Selasa, 2 Mac 2010

Rais Yatim Perlu Ditapis!

"INTERNET PERLU PENAPISAN", Itu pandangan seorang Menteri UMNO tatkala ditemubual disebuah media tempatan baru-baru ini. Alasannya ialah internet punya bahan yang "terlampau" seperti pornografi selain bahaya kebangkitan Facebook.

Aku setuju dengan alasan "pornografi" tapi jelek dengan alasan blog,facebook dan tweeter kononnya merosakkan. Umum mengetahui bahawa natijah kebangkitan medium bebas ini telah menyebabkan UMNO hampir tersungkur dari arena penguasaannya. Ini kerana segala kepincangan pemerintahan UMNO telah dibongkar melaluinya. Budaya "Kerajaan Maha Mengetahui" terlumpuh dengan sendiri, segala dasar kerajaan dikritik kerana ianya retorik semata-mata!

Jika Rais merujuk laman Porno sebagai sesuatu yang bahaya dan mampu melumpuhkan tamadun, maka sekatan harus tertumpu kepada saluran itu sahaja. Tetapi jika Rais turut merujuk kepada laman sesawang lain, itu menunjukkan Rais tidak mahir mengendalikan akalnya dari terus kuno.

Sekiranya Rais bimbang seandainya berlaku fitnah dan hasutan, sudah tentu ianya boleh dirujuk kepada akta hasutan dan dakwa individu terbabit di Mahkamah seperti sekarang. Justeru apa perlu mahu disekat penggunaan internet? Aku teramat yakin bahawa Rais akan mempertahan sehingga sanggup membakar apa sahaja yang cuba menyekat kebebasan internet seandainya beliau masih lagi berada diluar UMNO.

Apakan daya Cepat membakar dan pantas pula membina...itulah Rais Yatim yang akan membongkokkan badannya tiap kali berdepan dengan ketuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan