Khamis, 5 Februari 2009

Perak:- Apa kata rakyat??


Berikut sedutan sidang media Pakatan Rakyat diKediaman Rasmi Menteri Besar Perak sebentar tadi.


DS Nizar:- Beliau diperintah mengadapSultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletakjawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negerisekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.


majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan 'tergantung'.Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.selepasmenimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkanbahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah prosesperundangan diselesaaikan.- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.-cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Hj.Hadi.-Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasakepada rakyat.- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.- Apa yang berlakuhari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kitSiang.- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK,walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat,disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri,bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.



Anda bagaimana? setuju sekiranya diadakan Pilihanraya Tergempar Dun Perak?



--

PERAK:-DRAMA RAMPASAN YANG PENUH HIKMAH

Telefon bimbit aku telah gagal berfungsi dengan baik malam tadi, ini disebabkan kemasukkan beratus panggilan serta SMS telah menyebabkan baterinya hilang keupayaan. Kesemua panggilan dan SMS itu mahu menanyakan berita tentang "DRAMA RAMPASAN PERAK", Rileks...ia belum berakhir...Baginda Sultan masih belum buat keputusan samada membenarkan KERAjaan BN kembali memerintah, ataupun membubarkan DUN bagi menyerahkan keputusan kepada rakyat Perak untuk memilih siapa yang sepatutnya menerajui negeri itu.


Melihat suasana Perak, pertamanya aku memanjat syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan ujian sebegini. Bagi aku sebagai hambanya..kita wajib menerima apa sahaja anugerah Allah SWT samada berbentuk kesenangan mahupun keperitan.Kedua-duanya harus diterima dengan hati yang lapang kerana Allah maha adil lagi maha penyayang.


Ujian ini juga sebenarnya menguji tahap kesetiaan sesama kita dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini. Ianya juga telah membuka wajah sebenar disebalik topeng yang selama ini mempamerkan perwatakkan lembut serta sering mengalunkan kata-kata kononnya setia. Biasalah...dalam setandan pisang tidak semuanya baik,ada juga yang busuk,dan sebaiknya bila ketemu yang busuk itu sewajar disingkirkan dari tandan.


Mengulas aksi lompat yang menjadi punca kerajaan PR Perak bergoncang, Biarlah mereka pergi dari terus menjadi duri dalam daging. Pun begitu kita harus faham bahawa perjuangan masih panjang, Musa juga pernah tewas beberapa kali sebelum berjaya menumpaskan "Firaun". Makanya Kita saat ini tidak harus gusar, sebaliknya kita harus kembali memperkukuhkan jentera bagi memperkuat semangat bersama Dato Seri ir.Nizar dalam mengharungi saat-saat getir ini.


Ingat.."Suara rakyat suara keramat! kita terima apa sahaja keputusan rakyat seandainya DUN dibubarkan, buat UMNO BN, kamu baru sahaja menunjukkan siapa kalian yang sebenarnya...kami sebut 16 Sept...kamu kata tidak bermoral...nah! adakah apa yang berlaku hari ini menunjukkan kamu lebih bermoral?


Dato Seri ir.Nizar..kamu adalah pejuang sejati..walaupun berdepan dengan cabaran hebat ini, kamu tidak berpeluk tubuh dan mengurungkan diri dirumah. Aku kagum dengan keberanianmu, sesungguhnya kamu adalah Menteri Besar Perak paling terbaik yang pernah muncul dalam sejarah Perak!

Rabu, 4 Februari 2009

PERAK :-amaran MAHATHIR


1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.


10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

PERAK:- ilmu baru aku dapat

Selama aku dilahirkan,dibesarkan,disekolahkan dan menjadi rakyat Malaysia, Semalam aku telah mendapat satu ilmu pengetahuan yang cukup ilmiah. Aku juga yakin bahawa ilmu yang aku perolehi semalam, merupakan ilmu yang juga baru buat seluruh rakyat Malaysia seperti aku.Makanya aku akan catitkan ilmu ini kedalam buku kecil yang selalu menjadi teman setiaku agar aku tidak mudah lupa dikemudian hari.


Ilmu pengetahuan yang kumaksudkan ialah berkaitan sistem pilhanraya yang menjadi asas kepada budaya demokrasi.Baru kini aku mendapat tahu, seandainya Perdana Menteri mahu membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilhanraya umum, dan keinginan Perdana Menteri itu telah mendapat perkenan YDP Agong...belum tentu ianya menjadi kenyataan.


Hal ini disebabkan Malaysia punya satu suruhanjaya yang bertanggungjawab mengurus dan menjalankan pilihanraya, dan suruhanjaya ini digelar "suruhanjaya pilihanraya" (SPR). SPR rupanya memiliki kuasa yang agak hebat selama ini, dimana mereka boleh "membakul sampahkan" keperluan demokrasi. Mereka dikatakan punya hak untuk menolak sebarang arahan mengadakan pilihanraya baik umum mahupun kecil sekaligus menafikan keinginan makcik,pakcik,kakak,abang dan adik yang berusia 21 tahun serta sudah mendaftar sebagai pengundi melunaskan impian mereka dalam memilih wakil untuk membela nasib mereka.


Justru melihat kekuasaan SPR ini, aku nasihatkan kepada semua agar tidak terasa aneh sekiranya PRU ke-13 gagal dilangsungkan...Kerana SPR terpaksa membuat keputusan sedemikian demi mengelakkan berlakunya percanggahan perundangan. Hmmm..bagi yang punya buku kecil, diharap dapat mencatitkan pengetahuan baru ini. Semoga dimasa depan kita tidak akan berasa canggung dengan keputusan SPR tersebut.

Isnin, 2 Februari 2009

PERAK!!! RILEKS...GAME BARU START


Sebaik menerima keputusan pilihanraya umum pada malam 8 mac yang lalu, aku terus membisikkan pada seorang teman bahawa PRU ini tidak akan berakhir. Aku begitu yakin kerana menyaksikan kemaraan mendadak Parti Pembangkang ketika itu, dan yang paling menarik BN hilang duapertiga majoritinya.



Maka aku menduga bahawa peristiwa ini akan berlanjutan sehingga PRU seterusnya, atau mungkin lebih panjang lagi. Aku dapat rasakan yang UMNO tidak akan begitu mudah menyerah...tambahan pula, mereka sudah berkuasa terlalu lama. Mungkin Pak Lah yang terkenal dengan perwatakkan lembutnya akan mengaku kalah...tetapi tidak bagi Najib. Najib mempunyai nilai sentimental terhadap parti ini, keluarganya bergantung harap kepada survival UMNO untuk terus hidup.


Maka Najib sekali-kali tidak akan mengaku kalah.Beliau akan menggunakan apa saja cara untuk meneruskan dinasti ini, kebetulan pula situasi yang dihadapinya kali ini...pernah menimpa ayahnya iaitu Tun Razak dulu. Tun Razak berjaya melepasinya, cuma jangka hayat tokoh itu tidak lama.Najib sedar bahawa resepi kejayaan ayahnya tidak relevan untuk digunapakai waktu ini, zaman sudah berubah...anak muda sudah tidak terikat dengan pemikiran perjuangan kebangsaan, mereka dahagakan pembaharuan dan sudah jemu dengan retorik kebangsaan.



Untuk itu, Najib harus memikirkan dengan teliti isi kandungan resepi agar mampu menyelamatkan dinastinya. UMNO wajib diselamatkan oleh Najib, jika tidak...seluruh kerabatnya berdepan dengan bencana.Yang paling menyesakkan Najib saat ini ialah berkenaan musuhnya, musuh ini pernah menggoncang ketuanan bapanya diera 70an dulu. Kegoncangan itu menyebabkan bapanya terpaksa menawarkan kerusi Menteri kepada musuhnya itu. Dan yang paling menggusarkan ialah, musuhnya ini pernah menjadi bos kepada Najib.Hmm...mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadap musuhnya ini yang bernama Anwar Ibrahim.



Anwar pula terkenal dengan sifat kedegilannya, beliau juga mempunyai sifat tidak mudah berputus asa. Manakala menyerah pada Takdir bukanlah prinsip Anwar, sebaliknya kecekalan jiwa dalam mengharungi perjuangan merupakan pegangan kuat tokoh ini dari dulu hingga sekarang. Anwar sudah pasti tidak akan mengalah lagi, Apatah lagi musuhnya kali ini hanyalah bersifat cicak mengkarung.



Penderitaan selama dipenjara menjadi pembakar semangatnya, justeru pernah silap percaturan..Anwar sudah tentu lebih bersedia kali ini. Jarang ada orang yang punya peluang sepertinya, . Anwar cukup bernasib baik, walaupun beliau dipijak,dicerca dan dihina serta dipenjarakan oleh penguasa..namun masih punya peluang yang kedua untuk meneruskan pertarungan.Oleh itu menebus maruahnya yang dijijak selama ini, sudah tentu menjadi keutamaan Anwar dalam pusingan kedua ini.

Ini juga merupakan pusingan akhir bagi mereka, samada Dinasti bangsawan Najib terus kekal ataupun hembusan Mantera Anwar akan melenyapkan empayar Razak serta seluruh organisasinya sekaligus menjadi bahan arkib untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.



Jika dilihat diatas kertas, sudah tentu Najib punya kelebihan untuk menang pusingan ini, namun harus diingat! Anwar pernah berperang dengan bapa Najib, dan peperangan itu dimenangi olehnya..Dan perkara yang paling penting untuk Najib tahu ialah "Anwar mampu membuat sesuatu diluar jangkaan". Oleh yang demikian, aku kira peristiwa kekalutan diPerak adalah merupakan langkah awal bagi permulaan pertarungan ini. Dan pastinya selepas ini akan lebih hangat serta sengit lagi, Aku juga berkeyakinan penuh bahawa disaat itu, jiwa kita semua akan bergoncang kuat tatkala melihat pertarungan yang sebenar.Kita tunggu babak seterusnya...

Ahad, 1 Februari 2009

ALKISAH PERAK....


Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.


Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.


Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.


Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”
Apa yang berlaku?


Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.


Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.


Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.


Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….


Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!


Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.


Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”


No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.


Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.


Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

NAJIB NAK RAMPAS PERAK!!!..APA PANDANGAN KALIAN???


–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.


Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.


Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.


Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.


HAJI OSMAN ABDUL RAHMANPengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak


Respon aku...


Desas desus semakin kuat..Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berdepan situasi getir. 2 Exco yang datang dari PKR telah hilang selama 4 hari, berita angin bertiup kencang mengatakan kedua mereka bakal menyertai UMNO-BN.


Dikhabarkan juga siang nanti menjadi penentu, samada jadi atau tidak Bakal Presiden UMNO membuat pengumuman kemasukkan tersebut. Sekiranya benar, aku sudah dapat membayangkan... bagaimana jenis liputan media terutama TV3 dalam isu ini. Pasti ianya sehebat sambutan tahun baru diKLCC, ini kerana penguasa sudah lama dirundung malang.Satu persatu kerusinya hilang...rakyat semakin meluat, justeru mengalami kesialan semenjak 8 mac...bakal Presiden UMNO terpaksa berbuat sesuatu agar gerombolannya tidak terus lemas.


Sudah kita melihat dan mendengar suara rakyat berkenaan ADUN Bota berpindah Parti...bagaimana pula reaksi kalian semua sekiranya 2 Exco ini menyertai gerombolan?? Aku menanti respon dari kalian...