Rabu, 31 Disember 2008

Akan adakah lagi sepertimu?????


Saat ini aku terkenang akan seorang pahlawan islam bernama Salahuddin al-ayubi, Aku mengenang akan kehebatan,keberanian serta kesungguhannya menegakkan islam.

Salahuddin amat digeruni musuh islam, kemunculanya seolah jelmaan pahlawan agung dizaman sahabat iaitu Khalid al - Walid. Para musuh islam amat takut sekiranya sejarah kehebatan Salahuddin diketahui oleh anak-anak muda islam. Mereka bimbang akan ada kemunculan seoramg lagi pahlawan islam yang akan melenyapkan mereka dari muka bumi Jurusalem.

Oleh yang demikian, sejarah tokoh ini sedapat mungkin cuba disembunyikan.Justeru itu, Ramai dari kalangan anak-anak muda islam kini sudah tidak kenal malah tahu bahawa kita pernah mempunyai pahlawan hebat. Salahuddin Al-ayubi pernah menawan jurussalem setelah yahudi bermaharajalela selama hampir 98 tahun.

walaupun beliau telah pergi menghadap penciptanya pada usia 57 tahun. Kerajaan islam Jurussalem masih mampu bertahan selama 198 tahun sebelum tumbang kembali ketangan Yahudi.

Semenjak itu, bumi Palestin terus berdarah...Sesuai dengan sifat laknatnya, yahudi meneruskan kebinatangannya membunuh umat islam.Baitul Maqdis, Masjid Al-aqsa masih berada dalam tawanan yahudi. Mereka bermaharajalela kerana Salahuddin sudah tiada, mereka bergembira membasahkan bumi dengan darah orang islam kerana tidak ada lagi anak muda yang memiliki keberanian seperti Salahuddin al-ayubi yang mampu menggugah kekuasaan mereka..

Toga petunjuk dan kekuasaan membentang keretakannya,
Masa pun memburuk dan hilang keindahannya,

Dimanakah sosok yang ketaatan kita untuknya dan ketaatan untuk Rabbnya..?
Demi Allah,dimanakah sang penolong,
Raja yang niatnya tulus semata-mata karena Allah?
Dimanakah sosok yang senantiasa raja bagi kita?
Yang selalu diharapkankemurahan hatinya,
Dan ditakuti serangannya,

Dimana sosok yang memuliakan zaman dengan keistimewaanya,
Dan tertera keagungannya dibenak orang-orang istimewa,
Dimana sosok yang Eropa tunduk terhina oleh penderitaanya?
Dan darinya mereka menemukan pembalasannya,


Sosok yang menikmati keletihan dalam jihad,
Nan tiada kenyamanan bagi dirinya selama hidup,


Jangan kalian menganggapnya sebagai kematian hanya seorang,
Karena, kematiannya merupakan kematian seluruh islam,
Dalam membela islam, ia tak pernah tidur dikala malam,
Agar kilaunya memanjang ditaman-taman syurga,


Pembela islam dan senantiasa membelanya,
Bila pelindung-pelindungnya tidak mampu mempertahankanya,


Siapakah lagi penyantunan bagi para yatim dan janda,
Yang penuh kasih dan melimpah pemberiannya?
Siapakah lagi pelindung benteng setelah penjaganya pergi?
Dan siapakah lagi pemandu jihad setelah manuvernya tidak mungkin lagi kembali?

Duhai kedukaan islam,
Dihari kepiluan menyelimuti setiap mukmin,
Betapa cepatnya masa berlalu setelah ia tiada,
Seakan tahun-tahun kehidupannya adalah sedetik hayatnya,

Semoga Rabb Arsy bagi Salahuddin yusuff selamanya.
Dan demikian juga shalawatnya...

Isnin, 29 Disember 2008

HIJRAH: sinar ukhuwah

Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Rakyat kerana menjadi antara yang terawal mengucapkan salam hijrah kepadaku.



Pada tahun ini sambutan maal hijrah begitu bermakna, aku melalui proses ini pada 8 mac yang lalu. Banyak sekali peristiwa manis sebelum tarikh itu meninggalkan aku.Sebelum tarikh itu aku punya tali persaudaraan yang cukup utuh, bilangan kami tidaklah ramai... namun persefahaman terutama dalam menghayati erti perjuangan begitu mendalam.



Pertemuan saban hari di sebuah warung kopi kampung, sering disulami dengan gelak ketawa.Walaupun ketika itu kami ditindas dan ditekan penyokong penguasa. Ada teman yang dirobohkan rumahnya disaat seluruh umat islam bakal menyambut ramadhan akibat kerakusan penguasa bertopengkan pembangunan, Ada yang terpaksa kais-pagi makan pagi dek kerana perniagaan merudum teruk akibat menentang kebobrokkkan penguasa, Ada yang masih tinggal diatas tapak berstatus setinggan..walalupun telah meneroka berpuluh tahun, Manakala aku tinggal disebuah perkampungan yang masih tidak bergeran walaupun dijanjikan oleh sang penguasa setiap kali bila tiba Pilihanraya.



Semua ini kami lalui dengan tabah, bantu-membantu sesama sahabat menjadikan kami kuat mengharungi pancaroba kehidupan yang menekan.Kami begitu percaya bahawa pasti akan ada sinar baru yang akan terbit sekaligus menerangkan kegelapan yang menyelubungi perjuangan.



Dikala itu semuanya kelihatan indah, biar susah...kami tetap bersama. Setelah 8 mac, sinar baru mula terbentuk. Sipenguasa angkuh tersembam kebumi akibat lonjakkan kebangkitan rakyat. Tetapi kini suasana kemesraan seolah berakhir,ianya seolah ikut tersembam bersama keangkuhan penguasa zalim.... mengapa begitu?



Sesungguhnya aku amat rindukan kesemua saudara seperjuanganku, Ikatan yang terjalin sekian lamanya tak mungkin dapat diganti hatta segunung intan sekalipun.Ketahuilah bahawa kalian merupakan hartaku yang paling bernilai... Semoga tahun baru hijrah mengembalikan semangat persaudaraan antara kita.Demi Allah! itulah harapan serta doaku dikala menjelangnya awal muharam...akan terbit sinar ukhuwah sesama kita.


Salam perjuangan..

Sabtu, 27 Disember 2008

CICAK MENGKARUNG MULA MENGAUM!!


Sebaik selesai program berbentuk wacana yang melibatkan Khairy dan Husam diKelantan tempoh hari, isu perlaksanaan Hudud terus heboh diperkatakan. Media arus penguasa pula terlihat rancak melapor pandangan berkaitan hukum ini. Pada aku, senario ini baik sekali.. ini kerana secara tidak langsung kita dapat membentuk ruangan diskusi ilmu berkaitan perlaksanaan hukum Hudud secara terbuka, berbanding sebelum ini .

Dalam kesibukkan kita membicarakan topik berkaitan perlaksanaan hukum Hudud, Tak semena-mena muncul hero tamil tanpa diundang. "Bagaikan cicak mengkarung mula mengaum" hero bangka ini mencabar Anwar Ibrahim supaya nyatakan pendirian berhubung perlaksanaan hukum hudud.

Samy Vellu bukanlah asing bagi rakyat Malaysia, kita akan teringat wajahnya yang berambut palsu itu tatkala melalui jalanraya berTol di Malaysia. Semenjak kekalahan cukup memalukannya pada PRU-12 8 mac yang lalu, Samy seolah cuba mencari isu bagi melonjakkannya kembali kepersada politik tanahair.

Bagi mengambarkan sifat prihatinnya terhadap bangsanya, Samy mengingatkan Anwar bahawa Kaum india yang mengangkat bendera PAS pada PRU-12 lalu bagi menjahanamkan Samy sudah kecewa dengan Pakatan Rakyat!! Oh yeke... Samy kata lagi: mereka akan berasa ditipu jika undang-undang ini dilaksanakan!! ALAHAI..

Ayoyo Mr.Samy! apa lu cerita? lu tau ka apa itu hudud? Barangkali Samy mudah lupa, Namun semua masyarakat india tidak sekali-kali melupai bagaimana hebatnya Samy membela mereka dulu. Kerana sifat Samy yang prihatin itulah saham MAIKA lenyap entah kemana. Kerana Samy mahu membela nasib bangsanya itulah menyebabkan Samy mampu naik MERCEDEZ sedang kaum india kekal merempat. Dan kerana sifat mulianya itulah, maka bendahari MIC dipecat olehnya laksana diktaktor.

MR.Samy! u punya kawan aa.. itu Ling leong sik, CheDet, Lim keng Yeik ..suma sudah berenti. lagi satu u punya number 1 enemy Phandithan pun sudah meninggal, u punya worang suma sudah tak mau sama MIC.Lagi u mau tunjuk hero ka? Cit Pooorraaahhh...





Rabu, 24 Disember 2008

HUDUD ITU SEMPURNA.


Hudud sekiranya diperhalusi cara melihatnya, ia merupakan satu bentuk panduan dalam mengawal sifat manusia yang sering melampaui batas. Bagi orang yang punya nafsu besar, Hudud merupakan hukuman ngeri, sedang yang punya ketaqwaan,serta mementingkan keadilan dan keamanan.. Hudud merupakan penyelamat daripada menerima celaan.



Memandang Hudud hanya melalui hukuman-hukuman mandatorinya yang keras adalah sikap yang tidak objektif. Seharusnya kita melihat dari segi perjalanan perbicaraannya hinggalah kepada perlaksanaan hukumannya,itu baru tepat.



Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap apa yang ada dibumi serta langit ini merupakan suatu kitaran yang saling memerlukan. Manusia pula dijadikan oleh Allah untuk menjadi Khalifah, maka untuk menuju kearah itu, Allah menyediakan panduan yakni Al-quran. Didalam Al-quran terkandung segala bentuk panduan untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang sementara ini.



Didalam Al-quran jugalah terkandungnya hukum Hudud. Mengapa Allah mencipta hukuman keras ini? Persoalan ini boleh dijawab dengan contoh berikut: Ketika kita mahu membeli sebuah kereta, sudah tentu pembuat mahupun pencipta kereta tersebut akan mengajar kita tentang cara-cara kendaliannya. Tidak cukup dengan itu, sipembuat akan menyisipkan naskhah manual penyelenggaraan kenderaan tersebut bagi memudahkan kita untuk membuat rujukkan.



Bolehkah kita dengan terus menolak secara total nasihat serta panduan dari sipembuat kereta tersebut? sudah tentu tidak! Mengapa? kerana sipembuat sudah tentu lebih arif dengan barang ciptaannya bukan? justeru menolak nasihat serta panduan penggunaan kereta dari sipembuat kereta adalah suatu sikap yang menempah kesusahan.



Demikianlah juga dengan hal menolak Hudud, Allah maha mengetahui, sudah tentu ia kenal dengan ciptaannya.



Sebagai seorang muslim yang punya keimanan, sewajibnya kita merangka program bagi merealisasikan hudud. Kita harus berani tampil kehadapan dan berdialog dengan semua lapisan masyarakat berkaitan hukum ini. Sebaiknya usaha ini digerakkan melalui organisasi islam samada Parti politik ataupun NGO Islam. Tidak perlu gusar akan kewujudan penentang-penentangnya, anggaplah kehadiran mereka itu selaku kemanisan dalam perjuangan.Pandang dan ajarkan mereka dengan penuh kasih- ibarat mendidik bayi yang baru lahir.Mendesak ataupun garang bukanlah tindakkan yang bijak dalam langkah awal menggerakkan keperluan hukum Allah swt ini kepada golongan jahil.


Keberanian berhujah adalah jalan yang sebaiknya, Pendekatan melalui penulisan juga merupakan medium yang terbaik dalam menjawap sekaligus membentuk satu ruang diskusi ilmu berkaitan Hudud. Bagi mereka yang arif tentang Hudud sewajarnya memperbanyakkan coretan-coretan perihal undang-undang hudud setiap kali menulis bagi mempermudahkan masyarakat merujuk,membanding serta menilai yang mana lebih benar, samada hukuman buatan manusia ataupun hukuman dari Allah pencipta sekalian alam.


Perbanyakkan juga kelas-kelas yang mengkhususkan jurusan Hudud, Kewujudan kelas-kelas ini akan melahirkan pakar dalam perundangan Hudud.

Selasa, 23 Disember 2008

Demokrasi....


Selain mempunyai erti mental, demokrasi juga bererti pembinaan suatu sistem sebagai saluran bagi sikap mental untuk membina dan berkembang tumbuh dalam institusi yang bernama negara.



Untuk itu harus ada jaminan bahawa tidak ada satu kekuatanpun mempunyai peluang untuk bertindak sewenang-wenang. Dan jaminan ini ada bila dalam percaturan politik negara ada kekuatan kontrol yang cukup berwibawa.



Kerana itu demokrasi pun menuntut tercegahnya suatu kekuatan oligarki dan kerana itu suatu perimbangan kekuatan yang tempang harus dicegah.

Ahad, 21 Disember 2008

Panas!! Bilik Sulit Hishamudin


Sebentar tadi aku baru sahaja menikmati karya seorang pejuang rakyat. Karya berbentuk teater komedi yang menyentuh rahsia disebalik kisah benar di"Bilik Sulit".


Teater ini kusaksikan bersama Shaikh Al-Bakistani yang merupakan salah seorang tahanan soal siasat bagi kes JI.Sungguhpun ianya digarap dengan unsur komedi, namun bagi seorang yang punya pengalaman seperti Al-Bakistani cukup mengesankan.

"Itulah yang berlaku kepada aku 6 tahun lalu...", ucap Al- bakistani padaku. Cerita yang mengisahkan bagaimana tahanan tanpa bicara disoal siasat. Mereka diherdik, dihina, dibogelkan dan diseksa cukup mengambarkan makna ISA= "Itu Seksaan Aku".

ISA merupakan akta ZALIM! mangsanya ditahan tanpa bukti, mereka diseksa tanpa mampu membela diri. Sekiranya mereka punya kesalahan dan penguasa punya bukti, maka sewajarnya mereka ini diheret kemahkamah. Untuk apa dikurung mereka? bagaimana nasib keluarga mereka? adakah penahanan ini dibenarkan oleh islam?

Kesemua persoalan tersebut terlihat sulit untuk dijawab oleh sang penguasa.Setuju dengan pendapat bahawa kita perlukan pencegahan, namun pencegahan itu mestilah berpaksikan keadilan. Tidak boleh menggunakan alasan bahawa perbuatan curang tersebut lahir dari golongan minoriti, maka ianya halal disebabkan suara majoriti mahukannya.

Sewajarnya baik siapapun,samada golongan minoriti mahupun majoriti, mereka tetap punya hak sebagai manusia. Justeru sekiranya sang penguasa punyai bukti yang kukuh, maka heret sahaja mereka ini kemahkamah untuk dibicarakan.Biar mereka melalui perbicaraan yang membenarkan mereka membela diri.Seandainya penguasa dipihak yang benar,mereka yang dituduh pasti menerima hukuman begitu juga sebaliknya, jika sitertuduh mempunyai bukti dimana pertuduhan terhadapnya tidak berasas,maka dia sepatutnya dibebaskan.

Sekiranya pihak kerajaan berhajat melakukan perubahan, Akta inilah yang sepatutnya dimansuhkan! Tetapi sekiranya perubahan yang dilakukan tanpa mempedulikan malah akta ini masih gah dipertahankan,aku kira itu merupakan perubahan yang tempang.

Oleh yang demikian,berhati-hatilah wahai rakyat Malaysia, kamu boleh ditahan kerana memakai seluar dalam warna kuning, kamu boleh ditahan kerana menyikat rambut belah tepi. Bukti?? tak perlu... kerana akta kartun ini adalah Ikut Suka Aku!!!!!

Sabtu, 20 Disember 2008

suruh jaga bukan suruh jual!!

Menswastakan atau lebih tepat menjual kemudahan asas negara bagi aku "kerja gila". Alasan: "rakyat harus belajar berdikari tanpa mengharap subsidi dari kerajaan" bagi aku dangkal.

Segala kemudahan asas dalam negara merupakan kepentingan negara.Ianya juga merupakan tanggungjawab pihak yang dilantik menjadi kerajaan. Menyediakan kemudahan asas adalah wajib bagi pihak yang bergelar "Pemerintah".Atas alasan apa sekalipun, ia tidak halal untuk dijual.

Segala kemudahan tersebut,merupakan kepentingan awam. Segala perbelanjaan operasinya ditanggung oleh rakyat melalui pembayaran cukai. Kerajaan pula hanyalah bertindak mengawal selia perjalanan operasinya.

Jangan menjadikan alasan bahawa kerajaan terlalu berat menanggung "Subsidi" maka halal untuk menjual hak rakyat. Adakah kerajaan merasa ringan pabila dipaksa membeli semula kemudahan awam dengan harga yang cukup tinggi? Lihat tragedi MAS, sampai hari ini kerajaan umpama menanggung biawak hidup. Ratusan juta yang sepatutnya mampu diSubsidikan pada rakyat telah di"insentifkan" hanya kepada MAS.

Untuk mendidik rakyat berdikari, kerajaan sepatutnya merangka program ekonomi rakyat! bukannya merencana strtegi ekonomi dua tiga kerat koporat.Dalam menjana ekonomi sebuah negara membangun,sewajarnya segala kepentingan awam dipertahankan. Tindakkan ini bagi menyelamatkan negara dari dijajah semula melalui ekonomi.

Selain itu ,kerajaan juga harus menyediakan pelan bagi menyelamatkan para usahawan IKS agar tidak mati. Dengan cara ini, mereka mampu bertahan sekaligus dapat membesar selaku usahawan koporat dan mampu berdaya saing. Mereka juga mampu membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang baru sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi, serta dapat mengatasi masalah pengangguran yang menjurus kepada meningkatnya gejala sosial.

Itu baru cara mengajar rakyat berdikari! Kepentingan awam merupakan amanah yang diberikan rakyat kepada pihak bergelar kerajaan. justeru menjaga serta mempertahankannya adalah tugas pemerintah. Penswastaan adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat.Sikaptersebut ibarat "harapkan pagar,pagar makan padi", sampai negara ini mencecah taraf negara maju sekalipun-ia tetap tanggungjawab kerajaan.seandainya pihak yang memerintah berasa terlalu beban menanggung amanah rakyat ini, maka berhenti dari menjadi kerajaan adalah jalan yang sebaiknya.