Jumaat, 9 Oktober 2009

Siapa wajib berterima kaseh??

Entah mengapa perkataan "rakyat harus berterima kaseh pada Kerajaan" atau "rakyat harus mengenang budi Kerajaan" sering dijadikan modal sang penguasa.Peringatan tersebut pada aku amatlah dangkal.

Ini kerana dalam sistem Demokrasi, rakyat punya kuasa untuk memilih sesiapapun untuk menerajui mereka.Oleh itu,sudah tentulah rakyat akan memilih sesiapa yang dirasakan boleh menjamin kehidupan mereka menjadi lebih baik. Manakala mereka yang dipilih harus menjalankan tanggungjawab seperti membina infrastruktur selain menjana pertumbuhan ekonomi demi keselesaan rakyat tadi.

Oleh yang demikian, mereka yang diangkat mentadbir harus berterima kaseh kepada rakyat kerana memberi peluang kepada partinya untuk mentadbir Negara.Makanya tidak timbul sama sekali bahawa rakyat harus berasa terhutang budi pada sipenguasa.

Selama Malaysia Merdeka, negara ini hanya dipimpin oleh sebuah parti gabungan yang dinamakan BN.Selama itulah kelihatan para pimpinannya mempunyai gaya hidup mewah hasil menjadi pemerintah.Akibat terlalu lama berkuasa jugalah membuatkan pimpinan penguasa hilang pertimbangan dalam membezakan hak rakyat dengan hak mereka. Sering terjadi dalam pengagihan ekonomi terutama bagi kaum terbesar negara ini iaitu Melayu terpamer kecurangan. Laungan pembelaan hanyalah bersifat retorik semata-mata, ianya dilaungkan bertujuan mengelabui penglihatan rakyat daripada mempertikaikan kemewahan luar biasa mereka.

Selama lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada mereka untuk mengangkat martabat rakyat, malangnya selama itu jugalah orang melayu maseh mendominasi peratusan yang tinggi dalam carta kemiskinan tegar.Dalam tempoh yang panjang itu juga, tidak sekalipun rakyat menerima ucapan terima kaseh sebaliknya disuruh berterima kaseh! Untuk apa Terima Kaseh? apakah hanya kerana pembinaan sekolah,universiti, jalanraya,sistem pembentungan,elektrik,pengangkutan awam dan banyak lagi kemudahan yang sememangnya wajib disediakan?

Bukankah rakyat memilih penguasa untuk mendapatkan keselesaan tersebut? jika gagal diberi nescaya rakyat akan memilih yang lain untuk mentadbir sekaligus mendapatkan prasarana tersebut.Harus diingat!dalam sistem Demokrasi rakyatlah yang menjadi tuan, rakyat punya hak untuk memilih siapa sahaja yang dirasakan layak.

Mari renung sedalamnya,Jika diselediki kesemua kemudahan awam tersebut telahpun diswastakan, ini bermakna kesemua pembinaan dan penjanaan infrastuktur telah menjadi satu projek yang berprofil tinggi untuk diagihkan.Nah! disinilah membuatkan para pimpinan tersebut mampu hidup mewah hasil wang rakyat yang dilaburkan dalam tiap projek tersebut.

Justeru telah lama berada dipuncak kuasa sehinga mendapat pelbagai kebesaran, penguasa sebenarnya amat terhutang budi dengan rakyat.Makanya adalah lebih baik penguasa mula belajar untuk berterima kaseh pada rakyat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan