Selasa, 21 Julai 2009

Malaysia kini punya 2 versi undang-undang???????


Takziah! kepada seluruh keluarga dan sahabat handai mendiang Teoh Beng Hock.Kematian anak muda ini masih lagi diselubungi misteri.Pelbagai kenyataan tentang kemungkinan bagaimana kematiannya telah heboh diperkatakan.Malah ada diantaranya mencuit hati aku,"Teoh telah dibebaskan sekitar jam 3.45 pagi,beliau kelihatan letih dan memohon untuk tidur disofa pejabat SPRM." hahahaha....maafkan aku...sebab tak mampu tahan untuk tidak ketawa dengan kenyataan ini.Kalau benarlah sepertimana yang disebut dalam kenyataan tersebut,barangkali Teoh selesa benar dengan pejabat SPRM...sampaikan mendiang begitu terkesima dengan empuknya sofa pejabat tersebut.

Sementara kes ini dalam siasatan,aku tidak mahu mengulasnya.Bimbang nanti aku juga berasa mahu tidur atas sofa pejabat SPRM ataupun PDRM.Dan yang paling menariknya ialah tidur terus tanpa bangun lagi. Apapun kenyataannya kes ini sudah menarik perhatian umum,Persoalan aku ialah,mengapa sewaktu dibongkar penyelewengan yang dilakukan para pemimpin UMNO-BN, tiada siasatan sedemikian dilakukan keatas mereka?

Aneh? sudah tentu tidak! aku sedikitpun tidak berasa aneh kerana perkara itu sudah biasa berlaku.Ini adalah akibatnya bilamana badan penguatkuasaan tidak benar-benar bebas.Badan-badan ini masih dibelenggu dengan arahan atasan, arahan tersebut biasanya datang dari pejabat ahli politik yang berkuasa iaitu disebut selaku kuasa eksekutif.Kuasa inilah yang selama ini telah membungkam sistem demokrasi negara.

Pelbagai akta direka dan dicipta hanya untuk survival politik penguasa.Akta ini semuanya telah menjadikan penguasa itu seolah kebal dari undang-undang.Mereka lebih kebal dari raja ataupun sultan negara ini.Sudahnya Malaysia kini punya 2 versi undang-undang,1 untuk penguasa dan 1lagi untuk rakyat bawahan.Sebagai contoh,rakyat yang miskin akan dihinjak sekeras mungkin hanya kerana melakukan kesalahan mencuri seluar jeans dipasar raya. Ataupun remaja yang memandu tanpa lesen dijalanraya,Mereka ini akan dilanyak hanya kerana naluri remaja yang mahu mencuba.Malangnya,golongan ini tidak punya suara yang mampu membela nasib mereka.Apalah yang golongan ini ada,cuma hanya mimpi mahukan kehidupan yang lebih baik dari apa yang mereka lalui itu sahaja.Adakalanya kesalahan yang dilakukan hanyalah kerana tersilap memilih jalan pintas untuk hidup senang.Tetapi mereka tetap manusia yang punya naluri dan keinginan .

Berbeda dengan penguasa atasan, para penguasa bebas merampas dan mencuri harta negara tanpa dikenakan sebarang tindakan.Jadi,apa makna dengan 1 malaysia yang dicanangkan? apakah 1 malaysia ini hanya milik penguasa? Hmm....entahlah...

Walaubagaimanapun,hidup harus diteruskan manakala perjuangan harus diharung dengan penuh semangat.Biarlah rintangan sehebat manapun yang melanda,"lawan tetap lawan!"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan