
Makanya menjadi penentang dasar sistem DemoCrazy bukanlah suatu yang mudah. Menerima tekanan serta ugutan telah menjadi rencah perjuangan menegakkan keadilan. Rasullulah sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran, Baginda dicemuh,difitnah dan didera dengan berbagai bentuk penindasan.Namun iltizam membawa pencerahan buat umatnya, telah menyebabkan musuh-musuh islam begitu lelah dengan gelombang yang saban hari semakin kuat arusnya.
Salah satu janji Allah SWT kepada sipenguasa angkuh ialah, akan ada gerakkan atau suatu kebangkitan rakyat bawahan dengan berani bangkit menentang kekuasaan sipenguasa zalim.Waktu itu, tiada apa yang mampu menghalang kebangkitan tersebut. Rakyat marhaen terdiri dari golongan bawahan, mereka tidak punya sebarang kepentingan peribadi untuk dipertahankan berbanding golongan pertengahan mahupun atasan. Apa yang ada dalam jiwa marhaen ialah mahukan kelapangan dalam kehidupan setelah sekian lama dibelenggu kesulitan dan kesempitan.Keadilan yang selama ini kelihatan hanya untuk sikaya, mula diimpikan golongan miskin tadi.
Atas dasar itulah gelombang kebangkitan rakyat menjadi begitu sukar dikawal,malah adakalanya ia lebih sulit ditangani dari mengawal ledakkan gunung berapi.0leh yang demikian, bagi mana-mana penguasa,seharusnya menjadi tanggungjawab utama merapatkan segala jurang antara golongan bawahan dengan kelas menengah dan atasan.Sekiranya hal ini mampu diimbang, sekuat manapun gerakkan komunis atau puak haluan kiri,ianya sekalipun tidak mampu menumbangkan Kerajaan yang begitu tuntas membela nasib rakyat.
Hal ini amatlah sukar difahami oleh mana-mana penguasa angkuh, penentangan rakyat dibalas dengan kekangan tanpa menilai sistem atau dasar yang diamalkan dalam pentadbirannya.Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada golongan yang cuba bangkit menyanggah sipenguasa. Tujuannya hanyalah untuk melemah sekaligus memadamkan gerakkan rakyat dari terus merebak. Dengan terpadamnya gerakkan tersebut,makanya kedudukan ketuanan penguasa tamak dapat dipertahankan.
Taktik sedemikian kerap digunakan oleh mana-mana pemerintah zalim, tetapi sejarah langsung tidak menjadi rujukan mereka.Taktik kotor yang menekan itu hanya akan menjadi racun yang akan cepat membunuh terus kekuasaan sipemerintah itu tadi.Pada saat itulah,sejarah akan mula menulis dengan tajuknya "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!"
Pak Long:-"lagi tekan.....lagi lawan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan